Tuesday, July 7, 2020

PERMULAAN NORMA BARU K2


Bismillahirrahmanirrahim.
Baca , jangan tak baca SOP tu. (TM)

“Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?” (Al Hujurat : 12)

Masih terfikir-fikir lagi, macamana nak mulakan cerita kali ini. Bermacam rasa ada semenjak berita berkenaan permulaan sekolah semula diumumkan oleh pihak kementerian. Dari awal bila desas desus permulaan sekolah semula (apabila pelajar SPM dan STPM sudah memulakan persekolahan), kami sudah diasak dengan pelbagai persoalan dan permintaan untuk penjelasan berkenaan dengannya. Betul, ibubapa mana yang tak risau bila anak-anak kecil yang sangat-sangat memerlukan lebih perhatian ini yang akan diminta untuk memulakan sesi persekolahan dahulu berbanding dengan kakak dan abang di sekolah rendah dan menengah yang lainnya. Tetapi maaf, ketika itu juga kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana kami juga menanti makluman dari pihak yang terbabit.

Akhirnya berita yang dinanti diterima, sahih kejadiannya. Semakin rancak kami menerima panggilan dan mesej-mesej di handphone, tetapi kami faham, ini adalah kerisauan pihak ibubapa, bukan kami sahaja yang bertubi-tubi menerimanya, situasi yang sama juga dihadapi oleh tadika-tadika yang lain. Kami berusaha untuk melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian agar keselamatan dan kesihatan semua pihak terjaga.

Jika ditanya, apa perasaan kami apabila tadika dibuka semula, tiada jawapan yang tepat dapat kami berikan. Seronok, tapi bimbang. Teruja, tapi gementar. Bersyukur, tapi takut, dan bermacam rasa lagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, 5hb Julai 2020, persekolahan semester 2 2020 kami mulakan dengan murid-murid K2 (6 tahun) terlebih dahulu.

Sesi taklimat terakhir sebelum terima kehadiran murid-murid. (TM)

Murid-murid sudah mula hadir . (TM)

Bismillahirrahmanirrahim, kita mulakan belajar. (TM)

Ok, jom balik! Jumpa lagi esok cikgu! (TM)


Kami sudah sedia nak terima murid. (TMPB)

Kotak-kotak untuk isi beg murid. (TMPB)

Sedia, cikgu nak check suhu ni. (TMPB)

Saya isi begnya dalam ni ya cikgu? (TMPB)

Beg diasingkan dari murid di dalam van. (TS1)

Ambil kesempatan selfie sebelum kedatangan murid-murid. (TS1)

Berapa suhu anak saya , cikgu?

Permulaan kelas sedang dijalankan. (TS1)

Menanti dengan penuh senyuman dan hati penuh debaran. (TIB)

Kami sedang berlatih penjarakan sosial. (TIB)

Diri tegak, cikgu nak check suhu ni. (TIB)
 
Kotak beg masih lagi kosong. (TIB)

Ha... mana nak lari, mari saya check dulu suhu Cikgu Siti. (TIMB)

Hati-hati turun van. (TIMB)

Ikut cikgu eja ya semua. (TIMB)

Bakul beg ni dah penuh. (TIMB)

Cikgu lap meja awak sekejap eh. (TIPB)

Sisa makanan lepas rehat terus dibuang ke dalam tong sampah. (TIPB)

Permulaan kelas sedang dijalankan. (TIPB)

Cikgu sedang memantau pergerakan murid di tandas. (TIPB)


Selamat kembali ke tadika. (TKM)

Lap meja ketika rehat. (TKM)

Bukan selalu dapat tembak Cik Norifah kan? (TKM)

Kami lebih hebat dari Ultraman, Insyaallah. (TKM)


Terima kasih atas kerjasama puan. (TNPB)

Sambut murid baru sampai. (TNPB)

Latihan mencuci tangan. (TNPB)

OK, cuba tengok langkah seterusnya ni apa. (TNPB)


Angkat tangan siapa yang cikgu dah sebut namanya tadi. (TS2)

Model kotak beg, Cik Fara. (TS2)

Kami balik dulu cikgu, Insyallah jumpa esok! (TS2)

Taklimat ringkas sebelum memulakan sesi yang seterusnya. (TS2)

Di sini kami kongsikan juga video berkenaan pembukaan semula tadika untuk semester 2 2020.

Temubual dengan beberapa guru MyBISTARI GROUP.


Hari pertama semester 2 bagi murid K2.

