“Iaitu
orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”(Al-Baqarah
: ayat 156)
Redha dan
tawakal. Itulah yang perlu kita lakukan sekarang ini. Baik dari pihak ibu bapa
mahupun kami, sama-sama kita merasa impak yang besar dari pandemik ini. Walaupun
diberi keizinan untuk meneruskan sesi P&P secara bersemuka dengan anak-anak
murid, kami tetap merasa risau dan khuatir. Pelbagai aktiviti telah pun
dirancang untuk diadakan semula bagi semester yang baru ini. Tapi itulah, kita
hanya mampu merancang. Senang cerita kita masing-masing mengharapkan keadaan
bertambah baik, namun sekarang ini sepertinya masih tidak nampak jalan ke arah
itu.
Jika
diikutkan pada takwim 2021 yang telah diedarkan kepada para ibu bapa / penjaga,
minggu ini kita akan adakan aktiviti bergambar kelas semester 1 dan juga gambar
invidivu bagi murid-murid K1 dan murid baru K2. Aktiviti itu kami ubah ke
bergambar individu K1 sahaja apabila mengambil kira faktor keselamatan dan
kesihatan murid-murid. Kami kemudian ubah lagi kepada menggunakan gambar ukuran
paspot yang diberi oleh para ibu bapa sahaja untuk kebaikan semua pihak.
Rindu sebenarnya dengan suasana hingar bingar perkarangan
tadika ketika melayan gelagat anak-anak murid dan para guru ketika sesi
bergambar diadakan. Semoga diberi kesempatan lagi olehNya untuk merasai keseronokkan
sesi bergambar murid dan juga aktiviti-aktiviti yang lain. Buat masa ini,
perkara yang dapat kami buat adalah berkongsi gambar-gambar tahun yang lalu
ketika aktiviti ini dijalankan. Mari lihat betapa seronoknya kami bergambar!
Yes! Mari bergambar! (TS1)
Senyum jangan tak senyum. (TS1)
Cikgu, saya nak berdiri kat mana? (TS1)
Alamak, cikgu kan dah susun tadi. Kenapa tak ikut barisan? (TS1)
Hehe, cikgu yang beriya betulkan tudung. (TS2)
Terbalik kasut awak ni. (TS2)
Tengok kamera tau, jangan tengok tempat lain. (TS2)
Saya ada pembantu untuk ambil gambar di TIB.
Tak center lagi tu Cikgu Reen, dalam kamera ni kedudukan tak cantik. (TIB)
Eh.. ada muka kitalah dalam ni! (TIMB)
Mari sini cikgu betulkan tudungnya. (TIMB)
Panas ya Cikgu Siti? (TKM)
Biarlah belakang nak jadi apa, janji saya punya gambar ada, kan cikgu? (TKM)
Ok semua tengok sini dulu, cikgu nak ambil gambar. (TIPB)
Cikgu... nampak tak muka saya? (TIPB)
Macam mana nak sebut nama awak ni? (TMPB)
Ok tunggu cikgu panggil nama untuk ambil gambar invididu. (TMPB)
Tengok depan semua, berhenti dahulu dari berbual. (TNPB)
Kita bergambar individu pula ya. (TNPB)
Saya nak buat 'peace' boleh cikgu? (TM)
Ok semua, jom buat gaya bebas! (TM)
Kami kongsikan juga video sesi fotografi semester 1, tahun 2020.
Norma baharu yang perlu kami terapkan ini bukannya mudah, tetapi perlu kami patuhi. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan dikurniakan yang baik-baik sahaja untuk kita. Pastikan anak-anak sihat, tidak bergejala dan tiada contact rapat dengan mana-mana pesakit Covid19 sebelum dihantar ke tadika, ok?
Seperkara lagi, lembaran kerja hujung minggu (worksheet) akan mula kami edarkan pada Khamis nanti. Jangan lupa siapkan dan hantar semula hari Ahad nanti ya!