Showing posts with label latihan kebakaran. Show all posts
Showing posts with label latihan kebakaran. Show all posts

Friday, July 3, 2026

KESELAMATAN BERMULA DENGAN PERSEDIAAN!

 

Lari-lari selamatkan diri. (TH Cemerlang)

Latihan Kebakaran MyBistari 2026: Bersedia Hari Ini, Selamat di Kemudian Hari

12 Jun 2026 (Jumaat) menjadi tarikh yang bermakna apabila Latihan Kebakaran telah dilaksanakan secara serentak di semua Tadika-Tadika Hebat MyBistari. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memastikan warga MyBistari sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Pepatah mengatakan, "Sediakan payung sebelum hujan." Begitulah juga tujuan latihan ini diadakan. Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sebarang musibah seperti kebakaran, persediaan awal amat penting supaya setiap guru dan murid tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Sepanjang latihan berlangsung, guru bertugas telah memberikan taklimat ringkas kepada murid tentang langkah-langkah menyelamatkan diri dengan tenang dan teratur. Murid juga didedahkan dengan prosedur keluar dari bangunan mengikut laluan kecemasan serta berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan.

Selain itu, guru-guru turut diberikan penerangan dan demonstrasi mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan selamat. Pengetahuan asas seperti ini sangat penting kerana tindakan yang pantas dan tepat mampu membantu mengawal keadaan sementara menunggu bantuan pihak bomba tiba.

Alhamdulillah, latihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua guru dan si cilik hebat MyBistari. Walaupun ia hanyalah satu simulasi, pengalaman ini memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada semua yang terlibat.


Beg dan buku boleh ditinggalkan, nyawa mesti diselamatkan. (TH Cemerlang)

Kelas bangunan atas menggunakan tangga kecemasan. (TH Cemerlang)


Alaa nak selamatkan diri pun comel murid 4 tahun ni. (TH Ilmu)

Tunduk, tutup hidung dan mulut, kemudian bergerak mengikut arahan guru. (TH Ilmu)



Cemas bila loceng berbunyi. Lari selamatkan diri! (TH Pintar)

Alhamdulillah semua berada dalam keadaan selamat. (TH Pintar)

Kreativiti cikgu jadi api bergerak. Hihihi (TH Intelek)

Hati-hati yang di belakang tu, ada api. (TH Intelek)

Cikgu memberi penerangan untuk penggunaan alat pemadam api. (TH Intelek)

Semak dulu jumlah murid cukup ke tak. (TH Genius)

Fokus mendengar taklimat keselamatan. (TH Genius)

Belajar menggunakan alat pemadam api dengan betul. (TH Genius)

Hati-hati turun tangga kecemasan tu. (TH Bijaksana)

Ilmu keselamatan bermula dengan tunjuk ajar guru. (TH Bijaksana)

Semangat guru bertugas memberikan taklimat keselamatan. (TH Kreatif)



Cepat-cepat turun! (TH Minda)

Cikgu: Raissa.
Raissa: Saya cikgu! 

Ilmu kecil, manfaat besar. (TH Minda) 

Cukup ke tak anak murid tu cikgu? (TH Inovasi)

Dengar dengan teliti ya perkongsian dari guru untuk keselamatan bersama. (TH Inovasi)

Salah satu cara menyelamatkan diri daripada terhidu asap adalah dengan
menutup hidung dan mulut. (TH Inovasi)

Taklimat diberikan bukan dari lisan sahaja, malah melalui video interaktif yang menarik!
(TH Jaya)

Anak-anak belajar cara melindungi diri ketika kecemasan. (TH Jaya)

Di MyBistari, kami bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak, malah aspek keselamatan turut menjadi keutamaan. Semoga ilmu yang dipelajari melalui latihan ini menjadi bekalan yang bermanfaat dan dapat digunakan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Kerana keselamatan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi budaya yang perlu dipupuk sejak kecil.

Sekian, terima kasih🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                             (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, September 23, 2024

LATIHAN KEBAKARAN-SI CILIK SEDIA BERAKSI!

 

Lari selamatkan diri. (TH Cemerlang)

Latihan Kebakaran Tadika MyBistari Group 2024: Si Cilik Sedia Beraksi!

Tanggal 22 September 2024 menjadi pembuka tirai aktiviti semester kedua buat anak-anak comel di semua Tadika Hebat MyBistari Group setelah seminggu bercuti. Aktiviti latihan kebakaran ini bukan sahaja melatih mereka tentang keselamatan, malah menghidupkan suasana haru-biru dan kekecohan di tadika yang pastinya sukar dilupakan.

Seawal pagi, kelibat si cilik memenuhi perkarangan tadika, penuh semangat dan rasa ingin tahu. Pelbagai gelagat dan aksi menarik terpapar tatkala mereka diajar cara-cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Ada yang berlari sambil mengibarkan tangan, ada juga yang dengan gaya berani meniru gaya abang bomba, lengkap dengan aksi berlari sambil menutup hidung dan mulut.

Sepanjang latihan, si kecil diajar teknik berkumpul di titik selamat, dengan guru-guru memberi panduan penuh mesra. Terdengar suara tawa dan sorakan, namun yang paling penting, mereka memahami betapa pentingnya aspek keselamatan.

Latihan kebakaran ini tidak hanya menjadi pelajaran serius tetapi juga ruang untuk anak-anak berimaginasi dan mengembangkan kemahiran sosial. 

Di sini juga kami kongsikan gelagat comel anak-anak sepanjang aktiviti ini. Memang mencuit hati!

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan latihan seperti membantu anak-anak kita bersedia jika berlaku kecemasan sebenar.

Taklimat kebakaran di TH Pintar.

Bertenang ya anak-anak. (TH Pintar)

Eh kenapa semua tutup hidung dan mulut ni. (TH Pintar)

Cepat lari! (TH Ilmu)

Macam ni ke cikgu cara nak elak dari menghidu asap? (TH Ilmu)

Semangat Cikgu Nurin memberi taklimat kepada murid. (TH Ilmu)

Hati-hati lari tu jangan sampai terjatuh. (TH Jaya)

Sempat ya pegang sisi tangga. (TH Jaya)

Cikgu sampai bila nak tutup hidung dan mulut ni? (TH Inovasi)

Laluan kecemasan untuk murid 6 tahun. (TH Inovasi)

Laluan kecemasan untuk murid 4 tahun di kelas atas. (TH Inovasi)

Laluan kecemasan di TH Cemerlang untuk murid di kelas atas.

Pandai si cilik berlakon. (TH Cemerlang)

Fokus mendengar taklimat dari guru bertugas. (TH Bijaksana)

Dengar baik-baik ya taklimat tu. (TH Bijaksana)

Comel si cilik bertiga ni. (TH Kreatif)

Lambat lagi ke cikgu? (TH Kreatif)


Huh lega sudah berada di titik selamat. (TH Genius)

Lari...lari tiada masa nak selamatkan harta benda. (TH Genius)

Tangga kecemasan di TH Genius.

Tunggang-langgang kelas. Hebat lakonan anak-anak. (TH Intelek)

Pintu kecemasan di TH Intelek.

Cepat lari anak-anak! (TH Intelek)

Nak baca doa ke nak tutup hidung dan mulut tu. Hihihi (TH Intelek)

Jika ada kecemasan kita nak hubungi di talian apa? (TH Intelek)



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga anak-anak terus bersemangat hadir ke sekolah untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik lagi.

Apalagi...Jom follow, like, comment & share sosial media kami!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon