Tuesday, December 26, 2023

MURID BERCUTI, GURU BERAKTIVITI

 Bismillahirrahmanirrahim

Mantapkan lagi skill guru.


"Yang berani mengajar, jangan pernah berhenti untuk belajar."

Inilah masanya untuk mantapkan kemahiran guru-guru hebat kami. Biarpun anak-anak sedang seronok bercuti, tetapi kami di sini korbankan masa untuk menambah ilmu demi anak-anak murid kesayangan kami. Tambahan pula, sekarang ini ramai kemasukan guru-guru baru, sememangnya wajar untuk kami mengadakan program pemantapan guru ini untuk mengajar dan memberi motivasi kepada guru-guru baru kami yang dibimbing oleh barisan staf profesional dan guru-guru senior kami.

Program pemantapan guru ini telah diadakan bermula 18hb sehingga 20hb Disember 2023. Semua guru Mybistari telah berkampung di Dewan Al Fatih Mybistari Legacy selama 3 hari. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan untuk memantapkan kemahiran guru kami.

Setiap pagi, program dimulakan dengan pengisian rohani, di mana para guru perlu membaca surah Al-Fatihah, Asma Ul Husna, Saiyidul Istighfar dan bacaan doa dhuha. 

Hari pertama pemantapan, guru-guru telah didedahkan tentang perkongsian amalan baik berkenaan saringan murid-murid berkeperluan khas, penerangan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), penerangan kertas kerja Hari Anugerah Cemerlang dan juga slot motivasi mengurus tekanan guru.

Manakala hari kedua, guru-guru telah dipecahkan mengikut kumpulan untuk bengkel KSPK, di mana guru-guru perlu menyediakan bahan pembentangan mengikut subjek dan tema yang diberikan dan selepas rehat guru-guru perlu membentangkan hasilnya. 

Selain itu, pada hari kedua juga kami telah mengundang tetamu jemputan untuk memberikan santapan rohani pada guru-guru MyBistari iaitu Puan Noraishah dengan tajuknya mencapai redha Allah. Semoga dengan perkongsian Puan Noraishah ini dapat memberi sentuhan kepada semua guru.

Program pemantapan hari terakhir sedikit berbeza, semua guru perlu berkumpul di Astaka Bukit Layang-Layang untuk aktiviti luar kami. Sekali lagi, guru-guru dipecahkan mengikut kumpulan untuk aktiviti team building. Ada beberapa permainan dan tugasan yang perlu mereka selesaikan. Aktiviti-aktiviti ini lebih kepada membina daya kekuatan mental dan kreativiti guru-guru serta membina kesabaran dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi.

Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang kami adakan ini dapat memberi manfaat pada guru-guru kami dan semoga guru-guru dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Jom kita lihat gambar aktiviti-aktiviti guru sepanjang program pemantapan ini dijalankan.

Pengisian rohani di pagi hari.

Ceria guru-guru Mybistari.

Semangat Pn Suhaila dengan perkongsiannya.

Slot yang paling penting- penerangan KSPK oleh Pn Faridah.

Giliran Cik Najwa pula sambung untuk penerangan tunjang dalam KSPK.

Jom kita buat regangan dahulu.


Semangat semuanya!

Group discussion untuk bengkel LDK hari kedua.


Guru besar merangkap fasilitator program juga turut membantu memberi idea.

Penerangan kertas kerja hari anugerah cemerlang oleh Cik Norifah.

Motivasi hari kedua jemputan khas Pn Noraishah. 

Bengkel LDK guru.

Apa yang ditenungkan tu cikgu, cari idea ke?

Kerjasama yang padu dari kumpulan ini.

Wah, baru separuh siap dah nampak menarik.

Garis tegak-tegak.


Kumpulan kami dah siap!

Kumpulan kami juga dah siap!

Wah, besarnya sotong kurita! pandai cikgu-cikgu melukis.

Cantik hasil tugasan kumpulan ini. Tahniah!

Sedia untuk ice-breaking.

Hati-hati jangan sampai jatuh bola tu.

Game yang perlukan kesabaran dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Jangan sampai terbalik cawan tu, nanti kena patah blik.

