Monday, July 19, 2021

RINDU YANG TAK TERUNGKAP

 Bismillahirrahmanirrahim.

Program Simulasi Haji Cilik sedang berlangsung (2019).


Subhanallah.. sedar tak sedar minggu ini kita akan menyambut Aidil Adha. Tak terasa masa yang berlalu dek kerana masing-masing sibuk dengan keadaan yang sangat-sangat menekan sekarang ini. Doa dan harapan kami agar semuanya sentiasa di dalam lindunganNya dan dipermudahkan segala urusan.

Tahun ini adalah tahun kedua Kota Mekah lengang dari kunjungan jemaah haji berikutan pandemik yang entah bila akan berlalu. Semoga kita semua diberi keizinan olehNya untuk melaksanakan haji dan umrah nanti.

Bagi kami di bawah MyBISTARI GROUP, tahun ini juga adalah tahun kedua Program Simulasi Haji Cilik tidak dapat dijalankan. Sesungguhnya, rindu pada suasana sesi persekolahan dan segala aktiviti yang diadakan untuk anak-anak murid semua.

Jika sebelum berlakunya pandemik ini, bulan ni adalah antara bulan yang dinanti-nanti oleh para ibubapa dan juga kami, tenaga pengajar MyBISTARI GROUP. Laungan dan bacaan talbiah akan kedengaran di setiap tadika kami. Suasana yang pada ketika itu menyentuh hati, apatah lagi dalam keadaan sekarang ini. Rindu yang tak terungkap.

Marilah kita imbau kembali kenangan-kenangan yang pernah dicipta bersama para guru dan bekas anak-anak murid kami. Labbaik Allahumma Labbaik!

Persiapan ruang simulasi bermula malam sebelum program.

Untuk para mutawif dan mutawifah.

Tag nama dan lengan bagi para peserta simulasi.

Kelengkapan di dalam beg para peserta simulasi.

Ok jom sedia pakai telekung.

Antara checkpoint yang dijaga oleh para guru.

Persiapan akhir bersama mutawifah jemputan kami dari El Izzah.

Bergerak dari cawangan masing-masing menuju tapak simulasi.

Bakal haji cilik.

Cikgu pun turut rasa teruja.

Ibubapa dan penjaga yang datang memberikan galakan dan sokongan.

Dah tak sabar nak mula ya tu?

Mari cikgu betulkan kain ihramnya.

Sesi taklimat akhir sebelum program simulasi bermula.
Khusuk dengar taklimat.


Bismillahirrahmanirrahim, mari mulakan simulasi.

Yang pertamanya, kita Wukuf dulu di Arafah.

Mari kutip batu untuk lontar. Pastikan jumlahnya cukup ya.

Aktiviti melontar sedang dijalankan.

Setiap kali habis aktiviti, cikgu akan tampal sticker tanda selesai.

Tunggu giliran untuk tawaf.

Tawaf keliling replika Ka'abah.

Ok siap tawaf, kita tunggu untuk ke checkpoint yang selanjutnya.

Saei sedang berlangsung.

Dan yang akhir.. kita bertahalul.

Biar cikgu yang bantu gunting rambutnya, ya.

Alhamdulillah.. kami sudah selesai menunaikan ibadah haji kami!

Mengalas perut sementara menanti upacara penyerahan sijil.

Contoh gambar kenangan para peserta simulasi.

Di sini juga kami kongsikan beberapa video sepanjang Program Simulasi Haji Cilik ini diadakan.



Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para ibubapa yang pertama kali menyertai kami di MyBISTARI GROUP. Bagi para guru dan ibubapa yang lain, semoga dapat mengubat sedikit kerinduan terhadap aktiviti-aktiviti yang selalunya diadakan saban tahun. 

Walaupun kita tidak dapat merayakan Aildil Adha seperti tahun-tahun yang terdahulu, hinggakan ibadah korban dan solat sunat Aidil Adha dilaksanakan dalam SOP yang ditetapkan, kunjung mengunjung masih lagi dilarang, jangan pula kita hambarkan suasana hari raya kali ini ya. Yang tak dapat tunaikan solat sunat di surau atau masjid, lakukanlah secara berjemaah di rumah dengan ahli keluarga, takbir raya dan tahmid pun jangan dilupa sepanjang 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Oh ya.. jangan lupa mandi sunat Aidil Adha di pagi hari dan pakailah pakaian yang bersih dan wangi-wangian. 

Jaga diri, rajin-rajin istigfar dan selawat. Bantu ibubapa di rumah. Duduk sahaja di rumah, tak perlu keluar dan jika ada kepentingan untuk keluar, pastikan SOP diikuti. Kita ingat Allah, Allah akan jaga kita. 

Labbaik Allahumma Labbaik!

~Cikgu Norifah~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon