“PBKB di daerah Johor Bahru dilanjutkan sehingga 14hb
Januari 2021”
Allah.. bila sahaja mendapat berita ini, terus terbayang
suasana awal semester di tadika kami. Bermakna, tarikh kemasukan untuk sesi
2021 juga terpaksalah kami lanjutkan ke tarikh yang lain. Barulah kini terasa ‘nikmat’
melayan murid-murid baru yang pertama kali menjejakkan kaki ke tadika. Hari
pertama dan untuk beberapa minggu yang seterusnya, guru-guru kami bukan sekadar
menjadi cikgu, tetapi juga sebagai pelari pecut, pengangkat berat, pakar
kaunseling, penyanyi, pelakon dan pelbagai lagi kerjaya.
Penat, sakit.. tapi di penghujung hari, kerenah anak-anak
murid inilah yang juga menjadi pengubat dan punca ukiran senyuman di wajah
guru-guru kami. Betullah orang kata, kita akan menghargai sesuatu ataupun
seseorang apabila kita kehilangan benda tersebut.
Hebatnya cikgu-cikgu ni, walaupun pelbagai cabaran yang
terpaksa mereka hadapi di awal persekolahan, tetap juga diselitkan doa dan kata-kata
positif. Contohnya ketika saya melawat ke tadika di awal sesi persekolahan
pada tahun yang terdahulu, terlihat seorang guru duduk sambil memeluk anak
muridnya, tudung dan jubah basah dek airmata dan hingus anak murid terbabit.
Belum sempat saya bertanya, guru tersebut sudah bersuara,
“Cik Ifah, takpe Cik Ifah.. selalunya murid yang kuat nangis
ni lah sebenarnya pandai dan jadi wakil tadika kat pertandingan nanti, ya…
Aamiin.. Aamiin..” katanya sambil belakang murid itu diusap-usap.
Saya turut mengaminkan doanya. Semoga segala doa dan ilmu yang guru-guru kami curahkan kepada anak-anak murid mendapat keberkatan dariNya.
Di sini kami kongsikan beberapa gambar dan video 'throwback' permulaan sesi pada tahun yang terdahulu.
Beratur tunggu giliran untuk urusan van anak.
Cerita apa tu Cik Din?
Jangan lupa ambil nametagnya.
Lintas jalan elok-elok ya!
OK.. nametag ni jaga baik-baik tau.
Alamak, mama lupa bawa sapu tanganlah.
Hai cikgu, saya dah sampai!
Pastikan alamat dan nombor telefon betul ya.
Ok, jom kita bersuai kenal!
Murid-murid diajar cara mencuci tangan.
Cuba teka nama saya apa?
Jom ikut cikgu nyanyi!
Tadah tangan semua, nak baca doa makan ni.
Sedapnya bekal saya!
Jemput makan semua.
Ok mari nyanyi lagi!
Susun kasut di rak elok-elok ya.
Sesi penerangan penggunaan tandas.
Mari kita kumpul buku aktiviti supaya beg tak berat.
Hati-hati turun tangga ya.
Yeay, dah nak balik dah!
Tunggu nama cikgu panggil baru boleh keluar dari tadika, ok?
Mari sini cikgu bantu naik ke dalam van.
Di sini juga kami kongsikan video permulaan semester pada tahun yang terdahulu.
Jika diikutkan takwim
2020 yang awal, sekarang ini sudahpun bermula sesi persekolahan 2021. Sayangnya,
kerana Covid19, pra tadika terpaksa kami tiadakan, permulaan sesi 2021 juga
ditunda ke 17hb Januari 2021 (InsyaAllah). Risau sebenarnya memikirkan proses perkembangan
pendidikan anak-anak ini. Diharap segalanya dipermudahkan dan kita semua
sentiasa di bawah lindunganNya.
Oh ya.. sesi pembayaran dan pengambilan keperluan masih lagi berlangsung sehingga 5hb Januari 2021. Silalah berhubung dengan tadika di mana anak didaftarkan sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan dengan sesi ini. Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memilih untuk bersama-sama dengan kami dalam membentuk pendidikan awal anak-anak. Semoga diberi kesempatan untuk kita bersua muka.
Jangan lupa, jaga kesihatan, tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan penting, dan perbanyakkan selawat dan doa agar pandemik ini segera berakhir.
“Tidaklah ada dari manusia melainkan: diuji dengan
keselamatan agar diketahui bagaimana syukurnya, atau diuji dengan sebuah
bencana agar diketahui bagaimana sabarnya.” – Ibnu Qayyim
Lama rasanya tidak berkongsi cerita. Mana taknya,perjalanan
MyBISTARI GROUP dan juga keseluruhan umat dunia amnya sekarang ini ibarat
roller coaster. Selagi pandemik ini tidak berakhir dan tidak dapat dibendung,
selagi itulah kita akan berada di dalam
keadaan begini. Hidup dalam ketidakpastian kerana segala-galanya boleh berubah
mengikut situasi semasa.
Paling terdekat dengan kami, warga MyBISTARI adalah dengan
sesi persekolahan. Pada awalnya memang sedih bila memikirkan yang sesi tahun
ini akan berakhir begitu sahaja. Kemudian, diberi sedikit sinar apabila
dibenarkan untuk bersekolah semula, makanya pelbagai perancangan (yang pastinya
berlandaskan SOP yang ditetapkan) telah dirancang untuk anak-anak murid kami,
tetapi sayangnya, di akhir waktu terpaksa kami batalkan juga kerana perintah PKPB
diadakan semula. Yang dapat kami laksanakan dalam waktu yang singkat itu hanyalah
majlis perpisahan sesi 2020.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang
tak terhingga kepada pihak ibubapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang tersangat
baik kepada kami ketika majlis itu dilakukan. Lega hati kami kerana dengan
bantuan dan sokongan para ibubapa, kami dapat berikan kenangan terakhir
murid-murid bersama rakan-rakan dan para guru mereka.
Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang dijalankan
sesi pembayaran yuran dan pengambilan barang keperluan 2021. Memandangkan kita
masih diancam dengan Covid19, beberapa langkah yang kelihatan drastik, tetapi
perlu kami lakukan untuk keselamatan kita semua telah kami terapkan. Antaranya,
tidak perlu membawa anak untuk sesi pembelian barang, baju yang telah dibeli
tidak boleh ditukar (ini juga berlaku di kedai-kedai pakaian yang lain), pemilihan
saiz baju adalah mengikut ukuran yang diberi oleh guru besar. Kami amat
berharap para ibubapa kenalpasti dahulu saiz yang sesuai untuk anak sebelum
datang untuk membuat pembelian. Bagi ibubapa yang terserempak dengan rakan-rakan
atau jiran yang lain ketika membuat pembayaran, diharap agar tidak bersembang panjang
di ruang tadika ya. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai.
Wajib scan ini ya sebelum masuk ke tadika.
Sekiranya tiada aplikasi untuk scan, nampak tak buku di bawah tu? Sila isi ya.
Di setiap cawangan ada disediakan meja pendaftaran seperti ini.
Sila semak ya, butiran peribadi anak di sini sementara menanti giliran dipanggil.
Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik.
Ruang menunggu juga mengikut SOP yang ditetapkan.
Diharap para ibubapa membaca setiap memo yang kami naikkan di tadika.
Situasi ketika pengambilan keperluan.
Pemakaian topeng juga wajib ya!
Jangan risau, kami sering sanitisi peralatan yang ada di dalam tadika.
Kami kongsikan juga video himpunan beberapa cawangan berkenaan tatacara pengambilan keperluan 2021.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibubapa yang masih memilih untuk bersama kami lagi pada tahun hadapan. Bagi yang baru akan bersama kami untuk tahun hadapan kami ucapkan beribu terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Mari kita sama-sama jaga keselamatan dan kebersihan agar pandemik ini dapat dikekang dan berakhir. Rajin-rajin berdoa dan jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
Insyaallah jumpa nanti di tahun 2021 ya kesayangan semua! Let's buckle up for 2021!