Wednesday, April 21, 2021

PUASA DI MyBISTARI

 Bismillahirrahmanirrahim.

Marhaban Ya Ramadan!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini. Ini adalah tahun kedua dan harapnya juga adalah tahun terakhir kita terpaksa menyambut Ramadan di dalam pandemik.

Walaupun peraturan yang dikenakan tidaklah seketat tahun yang sudah, kita semua tetap perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Ini amatlah penting dalam menjaga keselamatan dan kesihatan semua yang berasa di sekeliling kita.

Memandangkan solat terawih dan juga bazar Ramadan sudah boleh dijalankan semula, nasihat kami, elakkan dari berada di tempat yang sesak, jaga kebersihan, jaga jarak, dan pastikan bila sudah sampai ke rumah, mandi dan bersihkan diri. 

Alhamdulillah juga, sesi persekolahan masih dapat diteruskan. Cuma ingin kami peringatkan sekali lagi di sini,sekiranya para ibu bapa / penjaga ataupun anak murid adalah kontak rapat pesakit Covid 19, sila patuhi langkah-langkah yang telah diberitahu terdahulu, Hari amat berharap para ibubapa / penjaga tidak merahsiakan hal ini dan juga tidak menghantar anak-anak ke tadika sekiranya perkara ini terjadi.

Bagaimana ya gelagat anak-anak apabila sudah mula berpuasa? Pasti rengekan untuk berbuka sentiasa menghantui para ibu, lebih-lebih lagi bagi ibu yang duduk di rumah. Bertabahlah ya! Satu perkara yang menarik berkenaan anak-anak ini apabila berpuasa adalah, mereka akan terus kelihatan segar bugar apabila berjumpa dengan kawan-kawan. Rengekan dan pujukan untuk berbuka hilang terus. Sebab itu kami lebih gemar anak-anak tadika hadir ke sekolah ketika berpuasa. 

Di sini kami kongsikan beberapa gambar dan juga video suasana ketika waktu rehat di tadika semasa bulan Ramadan. 

Saya nak siapkan kerja ni lagi sikit (TIB)

Saya nak rehat sekejap. (TIB)

Saya nak buat latihan ejaan.. kali ni saya nak dapat semua betul (TIMB)

Tengok ni saya baca lancar. (TIMB)

Alamak, saya terjilat mask ni.. batal tak puasa saya cikgu?(TIPB)

Jom ulangkaji! (TIPB)

Mari sini cikgu dengar saya baca, (TKM)

Alololo.. comelnya buku (TKM)

Hmmm... pandai juga saya buat latihan ni semua ya. (TM)

Alamak, masa awal-awal dulu tak kemasnya saya tulis, nasib sekarang dah cantik. (TMPB)

Saya nak mula buat revision ni.. (TMPB)

Semangat tak kami belajar? (TNPB)

Pergunakan waktu rehat sebaiknya dengan merehatkan mata dan minda. (TNPB)

Khusyuknya dia. (TS1)

Ni kacang je cikgu... eh kacang.. sedapnya kacang time tengah lapar ni.. (TS2)


Kami kongsikan juga video himpunan gambar dan klip video murid-murid di tadika masing-masing ketika waktu rehat di bulan Ramadan,

Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi semangat anak-anak murid untuk berpuasa. Jangan lupa jaga kebersihan dan juga keselamatan diri. Tak perlu keluar rumah sekiranya tiada perkara yang penting. Penuhi bulan puasa ini dengan amalan-amalan yang baik dan Insyaallah mendapat keberkatan dariNya.

~Cikgu Norifah~



 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon