“Tidaklah ada dari manusia melainkan: diuji dengan
keselamatan agar diketahui bagaimana syukurnya, atau diuji dengan sebuah
bencana agar diketahui bagaimana sabarnya.” – Ibnu Qayyim
Lama rasanya tidak berkongsi cerita. Mana taknya,perjalanan
MyBISTARI GROUP dan juga keseluruhan umat dunia amnya sekarang ini ibarat
roller coaster. Selagi pandemik ini tidak berakhir dan tidak dapat dibendung,
selagi itulah kita akan berada di dalam
keadaan begini. Hidup dalam ketidakpastian kerana segala-galanya boleh berubah
mengikut situasi semasa.
Paling terdekat dengan kami, warga MyBISTARI adalah dengan
sesi persekolahan. Pada awalnya memang sedih bila memikirkan yang sesi tahun
ini akan berakhir begitu sahaja. Kemudian, diberi sedikit sinar apabila
dibenarkan untuk bersekolah semula, makanya pelbagai perancangan (yang pastinya
berlandaskan SOP yang ditetapkan) telah dirancang untuk anak-anak murid kami,
tetapi sayangnya, di akhir waktu terpaksa kami batalkan juga kerana perintah PKPB
diadakan semula. Yang dapat kami laksanakan dalam waktu yang singkat itu hanyalah
majlis perpisahan sesi 2020.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang
tak terhingga kepada pihak ibubapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang tersangat
baik kepada kami ketika majlis itu dilakukan. Lega hati kami kerana dengan
bantuan dan sokongan para ibubapa, kami dapat berikan kenangan terakhir
murid-murid bersama rakan-rakan dan para guru mereka.
Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang dijalankan
sesi pembayaran yuran dan pengambilan barang keperluan 2021. Memandangkan kita
masih diancam dengan Covid19, beberapa langkah yang kelihatan drastik, tetapi
perlu kami lakukan untuk keselamatan kita semua telah kami terapkan. Antaranya,
tidak perlu membawa anak untuk sesi pembelian barang, baju yang telah dibeli
tidak boleh ditukar (ini juga berlaku di kedai-kedai pakaian yang lain), pemilihan
saiz baju adalah mengikut ukuran yang diberi oleh guru besar. Kami amat
berharap para ibubapa kenalpasti dahulu saiz yang sesuai untuk anak sebelum
datang untuk membuat pembelian. Bagi ibubapa yang terserempak dengan rakan-rakan
atau jiran yang lain ketika membuat pembayaran, diharap agar tidak bersembang panjang
di ruang tadika ya. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai.
Wajib scan ini ya sebelum masuk ke tadika.
Sekiranya tiada aplikasi untuk scan, nampak tak buku di bawah tu? Sila isi ya.
Di setiap cawangan ada disediakan meja pendaftaran seperti ini.
Sila semak ya, butiran peribadi anak di sini sementara menanti giliran dipanggil.
Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik.
Ruang menunggu juga mengikut SOP yang ditetapkan.
Diharap para ibubapa membaca setiap memo yang kami naikkan di tadika.
Situasi ketika pengambilan keperluan.
Pemakaian topeng juga wajib ya!
Jangan risau, kami sering sanitisi peralatan yang ada di dalam tadika.
Kami kongsikan juga video himpunan beberapa cawangan berkenaan tatacara pengambilan keperluan 2021.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibubapa yang masih memilih untuk bersama kami lagi pada tahun hadapan. Bagi yang baru akan bersama kami untuk tahun hadapan kami ucapkan beribu terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Mari kita sama-sama jaga keselamatan dan kebersihan agar pandemik ini dapat dikekang dan berakhir. Rajin-rajin berdoa dan jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
Insyaallah jumpa nanti di tahun 2021 ya kesayangan semua! Let's buckle up for 2021!
0 comments:
Post a Comment