Wednesday, December 21, 2022

FOKUS MINDA DAN JARI!!


Bismillahirrahmanirrahim



Hiasan pentas program pertandingan sempoa & congak 2022.

We are back!!

Pertandingan sempoa dan congak kembali!! Setelah 2 tahun ketiadaan program ini, kami muncul kembali!  Sehinggakan video pertandingan tahun 2019 viral di aplikasi tiktok beberapa bulan lalu yang telah dikongsikan oleh parents lama Mybistari Group.

Bermula episod lidah terbelit para guru untuk melatih murid dengan pelbagai tahap kelajuan bacaan soalan. Bukan guru sahaja malah murid juga perlu bersedia dengan jari jemari untuk melatih gerakkan setiap manik-manik sempoa dan fokus untuk mendengar soalan yang dibaca oleh guru mereka.

Dari pihak kami pengurusan pula sibuk dengan persiapan-persiapan program dari awal sehingga ke hari program segalanya perlu disusun rapi.

Alhamdulillah, Program pertandingan sempoa dan congak berjalan lancar walaupun pada minggu-minggu terakhir ada sahaja berita yang kami terima beberapa orang calon peserta yang menarik diri di saat akhir.Almaklumlah program ini diadakan pada waktu cuti sekolah kerana kami tiada pilihan lain di sebabkan masalah tempat yang kami pilih tiada kekosongan.

Justeru itu, program ini diteruskan juga dengan tarikh yang telah ditetapkan dari awal sesi persekolahan. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori sempoa ribu 6 Bistari, kategori sempoa ratus 6 Tahun, kategori sempoa ratus 5 Bistari, kategori sempoa ibubapa, kategori congak dan kategori sempoa ibubapa vs murid.

Setelah 2 tahun ketiadaan program ini sambutan penyertaan menggalakkan dari kalangan ibubapa untuk menyertai pertandingan ini. Ada juga di kalangan ibubapa yang telah beberapa kali masuk pertandingan ini untuk cuba nasib lagi pada tahun ini.

Pelbagai kerenah dan keletah anak-anak yang mencuit hati ketika pertandingan, ada yang duduk santai sambil menjawab soalan dan ada juga yang menangis sewaktu peringkat akhir. Namun begitu, sokongan dari para guru dan ibubapa membuat murid itu bangkit untuk menjawab soalan yang diajukan.

Tahniah kepada para pemenang setiap kategori anda semua memang hebat!!

Jom kita lihat gambar-gambar sepanjang program berlangsung.


Ucapan perasmian daripada Penasihat MyBistari Group Encik Ahamed Tamizi.

Persembahan pembukaan dari anak-anak 5 tahun TNPB.

Saringan kategori sempoa ribu 6 Bistari.

Fokus semunya menjawab soalan.

Comel semuanya menanti giliran untuk membuat persembahan.


Nombor apa yang disebut tadi ya.hihi


Pantas jari gerakkan  manik sempoa.

Kategori congak.

Fokus mengira tu.

Santai para bapa menjawab soalan.

Para ibu pula fokus menjawab soalan.

Semifinal kategori sempoa ribu.

Semifinal sempoa ratus 6 tahun.

Semifinal sempoa ratus 5 Bistari.

Semifinal congak.


Final kategori sempoa ribu 6 Bistari.

Final sempoa ratus 6 tahun.

Final sempoa ratus 5 Bistari.

Final kategori congak.

Final kategori ibubapa vs murid.

persembahan penutup dari anak-anak K1 TS2.

Barisan juri dan penanda kertas.

Berikut adalah senarai pemenang setiap kategori yang dipertandingkan. Tahniah!!

Pemenang kategori sempoa ribu 6 Bistari.

Johan: Nur Arissa Damia bt Najmuddin (TIPB)
Naib Johan: Muhd Ilyas bin Hairol Sufhan (TM)
Tempat ketiga: Nur Khaleesha Humairah bt Khairul Hafifi (TS2)

Pemenang kategori sempoa ratus 6 Tahun.

Johan: Nur Adriana Azra bt, Id Vira (TS1)
Naib Johan: Ayra Nur Adreena bt. Muhd Firdaus (TS1)
Tempat ketiga: Danisha Ammani bt. Mohd Zaman(TS2)

Pemenang kategori sempoa ratus 5 Bistari yang didominasi oleh anak-anak hebat TIPB.

Johan: Wan Noor Insyirah bt. Wan Zaharin (TIPB)
Naib Johan: Muhd Aryan bin Muhd Rizedduan (TIPB)
Tempat ketiga: Nur Hasya Irdina bt. Azham (TIPB)

Pemenang kategori congak yang didominasi oleh anak-anak hebat dari TPBTKM.

Johan: Nur Izzah bt. Suhaimi (TKM)
Naib Johan: Muhd IskandarAlif bin Zulkarnain (TKM)
Tempat ketiga: Aina Damia bt. Hasrol (TKM)

Pemenang kategori ibubapa vs murid.

Johan: Nur Arissa Damia bt Najmuddin (TIPB)
Naib Johan: Pn. Nor Idayu bt. Wagiman (TIPB)
Tempat ketiga: Nur Khaleesha Humairah bt Khairul Hafifi (TS2)



Pemenang kategori sempoa ibubapa.

Johan: Pn. Nor Idayu bt. Wagiman (TIPB)
Naib Johan: Pn. Nor Tiara Akina bt. Norhashim (TS1)
Tempat ketiga: Pn. Siti Noor Rashidah bt. Salleh (TS1)

Tahniah sekali lagi dari kami warga Mybistari kepada semua para pemenang!!

Terima kasih kepada semua ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Bagi ibubapa yang tidak dapat hadir pada hari tersebut jangan risau kami ada sesi rakaman secara langsung sepanjang program ini dijalankan.

Sila klik DI SINI untuk menonton.












Apalagi..jom follow, like, comment and share!!

Sekian terima kasih 🌹



~Puan Azreen~

Wednesday, December 7, 2022

HARI PEMAKAIAN KOSTUM PEKERJAAN!!

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum 🌻

“Orang yang banyak belajar akan banyak ilmunya, Manakala orang yang banyak bertindak akan banyak hasilnya”.

Berusaha keraslah untuk mengejar cita-citamu di masa akan datang.

Hari yang di nanti-nantikan telah pun tiba iaitu hari pemakaian kostum pekerjaan yang akan di adakan pada setiap tahun semester kedua. Tujuan program ini diadakan adalah kesinambungan daripada silibus pembelajaran 6 Bistari iaitu pekerjaan yang telah diajarkan terlebih dahulu secara teori oleh guru-guru pada minggu sebelumnya. Program ini adalah untuk mencungkil bakat anak-anak dalam melakonkan watak pekerjaan masing-masing, selain daripada untuk memupuk tahap keyakinan dan keberanian anak-anak dalam berinteraksi bersama kawan-kawan sekelas.

Keterujaan anak-anak dapat dilihat sebaik sahaja memasuki pagar tadika, pelbagai ragam anak-anak dan kecomelan mereka dalam menggayakan pakaian pekerjaan masing-masing. Ada yang berjalan penuh keyakinan dan ada juga yang malu-malu.

Jika tahun pertama program ini diadakan pada tahun 2019 hanya melibatkan anak-anak 6 Bistari sahaja, namun tidak pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya sehingga sekarang kami melibatkan semua tahap K1 dan K2 untuk merasai keseronokan program ini.

Pelbagai jenis pakaian yang diperagakan pada program ini askar, ahli bomba, polis, guru, ustaz, doktor, doktor bedah, doktor gigi, doktor haiwan, jururawat, chef, businessman, pramugari, angkasawan dan pelbagai lagi karakter-karakter pekerjaan yang dipersembahkan. Bukan sahaja pekerjaan-pekerjaan yang popular di atas menjadi tarikan untuk anak-anak memperagakan pakaian ada yang memperagakan pakaian “food panda”. Alaaaa comelnya.

Jom lihat gambar-gambar sepanjang program ini diadakan.

Pramugari nak fly ke mana tu? (TM)



Masak apa hari ini chef? (TM)



Barisan guru lelaki. (TM)


Askar-askar di Taman Mawar sedia menjalankan tugas.

Juruterbang wanita di TNPB.

Doktor on call. (TNPB)

Pemain bola.(TNPB)

Doktor dari TIB.

Wakil pemain bola dari TIB.

Guru pelapis. (TIB)

Wakil guru dari TIMB.

Gandingan guru dan chef. (TIMB)

Alahai comel anak-anak menggayakan baju masing-masing. (TIMB)

Pegawai-pegawai polis di TIPB.


Chef-chef hebat dari TIPB.

Ahli bomba di TIPB sedia berkhidmat.

Askar yang segak bergaya.(TIPB)

Wow cikgu yang sungguh bergaya. (TKM)

Doktor pakar bedah.(TKM)

Chef nasi dah masak ke belum?(TKM)

Gaya candid. Alahai comelnya!! (TKM)

Pembantu perubatan dan jururawat.(TMPB)

Askar wataniah sedia menjalankan tugas. (TMPB)

Guru-guru berdedikasi di TMPB.

Eh tok kadi nak nikahkan siapa hari ini?😅 (TS1)

Wow busy bisnessman kita ni.😂 (TS1)

Polis trafik nak buat sekatan jalan raya kat mana tu? (TS1)

Abang rider food panda dah sedia nk hantar makanan (TS2)

Barisan kakitangan hospital dari TS2.

Barisan askar di TS2.


Begitulah kemeriahan pada hari pemakaian kostum ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak terutama pihak ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak kami dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.

Semoga cita-cita mereka tercapai suatu hari nanti. 

Jangan lupa 14hb Disember 2022 (Rabu) dan 25 Januari 2023 (Rabu) untuk pemakaian kostum pekerjaan.

Sebelum saya akhiri blog ini, jom saksikan video rangkuman pada hari pemakaian kostum ini.
















Apalagi dah tonton jangan lupa follow, like and share!!

Sekian terima kasih🌹

~Puan Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon