Showing posts with label peperiksaan pertengahan tahun. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan pertengahan tahun. Show all posts

Monday, May 11, 2026

PENILAIAN BUKAN SEKADAR KEPUTUSAN



Ibu ayah yang berdebar bila anak ada penilaian.


Pejam celik, pejam celik… sekejap sahaja sudah melangkah ke bulan Mei. Bermula 5 hingga 8 Mei 2026 (Selasa hingga Jumaat), telah berlangsungnya Penilaian Pertengahan Tahun di MyBistari yang melibatkan murid-murid 5 dan 6 tahun.

Penilaian ini bukanlah ukuran siapa teratas dan siapa terbawah. Sebaliknya, ia dijalankan bagi melihat pencapaian serta tahap kefahaman si cilik hebat sepanjang mengikuti sesi PdP di tadika selama satu semester.

Bagi murid 5 tahun, inilah pengalaman pertama mereka menjalani penilaian tanpa bantuan jawapan daripada guru. Semuanya perlu dijawab sendiri oleh si cilik hebat. Guru hanya memantau, membaca serta menerangkan kehendak soalan kepada anak-anak.

Sepanjang penilaian berlangsung, pelbagai ragam dan gelagat si cilik hebat dapat dilihat. Ada yang termenung memikirkan jawapan, ada yang setia menunggu guru memberi jawapan (Oppss...tapi maaf cikgu tak boleh bagi jawapan), ada yang fokus menjawab dengan penuh yakin dan ada juga yang mengalirkan air mata kerana gementar. Semua ini adalah pengalaman berharga dalam proses pembelajaran mereka.

Bagi murid 6 tahun pula, mereka sudah semakin biasa dengan suasana dan kertas-kertas soalan. Oleh itu, penilaian ini bukan lagi satu permasalahan besar buat mereka. Anak-anak ini dilihat lebih yakin dan bersedia untuk menjawab setiap tugasan yang diberikan.

Semoga semua si cilik hebat memperoleh keputusan yang cemerlang dan terus bersemangat untuk belajar. Kepada ibu ayah, jangan lupa janji temu kita pada 4 Jun 2026 sempena Hari Temu Mesra Ibu Bapa dan Guru bagi membincangkan perkembangan anak-anak tersayang.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa dalam memastikan perjalanan pembelajaran anak-anak sentiasa berjalan dengan baik. 🌸


Baca doa sebelum mulakan penilaian. (TH Intelek)

Cikgu saya dah siap tulis nama. (TH Intelek)

Berhati-hati guru bertugas menyemak nama yang ditulis oleh murid sebelum menanda. (TH Intelek)

Nama kelas tulis yang ini ya. (TH Intelek)

Selamat menjawab soalan semua. (TH Bijaksana)

Si cilik hebat memang sudah dilatih untuk tulis nama sendiri.
Jadi tiada masalah untuk murid menulis nama ketika peperiksaan berlangsung. (TH Bijaksana)

Cikgu perhati je tu. Tak bagi jawapan pun. (TH Bijaksana)

Angkat tangan bila sudah siap tulis nama dan kelas. (TH Genius)

Fokus menjawab. (TH Genius)

Pastikan muka surat tidak sama dengan kawan sebelah. (TH Genius)

Aduh, pening nak pilih jawapan yang mana satu! (TH Inovasi)

Siapa yang tak faham soalan boleh angkat tangan. (TH Inovasi)

Tahap 6 Bistari nama penuh ditulis pada kertas soalan. (TH Inovasi)

Jauh termenung, tengah fikir macam mana nak dapatkan jawapan ke? (TH Jaya)

Dah siap pastikan semak dahulu jawapannya. (TH Jaya)

Sempat tegur cikgu suruh ambil gambar, mewarna tu tak siap lagi. (TH Jaya)

Tunjuk soalan, ikut cikgu baca dahulu ya. (TH Ilmu)

Garis tegak-tagak tau. (TH Ilmu)


Guru bertugas memerhati jawapan yang dibuat betul ke salah? (TH Ilmu)

Suasa peperiksaan di Tadika Hebat Minda.

Tengok apa kat depan tu, ada jawapan ke? Hihihi (TH Minda)

Hari terakhir peperiksaan sempoa. (TH Pintar)
Nampak mudah je soalannya, tetapi jika salah gerakkan manik, jawapan pun boleh jadi salah.

Jawab dengan teliti jangan terburu-buru. (TH Pintar)

Ada masa lagi ni, Jom ulangkaji worksheet dulu. (TH Cemerlang)

Selagi loceng belum dibunyikan sempat lagi untuk anak-anak membuat ulangkaji. (TH Cemerlang)

Bila loceng sudah berbunyi, semua bag dan buku perlu disimpan
dan diletakkan dibelakang kelas. (TH Cemerlang)

Minggu peperiksaan, sunyi sahaja kelas di TH Kreatif.

Guru bertugas memantau sambil memerhati. (TH Kreatif)

Sebagai penutup, owh ya sebelum terlupa, ibu ayah juga boleh menyemak keputusan penilaian anak-anak melalui aplikasi SMAP bermula 3 Jun 2026 (Rabu). Namun, untuk mengetahui kedudukan anak di dalam kelas, ibu ayah boleh hadir ke tadika pada Hari Temu Mesra nanti.

Apa jua keputusan yang diperoleh, semoga ibu ayah sentiasa menghargai setiap usaha dan pencapaian si manja. Tidak kira sama ada keputusan mereka cemerlang atau masih perlu dipertingkatkan, pujian, pelukan dan kata-kata semangat daripada ibu ayah sangat bermakna buat si cilik hebat.

Ingatlah, dunia tadika hanyalah langkah pertama dalam perjalanan panjang mereka untuk belajar, mengenal potensi diri dan melakar kejayaan pada masa hadapan. Setiap anak berkembang dengan cara dan waktunya yang tersendiri. Yang paling penting, mereka terus berani mencuba, yakin dengan diri sendiri dan gembira dalam proses pembelajaran. 🌸

Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu Untuk Mendidik)


~Cikgu Azreen~

Tuesday, August 5, 2025

GELAGAT & USAHA SI CILIK HEBAT DALAM UJIAN PERTENGAHAN TAHUN!

 

Berdoa memohon kelancaran menjawab soalan.

🌟 Ujian Penilaian Pertengahan Tahun Si Cilik Hebat MyBistari! 🌟

Alhamdulillah, minggu ini penuh warna-warni dengan semangat dan keletah si cilik hebat MyBistari Group yang telah menduduki Ujian Penilaian Pertengahan Tahun bagi sesi Semester 1. Ujian ini diadakan bermula 10hb hingga 15hb Julai 2025 untuk menilai tahap kefahaman dan perkembangan anak-anak setelah hampir setengah tahun mereka belajar bersama guru-guru tersayang.

Anak K1 penuh keterujaan!
Bagi anak-anak K1, ini merupakan pengalaman pertama mereka duduk di dalam suasana 'peperiksaan'. Macam-macam gelagat comel dapat dilihat – ada yang penuh yakin, ada juga yang perlahan-lahan menyesuaikan diri. Tapi semuanya tetap mencuba sedaya upaya dengan senyuman!

Anak 6 tahun makin yakin!
Berbeza pula dengan murid 6 tahun yang lebih bersedia dan matang. Pengalaman menduduki ujian sebelum ini membantu mereka menjawab dengan lebih yakin dan tenang.

Tahniah Si Cilik Hebat!
Apa pun hasilnya nanti, tahniah buat semua si cilik hebat yang telah berusaha! Semoga keputusan yang diperoleh nanti menjadi satu motivasi untuk terus melangkah lebih jauh.

📲 Semakan Keputusan: 25 Julai 2025 (Jumaat)
Ibu ayah boleh menyemak keputusan anak-anak melalui sistem SMAP pada 25 Julai 2025 (Jumaat). Jangan lupa untuk semak dan raikan usaha si cilik anda, ya!

Terima kasih atas sokongan padu ibu ayah yang sentiasa memberi dorongan di rumah. Sama-sama kita terus membimbing anak-anak menuju kecemerlangan!

Pastikan tulis nama penuh dan kelas.

Semangat Cikgu Intan Syafiqah memberi penerangan.

Jangan risau anak-anak tak meniru- Muka surat berlainan anak-anak menjawab.


Fokus semua menjawab soalan.

Eh dah habis ke soalan?

Senang ke susah soalan tu?


Fokus & semangat si cilik hadapi ujian pertengahan tahun.

Tumpuan penuh si cilik hebat menjawab soalan.

Saya tak faham cikgu soalan ni?

Ujian Pendidikan Seni paling santai.

Warna bahagian tepi dulu agar lebih kemas.

Untuk 5 tahun gambar yang mudah sahaja.

Semak dulu jawapan sebelum kertas diambil oleh guru bertugas.

Macam-macam mimik muka si cilik menjawab soalan.

Hari ke-3 masih bersemangat!

Pilih jawapan yang betul.

Si cilik fokus, cikgu membimbing penuh sabar. 💙

Berhati-hati membaca soalan agar tidak tersilap.

Jika tidak faham jangan malu bertanya, tetapi jangan minta jawapan pula. Hihihi


Peperiksaan berjalan, cikgu pantau penuh perhatian!

Hari terakhir kertas sempoa menguji ketajaman minda si cilik hebat.

Peperiksaan sempoa: fokus 100%!


Fokus jawab soalan arab.

Sekian, terima kasih 🌹

Jumpa lagi di next blog..

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon