Akhirnya, sesi persekolahan 2021 dapat juga bermula,
Alhamdulillah. Bermacam rasa yang ada. Teruja, risau, takut dan gembira, itu
antara perasaan yang bukan hanya dirasai oleh para ibu bapa dan murid, tetapi
juga para guru kami.
Walaupun telah menyediakan tadika seperti SOP yang ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan, tetap jua ada sedikit rasa was-was dalam
diri kami untuk menyambut murid-murid dan para ibu bapa ke tadika. Terbayang-bayang
sudah keadaan suasana hari pertama persekolahan yang sememangnya akan penuh
dengan para ibu bapa yang semangat menghantar anak-anak ke tadika,bukan setakat hantar ke pintu tadika, ada
juga yang sanggup tunggu di dalam kelas bersama anak-anak. Kami faham keterujaan
para ibu bapa, maklumlah kali pertama anak-anak dilepaskan di bawah jagaan dan
bimbingan orang lain, pasti bukan senang bagi mereka untuk melepaskan
anak-anak.
Ketika ditugaskan untuk memantau keadaan awal persekolahan
di Tadika Ilmu Pintar Bestari, risau juga memikirkan perkara ini. Tetapi Alhamdulillah,
para ibu bapa dan penjaga di Tadika Ilmu Pintar Bestari memberikan kerjasama yang
baik apabila diminta untuk meninggalkan kelas anak-anak. Terima kasih kami
ucapkan. Saya percaya para ibu bapa di tadika lain juga begitu. Marilah kita
sama-sama patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Semoga dengan ini Covid19 dapat
dibendung.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar hari pertama dari setiap tadika di bawah MyBISTARI GROUP.
Mana ya nama anak saya? (TIB)
Kami dah sedia nak belajar ni cikgu. (TIB)
Ok, cukup sabun banyak tu, cuci tangan pula ya. (TIB)
Semoga perjalanan balik ke rumah berjalan lancar. (TIB)
Selepas daftar, murid akan diberi tanda nama. (TIMB)
Mari cikgu terangkan tatacara ke tandas. (TIMB)
Ok, mari kita balik. (TIMB)
Urusan van selepas daftar anak. (TIPB)
Jangan menangis.. kita kat sekolah kejap je.. (TIPB)
Ingat pesan mama, duduk je kat kerusi, jangan lari-lari, jaga SOP. (TIPB)
Whatsapp jap.. "ok anak kita selamat masuk kelas, tak nangis.." (TIPB)
Sila scan dahulu sebelum masuk ke dalam tadika ya puan. (TKM)
Alamak, mana saya letak duit kecil ni eh.. (TKM)
Err.. tu huruf o ke a cikgu? Mata tak berapa jelas.. (TKM)
Duduk sini elok-elok ya! (TKM)
Hai cikgu, hari ini saya mula belajar, jumpa dalam kelas nanti ya. (TM)
Kita ambil gambar kenangan 1st day dahulu. (TM)
Dik, duduk.. jatuh nanti.. (TM)
Ini driver n co driver bukan biasa-biasa. (TM)
Terima kasih kerana menjaga jarak. (TMPB)
Urusan di kaunter van. (TMPB)
Ibu, nak saya buka ke pakai topeng ni? (TMPB)
Murid diajar cara menyusun kasut di rak. (TMPB)
Hasil kerja pertama di tadika, cantik tak? (TNPB)
Tengok ni, papa dah tulis nama dalam ni, jangan tersalah kasut. (TNPB)
Abadikan kenangan hari pertama di sini. (TNPB)
Pastikan anak puan dah siap bila kami sampai ya. (TS1)
Ok, ini nametag awak. (TS1)
Cantik tak lebah saya ni cikgu? (TS1)
Hati-hati naik tangga tu. (TS2)
Alamak, jangan senget.. jangan senget.. (TS2)
Errr.. dah berapa kali saya gosok belakang tangan ni eh? (TS2)
Cuba teka saya nak buat apa ni? (TS2)
Bermula tahun ini juga uniform kami telahpun ditukar ke pattern yang baru. Pertukaran ini kami lakukan secara berperingkat, jadi jangan pelik sekiranya ada tadika yang masih menggunakan uniform yang lama ya.
Contoh uniform baru murid perempuan.
Contoh uniform baru murid lelaki.
Kami kongsikan juga video berkenaan hari pertama persekolahan sesi 2021.
Kami ingin peringatkan sekali lagi di sini, sekiranya anak-anak bergejala (demam / batuk / selsema) tidak perlu hantar anak ke tadika. Sama juga sekiranya keluarga murid adalah contact rapat dengan pesakit Covid19, duduklah sahaja di rumah. Patuhlah pada arahan yang terah dikeluarkan. Elakkan dari wujudnya kluster tadika. Perbanyakkan selawat dan istigfar. Semua ini adalah untuk kebaikan bersama.