Showing posts with label sesi fotografi. Show all posts
Showing posts with label sesi fotografi. Show all posts

Friday, July 3, 2026

SEKEPING GAMBAR SERIBU KENANGAN!

 

Dari usia 4 tahun di MyBistari, sekejap sahaja dah tahun akhir. (TH Minda)

Senyuman, Gelak Tawa & Kenangan Terindah | Sesi Fotografi MyBistari Sem 2 

Setiap tahun, MyBistari akan mengadakan dua sesi fotografi buat semua murid. Mungkin ada ibu ayah yang tertanya-tanya, mengapa perlu dua kali?

Sesi fotografi Semester 1 dijalankan bagi tujuan mengemas kini data murid serta gambar rasmi yang akan dimuat naik ke laman web MyBistari.

Manakala Semester 2 pula mempunyai nilai yang lebih istimewa. Gambar-gambar yang dirakam akan dijadikan kenangan buat setiap murid dan diserahkan kepada mereka pada penghujung tahun. Ia menjadi memori indah yang akan mengingatkan mereka bahawa di sinilah bermulanya langkah pertama dalam dunia pembelajaran.

Tahun ini, sesi fotografi berlangsung dari 15 hingga 26 Jun 2026. Road tour dimulakan di Tadika Hebat Minda, Kota Puteri dan berakhir dengan penuh meriah di Tadika Hebat Jaya, Taman Kota Masai. Sepanjang hampir dua minggu ini, pasukan fotografi menjelajah dari satu cawangan ke satu cawangan bagi merakam detik-detik paling bermakna bersama anak-anak hebat MyBistari.

Seperti biasa, setiap sesi pasti dipenuhi dengan pelbagai ragam yang mencuit hati. Ada murid yang malu-malu apabila berhadapan kamera, ada pula yang begitu teruja sehingga tidak sabar untuk bergambar. Ada yang hadir dengan senyuman paling manis, bibir merah berseri, rambut yang disikat kemas dan bergaya, malah ada juga yang tidak putus-putus memberikan pelbagai pose spontan yang menghiburkan semua.

Paling mencuri perhatian sudah tentunya murid-murid 6 tahun. Mereka mengenakan set pakaian konvokesyen lengkap bersama jubah, topi konvo dan certificate holder. Saat mereka memakainya, jelas terpancar rasa bangga dan teruja di wajah masing-masing. Ada yang begitu yakin bergaya di hadapan kamera, ada juga yang memerlukan sedikit pujukan sebelum mengukir senyuman terbaik.

Di sebalik setiap gambar yang cantik, terdapat usaha luar biasa daripada guru-guru. Mereka bertungkus-lumus membantu memakaikan jubah, membetulkan topi konvo, mengemaskan pakaian, menyusun rambut dan memastikan setiap murid kelihatan kemas serta yakin sebelum sesi fotografi bermula.

Bagi kami, gambar yang dirakam bukan sekadar sekeping foto. Ia menyimpan seribu satu cerita, gelak tawa, perkembangan, persahabatan dan detik-detik kecil yang suatu hari nanti akan menjadi kenangan paling berharga buat anak-anak dan juga ibu ayah.


1...2...3 Senyum! (TH Minda)

Pose macam ni boleh ke cikgu? (TH Minda)

Cikgu kemaskan baju dulu. (TH Minda)

Beratur menunggu giliran dipanggil. (TH Pintar)

Cikgu kemaskan rambut dahulu. (TH Pintar)

Peace ✌ (TH Pintar)

Cikgu saya tak pandailah nak buat love tu. (TH Inovasi)

Dekat sikit cikgu nak pakaikan jubah ni. (TH Inovasi)

Jubah perlu dikemaskan barulah segak dalam gambar nanti. (TH Inovasi)

Gaya dah handsome! Cuba senyum sikit lagi bertambah kacak. (TH Genius)

Tunduk sikit, cikgu nak sarungkan topi. (TH Genius)

Cikgu comel tak kami? (TH Genius)

Cikgu panggil nama awak tu. (TH Bijaksana)

Nanti waktu bergambar senyum macam ni tau. (TH Bijaksana)

Alaaa...comelnya gaya ni dengan senyuman yang manis. (TH Bijaksana)

Cikgu kemaskan tudung murid. (TH Intelek)

Sementara menunggu giliran, jom kita bergambar dahulu. (TH Intelek)

Cikgu gaya macam ini boleh? (TH Intelek)

Tunggu sekejap, cikgu nak betulkan topi. (TH Cemerlang)

Pegang macam ini ya. (TH Cemerlang)

Cikgu sebut nama, beratur mengikut kedudukan ya. (TH Cemerlang)

Gaya macam ni ke cikgu? (TH Ilmu)

Sijil tu turunkan sedikit. (TH Ilmu)


Berdiri di sini, senyum pandang kamera. (TH Cemerlang)

Semua pandang kemera. (TH Ilmu)


Sesi fotografi di TH Kreatif.

Detik kecil yang penuh makna, dirakam sebagai kenangan terindah si cilik hebat. (TH Kreatif)

Keluar jari dua macam ni. (TH Jaya)

Momen yang akan dikenang sampai bila-bila. (TH Jaya)

Cikgu bersedia memberikan yang terbaik buat si cilik. (TH Jaya)

Request dari guru kelas untuk rakamkan gambar murid sekelas. (TH Jaya)

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak hadir dengan penampilan terbaik. Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah menjayakan sesi fotografi di kesemua cawangan MyBistari.

Semoga setiap kepingan gambar yang diterima pada penghujung tahun nanti bukan sekadar menjadi hiasan album, tetapi menjadi bukti indah bahawa setiap perjalanan seorang anak menuju kejayaan bermula dengan langkah kecil yang penuh makna di MyBistari.

Kerana setiap senyuman hari ini, akan menjadi kenangan yang paling dirindui suatu hari nanti. ❤️

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                            (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Wednesday, October 9, 2024

MOMEN YANG TERTANGKAP DENGAN SENYUM YANG TERTAHAN

Comel bergaya dengan jubah konvo. (TH Inovasi)

Setiap tahun, sesi fotografi di Mybistari Group menjadi salah satu momen yang dinanti-nantikan oleh para guru, ibu bapa, dan tentunya para murid kerana gambar-gambar ini akan dicetak dan dibingkaikan untuk diberikan sewaktu akhir semester nanti. Pada tahun ini, sesi fotografi semester 2 yang telah diadakan dari 24 September hingga 3 Oktober 2024 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan ragam lucu murid-murid berusia yang berusia dari 4 hingga 6 tahun. Penat tapi seronok, 8 hari saya ke 10 tadika dengan menyaksikan keletah lucu anak-anak dan guru sepanjang sesi fotografi ini berlangsung.

Kecomelan mereka dengan uniform tadika yang bersih dan kemas tak terbendung. Ada yang datang dengan penuh yakin, tersenyum lebar, namun ada juga yang sedikit malu-malu, memegang erat tangan guru. Setelah dipujuk, akhirnya dia mengeluarkan senyuman manis yang ditunggu-tunggu. Ada juga seorang murid tidak mahu menukar uniform tadika. Puas cikgu-cikgunya memujuk akhirnya sesi fotografi diteruskan juga dengan murid tersebut memakai baju senaman tadika.

Suasana bertukar lebih meriah. Mereka tampak lebih berani dan penuh keyakinan. Beberapa murid sudah bersedia dengan pelbagai gaya tersendiri, dari gaya peace, senyum lebar, hinggakan pose dramatik yang seakan-akan sedang melakukan sesi fotografi profesional! Ada seorang murid yang, setiap kali diminta senyum, akan menunduk malu dan kemudian membuat gaya lucu dengan menjeling ke arah kamera.

Ada juga yang cuba meniru watak kartun kegemaran mereka dengan pose aksi superhero, manakala ada yang buat gaya angkat tangan seperti sedang memberi arahan di kelas! Hihihi macam-macam ragam ya anak-anak.

Manakala murid-murid 6 tahun tampil penuh segak dan bergaya dengan pakaian jubah konvokesyen lengkap dengan topi segi empat dan skrol digenggam erat di tangan mereka. Aura kebanggaan dan keyakinan jelas terpancar di wajah mereka ketika melangkah ke hadapan kamera, seolah-olah mereka sudah bersedia melangkah ke fasa baru dalam kehidupan – menuju sekolah rendah.

Setiap murid tampak anggun dan bersemangat dalam pakaian konvokesyen tersebut, sambil memegang skrol yang menjadi simbolik kejayaan dan pencapaian mereka di tadika. 

Sesi fotografi dengan pakaian jubah, topi konvokesyen, dan skrol ini membawa satu perasaan istimewa – tidak hanya bagi murid-murid, tetapi juga bagi guru-guru dan ibu bapa yang menyaksikan perkembangan anak-anak mereka. Mereka yang dahulunya memulakan perjalanan tadika dengan penuh kecomelan dan rasa ingin tahu, kini berdiri segak dengan penuh keyakinan, bersedia menempuh cabaran yang lebih besar di masa depan.

Dengan setiap kilatan kamera, bukan sahaja terabadi senyuman mereka, tetapi juga semangat dan kebanggaan yang akan terus mengiringi mereka sepanjang perjalanan mereka ke alam persekolahan yang lebih besar.

Jom kita lihat gambar yang tertangkap dilensa kamera.

Peace ✌! (TH Minda)

Sampai dua orang cikgu untuk gayakan murid. (TH Minda)


Tak jadi pun mini love saya cikgu. (TH Minda)

Malu-malu mata nak pandang ke kamera ya. (TH Pintar)

Sempat bergambar sementara menunggu kawan-kawan yang lain siap. (TH Pintar)

Tahun ini hampir semua cawangan ada pasangan kembar. Ini kembar dari TH Pintar.

Macam dah biasa bergambar je. Hihihi (TH Pintar)

Guru Besar perlu pastikan kedudukan anak murid sama dengan senarai nama. (TH Inovasi)

Takkan berdiri tegak je tu? (TH Inovasi)

Bergambar untuk content di tiktok. (TH Genius)


Eh tengok apa tu? (TH Bijaksana)

Jauh termenung. Berdebar ke tu. Hihihi (TH Bijaksana)

Sempat menjeling ke arah cikgu. Kamera di hadapan ni. (TH Bijaksana)

1..2..3 Senyum. (TH Cemerlang)

Alaaa...comelnya gaya pose tu. (TH Cemerlang)

Eh, malu ke tu nak buat gaya. (TH Cemerlang)

Cantik bergaya murid perempuan di TH Intelek.

Kemaskan dulu rambutnya. (TH Kreatif)

Amboi, sempat lagi pakai lipmatte. (TH Intelek)

Rapatkan tangan macam ni ya sayang baru nampak bentuk love. (TH Intelek)

Tunduk sikit, cikgu nak pakaikan topi. (TH Ilmu)


Hati-hati jangan tersalah susunan pula. (TH Ilmu)

Nervous ke tu. (TH Ilmu)

Alaaa...kenapa sedih tu? (TH Jaya)

Cikgu tak nak puji saya hensem ke hari ni? (TH Jaya)


Anak-anak hebat 6 tahun sesi petang di TH Jaya.

Begitulah ragam murid-murid sepanjang sesi fotografi ini. Ini adalah detik-detik yang akan diabadikan dalam album kenangan, bukan sahaja sebagai kenangan visual tetapi juga sebagai bukti betapa ceria dan berwarna-warninya kehidupan di tadika.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi nanti. Sebelum itu, jangan lupa singgah di socmed MyBISTARI melalui aplikasi facebook ataupun tiktok untuk melihat lebih banyak video aktiviti murid.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM  ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon