Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Aidilfitri dari kami keluarga besar MyBISTARI GROUP |
“Taqabbalallahu minna wa minkum.”
Ertinya, “Semoga Allah menerima amalan ibadah kami dan kamu.”
Ya Allah, kami mohon jangan jadikan ini Ramadhan yang
terakhir bagi kami.
Terasa terlalu cepat benar Ramadhan kali ini berlalu pergi,
sedar tak sedar kita sudahpun berada di hari terakhir berpuasa. Ramadhan yang ‘lain
macam’ bagi kita semua. Banyak perkara sebenarnya yang boleh kita semua
pelajari dan fahami untuk Ramadhan kali ini, antaranya ramai di antara kita
yang sebelum ini tidak pernah dapat mengerjakan solat terawih berjemaah bersama
keluarga, kali ini Allah beri kesempatan itu, jika sebelum ini jarang duduk
bertadarus bersama keluarga, kali ini kita dapat melakukannya, dan juga dapur
juga meriah dek kerana masing-masing sibuk memikirkan dan menyiapkan juadah
berbuka puasa memandangkan tiada bazaar ramadhan. Semoga kita semua dapat
memanfaatkan Ramadhan yang bakal pergi meninggalkan kita sebentar sahaja lagi.
Bagi kami di MyBISTARI GROUP, jika sebelum ini seminggu
sebelum bercuti untuk sambutan hari raya, para guru akan sibuk menghias kelas
dengan bantuan murid-murid. Sambil itu seronok mendengar cerita anak-anak murid
berkenaan persiapan hari raya mereka, kali ini tiada lagi suasana seperti itu.
Semoga kita semua diberi peluang lagi untuk merasai nikmat bersama-sama
anak-anak murid kami yang amat kami rindui.
Tetapi kami tetap dapat juga merasai kemeriahan berhari raya
dengan bantuan para ibu bapa dan penjaga murid-murid dengan memberi kerjasama
yang baik dalam menghasilkan video ucapan selamat hari raya. Terima kasih yang tak terhingga, hanya Allah
sahaja yang tahu betapa kami bersyukur kerana dikurniakan para ibu bapa dan
penjaga yang sangat supportive.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang dikongsikan oleh
para guru untuk kami gunakan di dalam video hari raya kami.
Pelbagai gaya murid-murid TIB |
Gambar hari raya dari TIMB |
Nampak matang masing-masing. (TIPB) |
Comel anak-anak dari TKM. |
Suka berposing ya? (TM) |
Gaya sopan dari TMPB |
Seronok semua nak beraya ya? (TNPB) |
Handsome tiga bujang ni. (TS1) |
Jom berhari raya! (TS2) |
Para guru juga sempat berposing untuk ucapan hari raya. |
Di sini juga kami kongsikan video ucapan selamat hari raya dari kami dan anak-anak murid.
Part 1
Part 2
InsyaAllah esok kita semua akan menyambut 1 Syawal. Pesanan dari kami, meriahkanlah rumah dengan ibadah, jadikan sepertimana di bulan Ramadhan. Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir, jangan cemari malam hari raya dan juga perayaan hari pertama kita dengan perkara-perkara yang lalai dan tidak mendatangkan faedah. Yang paling penting, mohonlah kepada Allah agar Allah berikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Semoga Allah mendengar dan menerima doa dan amal ibadah kita semua. Aamiin.
Stay safe, stay at home. Kita ingat Allah, Allah jaga kita.
~ Cikgu Norifah~