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang masih memberi sokongan dan membantu kami sepanjang proses pembukaan semula tadika-tadika di MyBISTARI GROUP. Sesungguhnya, kami amat-amat memerlukan dan menghargai perhatian yang diberikan oleh anda semua. Kami tak kuat, tetapi ‘support’ yang ditunjukkan dan diberikan menyuntik semangat positif dan yakin diri kami untuk meneruskan norma baru dalam sesi persekolahan sekarang ini. Words cannot contain how grateful we are to have all the supports from all of you. Sama-samalah kita berdoa agar sesi p&p dapat berjalan dengan baik dan lancar. Diharap para guru dan ibubapa mengikuti dan patuh pada SOP yang telah diberi agar kita tetap dapat membendung dan menghapuskan penularan Covid19. Kepada para ibubapa yang memilih untuk menamatkan persekolahan anak-anak mereka, terima kasih juga kami ucapkan untuk memori yang telah kita ciptakan Bersama sebelum ini. Diharap ukhwah antara kita tetap ada walaupun anak-anak tidak bersama dengan kami lagi. Sayang kami pada mereka takkan hilang.

Esok akan bermula semester 2 2020 bagi murid-murid K1 pula. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. 

~Cikgu Norifah~

Wednesday, June 24, 2020

DRIVE THRU McBISTARI


Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, sudah selamat self check in.

#Kitajagakita . Tagline ini benar-benar perlu dilaksanakan sebaiknya selepas mendapat perutusan yang sahih dari pihak KPM bahawa pra sekolah dan tadika bakal dibuka pada 1hb Julai 2020. Dalam pada itu juga kami telahpun membuat sesi pengambilan buku untuk semester 2 di tadika-tadika kami. Demi untuk menjaga keselamatan dan juga memudahkan pihak ibubapa dan penjaga, kami telah mengadakan proses pengambilan buku secara ‘drive through’.

Jika sebelum ini, pihak ibubapa atau penjaga yang hadir perlu masuk ke dalam tadika untuk mengambil buku dan berurusan dengan guru-guru kami, sekarang ini hanya perlu tunggu di dalam kereta atau motor sahaja untuk urusan pengambilan buku. Tetapi bagi ibubapa yang tetap mahu masuk ke dalam tadika untuk menyelesaikan urusan, tetap juga kami terima.

Marilah datang ambil buku, kami tunggu ni! (TS2)

Alamak, kejap tangan cikgu mengigil, tak boleh saya nak fokus. (TS2)

Sebentar ya puan, saya check nama anak puan. (TS2)


Mari dekat sikit, baru boleh scan. (TS1)

Ok.. baru boleh scan. (TS1)

Eh, bertukar tangan dah. Cikgu pegang hp, parent tolong pegang kertas. (TNPB)

Saya berurusan terus di sini pun boleh kan cikgu? (TNPB) 
Naik motor pun boleh drive thru. (TNPB)

Saya tunggu di motor ajelah eh. (TMPB)

Nak snap gambar saya juga ke puan? (TMPB)

Terima kasih puan atas kehadirannya. (TMPB)

Cak! Marilah ambil buku! (TM)

Nak tandatangan pendek ke panjang? (TM)

Alhamdulillah, sudah dapat buku semester 2. (TM)

Eh, alamak.. terselfie lah pula. (TKM)

Ok, siap sign. (TKM) 
Puan.. masuk ke dalam.. hujan tu. (TKM)


Macam best pula drive thru gini. (TIPB)

Seriusnya muka, cerita apa agaknya tu? (TIPB)

Selesaikan urusan di atas motor sahaja. (TIPB)

Terima kasih atas kerjasama yang diberi. (TIMB)

Ini ya encik, bukunya. (TIMB)

Jualan kurang kencang, tapi tetap tersenyum. (TIB)

Sila scan code ni ya encik. (TIB)

Yeay! dah dapat buku! (TIB)
Kami kongsikan video 'drive thru' MyBISTARI GROUP.




Buat masa ini, kami tenaga kerja di MyBISTARI GROUP sedang dalam proses membincangkan dan memikirkan cara yang terbaik untuk menerima kembali kehadiran para guru dan anak murid ke tadika semula. Insyaallah dalam masa terdekat ini, akan kami kongsikan dengan para ibubapa yang sudah tidak sabar dan sering bertanya di whatsapp group. Perkara ini bukannya mudah dan kami tidak mahu buat keputusan ‘asal boleh’ sahaja. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang memahami situasi yang kami alami sekarang ini. Dalam situasi sebegini, kita tidak boleh lihat permasalahan itu dari sudut satu pihak sahaja, kita perlu fahami dari segala sudut. Setiap keputusan yang diambil juga melibatkan perbincangan dan mengambil kira faktor sekeliling.  

Covid-19 bukan perkara yang biasa-biasa, impaknya telah mencipta norma baru dalam kehidupan kita semua. Terus terang, kami teruja untuk menerima semula warga MyBISTARI GROUP (anak-anak murid dan para guru) tetapi dalam masa yang sama, perasaan takut dan kurang yakin itu tetap juga ada. Diharap kita sama-sama dapat berbagi rasa itu dan sama-sama terus memberikan sokongan antara satu sama lain. Selamat berjumpa kembali anak-anak murid yang kami rindui!

~Cikgu Norifah~



Tuesday, June 16, 2020

NORMA BARU SEMESTER 2 2020

Bismillahirrahmanirrahim.
Daftar kehadiran di tadika.

Alhamdulillah, akhirnya kita semua sudah boleh mula menarik nafas lega sedikit. Pengumuman dari Perdana Menteri kita berkenaan fasa Covid19 yang seterusnya benar-benar membawa senyuman lebar di bibir rakyat. Tetapi harapnya kita semua tidaklah terlalu teruja dengan pengumuman dari beliau sehingga terlupa segala SOP yang telah ditetapkan, sila jaga jarak dan jaga keselamatan diri masing-masing, jangan ambil mudah dek kerana rasa selesa. Musibah ini masih belum berakhir lagi.

Tetapi bagi kami, ada yang sudahpun berakhir. Semester 1 bagi sesi 2020 sudahpun berakhir. Kini kami sudahpun masuk ke semester 2 bagi 2020. Bermacam juga dugaan yang kami hadapi dalam menuju semester ke 2 tahun ini. Sayang, tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami terpaksa merehatkan sejumlah besar guru-guru kami yang selama ini sama-sama membantu menaikkan MyBistari Group. Begitu juga dengan beberapa murid yang telahpun mengakhiri perjalanan mereka bersama kami. Semoga semuanya sentiasa dipermudahkan urusan dan diharap ukhwah yang sedia ada tidak terputus begitu sahaja.

Dalam pada itu, kami juga sedang mempersiapkan langkah-langkah yang seterusnya dalam memastikan anak-anak murid kami menerima ilmu. Kecut perut juga para guru yang terpilih untuk beraksi di depan lensa kamera untuk rakaman sesi P&P. Mereka lebih selesa bercakap dan mengajar di hadapan lebih dari 10 orang murid dari berhadapan dengan lensa kamera.

Para guru gigih membuat rakaman untuk silibus sem 2.

Di sini juga, ingin kami kongsikan sedikit suasana di tadika-tadika kami apabila para ibu bapa telah dibenarkan untuk hadir ke sekolah untuk melakukan urusan-urusan yang melibatkan anak-anak mereka. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kita semua.  

Bila sudah lama tak bersua muka, panjang ceritanya. (TIB)


Isi kehadiran di buku pelawat. (TIB)

Tak bawa handphone, tiada masalah, kita daftar secara manual. (TIMB)


Alamak, kenapa tak boleh scan ni? (TIMB)

Kejap cikgu, saya nak pose kat kamera tu dulu. (TIPB)

Ini lembaran kerjanya, puan. (TIPB)

Jangan lupa ambil barang anak encik ni ya. (TKM)

Kita scan dulu kod sebelum teruskan urusan yang lain. (TKM)

Pastikan segala SOP dituruti. (TM)

Boleh tak tu puan? (TM)

Kalau tiada akaun MySejahtera, guna Facebook pun boleh. (TMPB)

Saya nak cepat, tak payah buka helmetlah ya. (TMPB)

Ada dua pilihan yang diberi untuk daftar kehadiran. (TNPB)

Terima kasih atas sokongan yang diberi. (TNPB)

Hmmm.. mana ya lembaran kerja anak puan. (TS1)

Tengah scan ke selfie tu? (TS2) 
Walaupun bertopeng, dapat kami bayangkan senyuman lebarnya. (TS2)




Walaupun mungkin sukar dan banyak perkara yang perlu diambil kira, kami bersedia untuk melaluinya. Dalam pada itu, diharap semua masih tetap menjaga jarak, keluar hanya bila perlu dan sila jaga kesihatan dan kebersihan. Jangan henti berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk semuanya. Jom kita sama-sama menanti hari yang seterusnya!

~Cikgu Norifah~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon