Tuesday, June 30, 2026

RAHSIA ANAK HEBAT BERMULA DENGAN IBU AYAH

 


Full house Dewan Al Fatih.

Bila Ibu Ayah Belajar, Anak Lebih Mudah Berjaya

Alhamdulillah, Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Sempoa K1 telah berjaya dilaksanakan pada 13 dan 14 Jun 2026 di Dewan Al Fatih, MyBistari Legacy. Bagi memudahkan penyertaan, kami membuka dua pilihan tarikh supaya lebih ramai ibu ayah dapat meluangkan masa hadir bersama-sama kami demi perkembangan pembelajaran si cilik.

Program dimulakan dengan slot parenting yang disampaikan oleh Cikgu Tamizi bertajuk "Mengapa Kita Dididik Menjadi Pekerja, Bukan Pemikir?". Perkongsian yang membuka minda ini mengajak ibu ayah melihat semula cara kita membentuk anak-anak agar bukan sekadar menjadi individu yang mengikut arahan, tetapi mampu berfikir, menyelesaikan masalah dan berani mencipta peluang. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan berharga dalam mendidik anak-anak di rumah.

Seterusnya, ibu ayah diberi penerangan mengenai silibus pembelajaran MyBistari. Penerangan ini disampaikan oleh Cikgu Syafini pada hari pertama dan Cikgu Faridah pada hari kedua program. Tujuan sesi ini adalah supaya ibu ayah lebih memahami hala tuju pembelajaran di MyBistari serta visi dan misi kami dalam melahirkan murid yang menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) seawal mungkin dan persiapan dan pengukuhan sebelum melangkah ke Tahun 1. Apabila ibu ayah memahami apa yang dipelajari oleh anak-anak, proses bimbingan di rumah akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Sebelum memasuki sesi utama, ibu ayah diberikan masa selama 30 minit untuk berehat sambil menikmati jamuan yang telah disediakan. Turut dipamerkan ialah buku-buku testimoni dan hasil kerja murid sebagai rujukan dan inspirasi kepada ibu ayah untuk melihat sendiri perkembangan pembelajaran yang telah dicapai oleh anak-anak di MyBistari.

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu kelas Teknik Pengajaran Sempoa K1 yang dikendalikan oleh Cikgu Tamizi. Pada awalnya, ramai yang merasakan sempoa agak sukar untuk dipelajari. Namun, dengan teknik penyampaian yang santai, jelas dan penuh pengalaman, suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan.

Pelbagai gelagat ibu ayah dapat dilihat sepanjang sesi berlangsung. Ada yang pantas menguasai teknik sehingga boleh digelar "otai sempoa", ada yang masih mencari rentak sambil tersenyum malu, ada yang begitu teruja setiap kali berjaya menyelesaikan latihan, dan tidak kurang juga yang sesekali membuat kiraan "tersasar". Gelak tawa memenuhi dewan, menjadikan sesi pembelajaran lebih santai dan bermakna. Siapa tahu, selepas ini bolehlah kita buka Pertandingan Sempoa Kategori Ibu Bapa pula!

Sesungguhnya, pendidikan anak bukanlah tanggungjawab guru semata-mata. Apabila guru dan ibu ayah bergerak seiring, anak-anak akan menerima bimbingan yang konsisten sama ada di sekolah mahupun di rumah.



Daftar di kaunter pendaftaran untuk dapatkan fail program.


Kehadiran ibu ayah disambut ceria oleh cikgu-cikgu MyBistari.

Slot parenting yang disampaikan oleh Cikgu Tamizi.

Tepukan semangat dari ibu ayah yang hadir.

Santai Cikgu Afiqah mengendalikan program.

Cikgu Syafini menerangkan silibus kepada ibu ayah pada program hari pertama.

Cikgu Faridah pula memberi penerangan silibus pada hari kedua program.

Selamat menjamu selera.

Sambil makan cikgu-cikgu menghulurkan air panas teh dan kopi untuk ibu ayah.

Sempat Pn Zainun beramah mesraa bersama ibu-ibu hebat.

Di belakang dewan juga kami ada buka jualan buku cerita pendek dan suku kata jawi.


Kelas sempoa bermula.

Teknik demi teknik diajarkan.

Soalan random untuk ibu ayah jawab hanya menggunakan sempoa.

Eh... bukan macam tu. Cuba gerakkan manik ni pula!😄

Jangan malu bertanya, jika tidak faham.

Fokus jawab soalan.

Guru sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar.

Steady ibu-ibu menjawab soalan.

Pergi kelas sempoa ibu happy, balik nanti ajar anak jangan jadi singa pula.
Opps...gurau je! 😂

Sesi soal jawab bersama founder MyBistari, Pn Zainun.

Barisan guru yang bertugas untuk program hari kedua.

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membimbing anak-anak di rumah. InshaAllah, dengan kerjasama yang erat antara guru dan ibu ayah, kita mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah hebat dari segi sahsiah, pemikiran dan masa depan.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                              (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, June 29, 2026

CERITA DISEBALIK KEPUTUSAN

Poster Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru.

 

Hari Temu Mesra Ibu Bapa & Guru Semester 1/2026: Bersama Melakar Kejayaan Si Cilik Hebat

4 Jun 2026 (Khamis) menjadi satu lagi tarikh penting dalam kalendar MyBistari apabila berlangsungnya Hari Temu Mesra Ibu Bapa dan Guru Semester 1/2026 yang dinanti-nantikan oleh ibu ayah serta para guru.

Alhamdulillah, keputusan Penilaian Semester 1 telah diumumkan sehari sebelum program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua Si Cilik Hebat yang berjaya meraih kedudukan Top 3 di dalam kelas. Syabas atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan!

Bagi anak-anak yang belum berjaya mencapai kedudukan tersebut, jangan berasa kecewa. Perjalanan pembelajaran masih panjang dan masih ada peluang untuk terus memperbaiki prestasi pada penilaian akhir tahun nanti. Yang penting, teruskan berusaha, rajin mengulang kaji dan sentiasa mendengar tunjuk ajar guru.

Seawal jam 8.00 pagi, kawasan tadika sudah mula dibanjiri oleh ibu ayah yang hadir untuk berjumpa guru kelas serta mengambil keperluan bagi Semester 2. Walaupun program diadakan pada hari bekerja, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Ada ibu ayah yang singgah sebentar sebelum memulakan tugas di tempat kerja, semata-mata untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkembangan anak tersayang.

Pelbagai reaksi dapat dilihat pada wajah Si Cilik Hebat pada pagi tersebut. Ada yang hadir dengan senyuman ceria, ada yang kelihatan sedikit gementar, dan ada juga yang malu-malu untuk berjumpa guru. Maklumlah, sudah lama bercuti!

Istimewanya kali ini, Founder MyBistari, Puan Zainun, telah bermurah hati menghadiahkan belon kepada setiap Si Cilik Hebat yang hadir sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis buat mereka. Terima kasih Puan Zainun atas perhatian dan kasih sayang yang sentiasa diberikan kepada anak-anak MyBistari.

Melihat wajah ceria mereka memegang belon selepas sesi perjumpaan bersama guru benar-benar menceriakan suasana. Hilang sudah rasa takut dan malu, yang tinggal hanyalah senyuman gembira. Hihi!

Sesungguhnya, sesi perbincangan antara ibu bapa dan guru merupakan satu platform yang sangat penting. Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam memahami perkembangan anak-anak, mengenal pasti kekuatan serta perkara yang perlu diperbaiki, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik demi membantu mereka mencapai potensi yang lebih cemerlang.


Papan notis keputusan mengikut kelas. (TH Bijaksana)

Bergambar kenangan di photobooth yang disediakan. (TH Bijaksana)

Di TH Kreatif ada ruangan ucapan untuk ibu ayah tuliskan untuk anak-anak.

Wah! Semangat adik kita ni siap pakai uniform sekolah. (TH Kreatif)

Ibu ayah fokus mendengar penerangan dari guru. (TH Kreatif)

Saya malu la cikgu...cikgu cerita pasal saya. (TH Kreatif)

Selepas jumpa guru kelas, jangan lupa ambil keperluan semester 2. (TH Intelek)

Perkongsian demi perkongsian dikongsi bersama. (TH Intelek)

Bukan ibu sahaja fokus, anak pun fokus mendengar penerangan guru. (TH Intelek)

Bergambar kenangan bersama keluarga sebelum pulang. (TH Intelek)

Setiap perkongsian antara guru dan ibu bapa adalah langkah kecil ke arah kejayaan besar anak.
(TH Ilmu)

Cikgu Nurin membacakan markah setiap subjek yang diperoleh oleh murid. (TH Ilmu)

Tak putus-putus ibu ayah yang hadir di TH Inovasi.

Bergambar dipapan notis bukti kecemerlangan yang berjaya dicipta. (TH Inovasi)

Perbincangan yang penuh makna antara guru dan ibu bapa demi perkembangan
si cilik hebat. (TH Inovasi)

Sabar ya ibu ayah menunggu giliran untuk berjumpa guru kelas. (TH Pintar)

Comel gift yang disediakan oleh guru kelas untuk penghargaan kepada murid. (TH Pintar)


Perjumpaan bukan sekadar jumpa, tetapi dapat eratkan lagi hubungan silaturrahim antara
ibu bapa dan guru. (TH Pintar)

Amboi, meriahnya photobooth di Tadika Hebat Cemerlang!
Sempat lagi guru-guru bergambar.


Walaupun bekerja sempat ayah datang ke tadika untuk hadir berjumpa dengan guru kelas.
(TH Cemerlang)

Sebelum masuk, pastikan ke kaunter pendaftaran untuk isi buku kehadiran dan dapatkan
nombor giliran. (TH Genius)

Setiap analisa membuka ruang untuk perkembangan yang lebih baik. (TH Genius)

Perkongsian yang telus dan jujur membuka ruang kepada perkembangan terbaik buat si cilik.
(TH Genius)

Momen manis bersama founder MyBistari. (TH Genius)


Sempat Puan Zainun turun padang untuk beramah mesra dengan ibu-ibu yang hadir.
(TH Inovasi)

Wah, dapat belon dan hadiah dari guru la!


Tanda penghargaan buat si cilik hebat.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu ayah yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bertemu dengan guru kelas Si Cilik Hebat. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan perkembangan anak-anak sentiasa berada pada landasan yang terbaik.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat Si Cilik Hebat pada masa hadapan. InshaAllah.

Sekian, Terima Kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                  (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~



 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon