Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 🌻
“Orang yang
banyak belajar akan banyak ilmunya, Manakala orang yang banyak bertindak akan
banyak hasilnya”.
Berusaha keraslah
untuk mengejar cita-citamu di masa akan datang.
Hari yang
di nanti-nantikan telah pun tiba iaitu hari pemakaian kostum pekerjaan yang
akan di adakan pada setiap tahun semester kedua. Tujuan program ini diadakan
adalah kesinambungan daripada silibus pembelajaran 6 Bistari iaitu pekerjaan
yang telah diajarkan terlebih dahulu secara teori oleh guru-guru pada minggu
sebelumnya. Program ini adalah untuk mencungkil bakat anak-anak dalam melakonkan
watak pekerjaan masing-masing, selain daripada untuk memupuk tahap keyakinan dan
keberanian anak-anak dalam berinteraksi bersama kawan-kawan sekelas.
Keterujaan anak-anak
dapat dilihat sebaik sahaja memasuki pagar tadika, pelbagai ragam anak-anak dan
kecomelan mereka dalam menggayakan pakaian pekerjaan masing-masing. Ada yang
berjalan penuh keyakinan dan ada juga yang malu-malu.
Jika tahun
pertama program ini diadakan pada tahun 2019 hanya melibatkan anak-anak 6
Bistari sahaja, namun tidak pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya
sehingga sekarang kami melibatkan semua tahap K1 dan K2 untuk merasai keseronokan
program ini.
Pelbagai
jenis pakaian yang diperagakan pada program ini askar, ahli bomba, polis, guru,
ustaz, doktor, doktor bedah, doktor gigi, doktor haiwan, jururawat, chef, businessman,
pramugari, angkasawan dan pelbagai lagi karakter-karakter pekerjaan yang
dipersembahkan. Bukan sahaja pekerjaan-pekerjaan yang popular di atas menjadi
tarikan untuk anak-anak memperagakan pakaian ada yang memperagakan pakaian “food
panda”. Alaaaa comelnya.
Jom lihat
gambar-gambar sepanjang program ini diadakan.
|
Pramugari nak fly ke mana tu? (TM)
|
|
Masak apa hari ini chef? (TM)
|
|
Barisan guru lelaki. (TM) |
|
Askar-askar di Taman Mawar sedia menjalankan tugas. |
|
Juruterbang wanita di TNPB. |
|
Doktor on call. (TNPB) |
|
Pemain bola.(TNPB) |
|
Doktor dari TIB. |
|
Wakil pemain bola dari TIB. |
|
Guru pelapis. (TIB) |
|
Wakil guru dari TIMB. |
|
Gandingan guru dan chef. (TIMB) |
|
Alahai comel anak-anak menggayakan baju masing-masing. (TIMB) |
|
Pegawai-pegawai polis di TIPB. |
|
Chef-chef hebat dari TIPB. |
|
Ahli bomba di TIPB sedia berkhidmat. |
|
Askar yang segak bergaya.(TIPB) |
|
Wow cikgu yang sungguh bergaya. (TKM) |
|
Doktor pakar bedah.(TKM) |
|
Chef nasi dah masak ke belum?(TKM) |
|
Gaya candid. Alahai comelnya!! (TKM) |
|
Pembantu perubatan dan jururawat.(TMPB) |
|
Askar wataniah sedia menjalankan tugas. (TMPB) |
|
Guru-guru berdedikasi di TMPB. |
|
Eh tok kadi nak nikahkan siapa hari ini?😅 (TS1) |
|
Wow busy bisnessman kita ni.😂 (TS1) |
|
Polis trafik nak buat sekatan jalan raya kat mana tu? (TS1) |
|
Abang rider food panda dah sedia nk hantar makanan (TS2) |
|
Barisan kakitangan hospital dari TS2. |
|
Barisan askar di TS2.
|
Begitulah kemeriahan pada hari pemakaian kostum ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak terutama pihak ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak kami dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.
Semoga cita-cita mereka tercapai suatu hari nanti.
Jangan lupa 14hb Disember 2022 (Rabu) dan 25 Januari 2023 (Rabu) untuk pemakaian kostum pekerjaan.
Sebelum saya akhiri blog ini, jom saksikan video rangkuman pada hari pemakaian kostum ini.
Apalagi dah tonton jangan lupa follow, like and share!!
Sekian terima kasih🌹
~Puan Azreen~
0 comments:
Post a Comment