Showing posts with label Market day. Show all posts
Showing posts with label Market day. Show all posts

Monday, August 11, 2025

TADIKA BERUBAH MENJADI PASAR?

 

Barisan peniaga sudah bersiap sedia. (TH Minda)

🎉 Market Day MyBistari – Belajar, Beli & Berbagi! 🛒✨

30 Julai yang lepas, suasana MyBistari berubah menjadi pasar mini yang penuh warna-warni dan keceriaan!
Inilah Market Day – program yang bukan saja dinanti oleh guru dan murid, tapi juga oleh ibu ayah yang teruja melihat si cilik belajar sambil berseronok.

Seawal pagi, si cilik berlari-lari kecil dengan replika duit di tangan, mata bersinar-sinar melihat deretan gerai yang penuh dengan makanan, minuman, buah-buahan segar, sayur-sayuran, barang keperluan rumah dan macam-macam lagi.
Bukan sekadar membeli, tapi mereka merasai pengalaman berjual beli sebenar – memberi salam, berbual sopan, mengira baki, dan membuat pilihan pembelian dengan bijak.

💡 Apa yang Si Cilik Belajar di Market Day?

  1. Urus Wang dengan Bijak – Belajar guna duit, kira baki, dan buat pilihan yang terbaik.

  2. Adab Bermuamalah – Belajar memberi salam, bercakap sopan & menghormati penjual/pembeli.

  3. Berkongsi Rezeki – Membeli bukan untuk diri sendiri saja, tapi juga untuk keluarga di rumah.

❤️ Terima Kasih Ibu Ayah Hebat!

Program ini takkan semeriah ini tanpa sokongan dan sumbangan ibu ayah yang prihatin.
Terima kasih kerana menyediakan pelbagai juadah, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran, barang keperluan rumah dan macam-macam lagi untuk menjayakan Market Day ini.

Semoga Allah gandakan rezeki ibu ayah semua dan sentiasa limpahkan keberkatan dalam keluarga. 

💬 Market Day ini bukan sekadar membeli, tetapi memberi pengalaman hidup sebenar kepada si cilik. Mereka belajar mengurus wang, memupuk keyakinan diri dan memahami indahnya berkongsi rezeki.
Sampai jumpa lagi di Market Day seterusnya – pasti lebih meriah dan penuh kejutan! 

Saya nak yang itu satu. (TH Intelek)


Wang untuk dibelanjakan. (TH Intelek)

Bila pasar nak buka? Kami tak sabar nak berbelanja ni. (TH Ilmu)

Wang ini laku di Pasar MyBistari sahaja. (TH Kreatif)

Mesti banyak hasil tangkapan untuk ibu dan ayah si kembar 3 ni. (TH Kreatif)

Wah, siap ada maskot! (TH Genius)

Props donut & aiskrim pun ada! Kreatif. (TH Genius)

Beli sayur untuk ibu. (TH Inovasi)


50 sen je harga vitagen ni. (TH Inovasi)

Rambang mata nak pilih makanan. (TH Bijaksana)

Laku keras gerai alat tulis ni. (TH Bijaksana)

Berat beg masing-masing! (TH Bijaksana)

Pilih-pilih aiskrim nak perisa apa. (TH Kreatif) 

Bergaya peniaga-peniaga di TH Inovasi.

Topi dipakai untuk menjaga etika dan kebersihan buah-buahan. (TH Pintar)

Alat tulis murah-murah hanya di market day MyBistari sahaja. (TH Pintar)

Di Lepak Haus macam-macam ada! (TH Pintar)

Betul-betul macam kedai runcit. (TH Jaya)

Saya nak beli ini harga berapa? (TH Jaya)

Happy muka masing-masing dapat harga murah. (TH Jaya)

Dah penat membeli, masa untuk makan pula. (TH Jaya)

Macam-macam ada di Kedai Kak Yah. (TH Ilmu)

Sabar-sabar jangan berebut. (TH Cemerlang)

Laku keras aiskrim musim-musim panas. (TH Cemerlang)

Wah penuh beg tu..Apalah yang dibeli tu.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di coretan blog yang akan datang.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Tuesday, June 25, 2024

KERIUHAN PASAR MYBISTARI

 Bismillahirrahmanirrahim

Market day 2024

Alhamdulillah selesai sudah program market day bagi sesi 2024 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23hb Jun 2024, Ahad. Program ini telah diadakan serentak di semua tadika-tadika MyBistari Group. 

Pada tahun ini, saya berkesempatan untuk ziarah 2 tadika kami di Kota Masai iaitu Tadika Hebat Ilmu dan Tadika Hebat Jaya. Suasana sangat meriah sepanjang market day ini dijalankan. Pelbagai gerai jualan yang ada seperti gerai barangan runcit, gerai makanan, gerai minuman dan juga gerai alat tulis.

Riuh rendah tadika dengan suara anak-anak berjual beli. Maaf ya jiran-jiran tadika sekiranya kami mengganggu ketenteraman selama beberapa jam ini. Hihihi

Bukan suasana di tadika sahaja meriah, malah suasana di dalam "live" juga tidak kurang meriahnya dengan komen-komen ibu ayah dan penonton yang masuk di dalam "live" kami teruja dengan aktiviti yang kami jalankan siap ada yang suruh buka beg kuning lagi katanya geram tengok barang dijual dengan harga murah. Hihihi

Pelbagai ragam anak-anak sepanjang program ini dijalankan. Ada yang malu-malu hendak menjual barang jualan, ada yang rambang mata, ada yang duit hilang dan macam-macam lagi kerenah anak-anak.

Program ini sangat bagus untuk perkembangan fizikal dan minda anak-anak. Dalam program ini anak-anak dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian untuk berkomunikasi dengan orang lain. Anak-anak juga didedahkan cara bermuamalat dan anak-anak juga dapat belajar cara pengurusan wang.

Semoga dengan program ini anak-anak dapat sedikit ilmu pengetahuan dalam bermuamalat dan dapat manfaatkannya dalam kehidupan seharian.

Jom kita saksikan gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.


Cantik dekorasi cafe di TH Jaya.

Pilih-pilih mahu yang mana. (TH Jaya)

Jangan lupa beli sayur untuk ibu di rumah. (TH Jaya)

Rambang mata anak-anak di gerai alat tulis. (TH Jaya)

Rehat sebentar di cafe TH Jaya.

Eh mana duit saya. (TH Bijaksana)

Pemadam ini harga berapa? (TH Bijaksana)

Nak beli sayur apa ya untuk ibu? (TH Bijaksana)

Cukup ke tak ya duit saya. (TH Bijaksana)

Saya nak yang ini satu. (TH Cemerlang)

Sabar ya jangan berebut. (TH Cemerlang)

Mari beli macam-macam jenis makanan ada dijual. (TH Cemerlang)

Banyak ke hasil jualan tu? (TH Cemerlang)

Seronok hari ini dapat berbelanja di sekolah. (TH Genius)

Cikgu-cikgu pun seronok melayan kerenah anak-anak. (TH Genius)

Wah, masing-masing besar beg penuh dengan hasil belian. (TH Genius)

Selamat datang ke Tasty Bites Stall. (TH Inovasi)

Bergaya penjual-penjual di TH Inovasi.

Datanglah ke gerai alat tulis kami, macam-macam ada. (TH Inovasi)

Replika wang yang digunakan untuk market day. 

Yeah, kami dah terima duit untuk membeli. (TH Ilmu)

Laku keras gerai makanan di TH Ilmu.

Banyak alat tulis yang dijual murah. (TH Ilmu)

Tema klasik di TH Intelek.

Pelbagai jenis sayur dan buah dijual di Gerai Mak Esah. (TH Intelek)

Dapat free gift ke tu? (TH Intelek)


Bergambar kenangan di photobooth. (TH Intelek)


Murid di TH Kreatif juga tidak lepaskan peluang sertai market day
di TH Cemerlang.

Bergaya penjual sayur di TH Minda.

Dadih juga di jual. (TH Minda)

Awak nak beli set alat tulis ni tak? (TH Minda)

Saya nak beli pensel ni satu. (TH Pintar)

Masukkan barang belian di dalam beg ini ya. (TH Pintar)


Sibuk penjual melayan pelanggan. (TH Pintar)




Begitulah ragam anak-anak dalam menjalani program market day. Pastinya banyak perkongsian cerita anak-anak kepada keluarga sebaik sahaja sampai di rumah. 

Sekian, Terima Kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon