Bismilahirrahmanirrahim.
 |
Antara murid-murid bersama hasil kerja mereka. |
“Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari
harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang yang sabar.” (Al Baqarah:155)
PKPB dilanjutkan lagi sehingga 9 Jun 2020. Wah… terus
disambung sebulan, tiada lagi dua minggu seperti yang sebelum ini. Semoga Allah
permudahkan segala urusan kita semua sepanjang proses PKPB ini berlangsung. Apa
yang penting sekarang ini, perlu yakin bahawa Allah sedang menguji kesabaran
kita semua. InsyaAllah ada hikmahnya dari musibah yang berlaku ini. Hidup perlu
diteruskan. Bak kata Perdana Menteri kita, belajar untuk membiasakan diri
dengan norma yang baru.
Bagi kami, tenaga kerja di MyBISTARI GROUP, baik para guru
ataupun bahagian pengurusan, fasa yang seterusnya juga sedang dilakukan. Ada di
antara kami yang kekal bekerja di rumah dan ada juga yang dipanggil masuk
bekerja di pejabat dan tadika. Kami yang bekerja di pejabat sudah terbiasa
dengan suasana sunyi tanpa anak-anak murid, tetapi bagi para guru yang hadir ke
tadika, pastinya akan terasa sayu. Jika sebelum ini meriah dengan suara
anak-anak murid dan juga suara rakan sekerja yang sedang menjalankan sesi
p&p, kini sunyi.
 |
Yang sudah naik kerja di tadika, ber vc dari tadikalah ya. |
 |
Kegigihan cikgu untuk memastikan bacaan murid diambil. |
 |
Masing-masing fokus dengan pengambilan bacaan murid-murid. |
 |
Suasana di TPB Tmn Scientex 2. |
 |
Sebelum tugasan dimulakan, cikgu-cikgu bertadarus dahulu. |
 |
Hati-hati, jangan senget tulisannya. |
 |
Sesi pengambilan rekod bacaan di TPB TKM. |
 |
Tekun menyiapkan tugasan yang diberi. |
 |
Masing-masing fokus. |
 |
Di pejabat juga mula sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh. |
0 comments:
Post a Comment