Game ini nampak mudah tetapi sebenarnya susah untuk selesaikan.

Dapat klu benda lain, sampai orang terakhir jadi benda lain. Hihihi

Cup transfer.

Barisan penjaga checkpoint.

Candy crush.

Gigih cikgu Akashah tiup belon.

Pyramid cup.





Alhamdulillah berakhir sudah program pemantapan guru untuk tahun ini. Semoga guru-guru dapat semangat baru untuk mengajar murid-murid pada tahun baru 2024 nanti yang berbaki 2 bulan sahaja lagi untuk tamatkan sesi persekolahan 2023/2024.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Wednesday, December 13, 2023

TADIKA HEBAT ILMU UNGGUL KATEGORI RIBU

 Bismillahirrahmanirrahim.

Poster jemputan program.

Program yang dinanti-nantikan telah pun selesai dijalankan pada hari Sabtu, 9 Disember 2023 yang lepas. Alhamdulillah program pertandingan sempoa dan congak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah!! support team dan guru-guru Mybistari.

Disebalik kemeriahan program, ada terselit ujian yang Allah berikan. Di mana 2 hari sebelum program ada beberapa orang guru kami telah diuji dengan wabak covid19. Kami pihak pengurusan terpaksa rombak setiap tugasan guru-guru yang telah dirancang awal. Kalut kami dibuatnya, dengan kekurangan tenaga guru untuk program ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua guru dan staf program ini dapat dijalankan dengan baik.

Pertandingan ini telah disertai seramai 160 orang wakil murid dari 8 cawangan untuk semua kategori yang dipertandingkan kecuali cawangan versi Bahasa Arab hanya menghantar wakil untuk pertandingan congak sahaja. Manakala seramai 13 orang wakil ibu bapa yang sertai untuk kategori ibu bapa pada kali ini. 

Setiap saringan kategori, 6 markah tertinggi akan lalui peringkat separuh akhir dan 3 orang terpantas menjawab akan ke peringkat akhir untuk berentap merebut tempat pertama hingga ketiga. Berbeza pula bagi kategori ibu bapa, 3 markah tertinggi akan berentap dengan 3 peserta akhir kategori ribu 6 Bistari.

Tujuan kami adakan pertandingan ini adalah untuk membina keyakinan diri anak-anak untuk berada di pentas besar, menonjolkan kehebatan anak-anak dalam sempoa dan congak serta meningkatkan kemampuan daya ingatan, visual dan konsentrasi anak-anak.

Program ini dimeriahkan lagi dengan 4 persembahan anak-anak cilik 5 tahun dari Tadika Hebat Jaya, Tadika Hebat Cemerlang, Tadika Hebat Genius dan Tadika Hebat Inovasi.

Tahniah!! kami ucapkan kepada tenaga pengajar cawangan Tadika Hebat Ilmu kerana setiap kategori ada sahaja wakil murid ke peringkat akhir. Bagi kategori ribu pula ketiga-tiga peserta peringkat akhir juga dari Tadika Hebat Ilmu. Hebat sungguh cikgu-cikgu yang melatih anak-anak ini. Tuah tahun ini milik mereka. 

Tahniah juga kami ucapkan kepada cawangan Tadika Hebat Genius yang merupakan johan kategori ratus 5 Bistari dan kategori congak serta tidak lupa juga kepada Tadika Hebat Bijaksana yang menyandang johan kategori ratus 6 tahun. Kepada cawangan-cawangan lain jangan patah semangat kita fight lagi untuk tahun depan.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan sempoa dan congak 2023:-

Kategori ribu 6 Bistari
Johan- Adik Muhammad Aryan bin Muhammad Rizedduan (TH Ilmu)
Naib Johan- Adik Alya Syifa Zaara binti Hasri (TH Ilmu)
Ketiga- Adik Zahra Safiya Fairuz binti Mohd. Faris (TH Ilmu)

Kategori ratus 6 tahun
Johan- Adik Muhammad Raqib Dhuhaa bin Mohd Riduan (TH Bijaksana)
Naib Johan- Adik Nur Irdina Safiyyah binti Shaharuddin (TH Cemerlang)
Ketiga- Adik Nurnatrah Afiyah binti Azizi (TH Ilmu)

Kategori ratus 5 Bistari
Johan- Adik Aisya Azzahra binti Muhammad Amirul Izzat (TH Genius)
Naib Johan- Adik Muhammad Aariz bin Mohd Azham (TH Ilmu)
Ketiga- Adik Muhammad Harris Imran bin Muhammad Hafify (TH Pintar)

Kategori congak
Johan- Adik Umar Fatih bin Mohd Firdaus (TH Genius)
Naib Johan- Muhammad Hazim Fahmi bin Mohd Fariyadi (TH Jaya)
Ketiga- Ahmad Ahnaf Anaqi bin Ahmad Azhari (TH Ilmu)

Kategori ibu bapa vs anak
Johan- Adik Muhammad Aryan bin Muhammad Rizedduan (TH Ilmu)
Naib Johan- Pn. Hazirah binti Sulaiman (TH Ilmu)
Ketiga- Alya Syifa Zaara binti Hasri (TH Ilmu)

Kategori ibu bapa
Johan- Pn Hazirah binti Sulaiman  (TH Ilmu)
Naib Johan- Pn Nur Syazira binti Sallehuddin (TH Genius)
Ketiga- Pn Nurliyana binti Kamal (TH Genius)

Terima kasih kami ucapkan kepada wakil ibu-ibu yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadi juri dan penanda kertas saringan. Semoga dengan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. 

Jutaan terima kasih juga, diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi program ini. 

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang program ini berlangsung.

Sebelum program bermula jom bergambar dahulu.

Disebalik belon yang meriah, ada guru-guru yang bertungkus lumus untuk dekorasi.

Pentas tersergam indah, menjadi penentu juara.

Barisan pembaca soalan yang mantap.

Barisan juri dan penanda kertas.

Barisan unit hadiah dan stage manager.

Berdebar ya, pagi-pagi dah bersedia dengan sempoa.

Cikgu Akasyah pagi-pagi lagi dah sibuk siapkan anak-anak tarian.

Baju dah cantik, meh cikgu merahkan bibir.Hihihi

Unit audio orang penting dalam program.

Emcees of the year Pn. Juliana dan Cik Aqidah.

Ucapan perasmian oleh Pn. Zainun ringkas dan padat.

Persembahan pembukaan oleh anak-anak cilik TH Jaya dengan tarian Joget Berhibur.


Tenang Cikgu Nadira Aina membaca soalan ribu.

Fokus yang penting.

Sempat pandang kamera ya.

Eh ada apa kat tepi tu?


Terlopong mulut, dengar cikgu baca soalan laju ya.Hihihi

Sempat ya tengok sebelah. 

Tulis jawapan pun perlu fokus, risau tersalah nombor.

Penanda kertas terpaling sibuk menanda kertas.

Sedia tangan sebelum cikgu baca soalan.


Kira jangan tak kira.

Sudah bersedia ke ibu bapa?

Luaran tersenyum dalaman mesti berdebarkan? Hihihi

Wakil bapa tahun ni 2 orang sahaja.

Para ibu terpaling fokus.

Persembahan selingan dari anak-anak cilik TH Cemerlang dengan tarian Goyang-Goyang.

Peserta separuh akhir kategori congak.

Peserta separuh akhir kategori ratus 5 Bistari.

Peserta separuh akhir kategori ratus 6 tahun.

Peserta separuh akhir kategori ribu 6 Bistari

Cantik baju tarian anak-anak cilik TH Genius dengan persembahan Anak Itik Tok Wi.

Peserta akhir ribu 6 Bistari.

Peserta akhir ratus 6 tahun.

Peserta akhir ratus 5 Bistari.

Peserta akhir kategori congak.

Peserta kategori ibubapa vs anak.

Persembahan penutup dari anak-anak cilik TH Inovasi dengan lagu Fire & Water.

Alhamdulillah semua murid tidak pulang dengan tangan kosong.







Apalagi..Jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon