Monday, August 11, 2025

TADIKA BERUBAH MENJADI PASAR?

 

Barisan peniaga sudah bersiap sedia. (TH Minda)

๐ŸŽ‰ Market Day MyBistari – Belajar, Beli & Berbagi! ๐Ÿ›’✨

30 Julai yang lepas, suasana MyBistari berubah menjadi pasar mini yang penuh warna-warni dan keceriaan!
Inilah Market Day – program yang bukan saja dinanti oleh guru dan murid, tapi juga oleh ibu ayah yang teruja melihat si cilik belajar sambil berseronok.

Seawal pagi, si cilik berlari-lari kecil dengan replika duit di tangan, mata bersinar-sinar melihat deretan gerai yang penuh dengan makanan, minuman, buah-buahan segar, sayur-sayuran, barang keperluan rumah dan macam-macam lagi.
Bukan sekadar membeli, tapi mereka merasai pengalaman berjual beli sebenar – memberi salam, berbual sopan, mengira baki, dan membuat pilihan pembelian dengan bijak.

๐Ÿ’ก Apa yang Si Cilik Belajar di Market Day?

  1. Urus Wang dengan Bijak – Belajar guna duit, kira baki, dan buat pilihan yang terbaik.

  2. Adab Bermuamalah – Belajar memberi salam, bercakap sopan & menghormati penjual/pembeli.

  3. Berkongsi Rezeki – Membeli bukan untuk diri sendiri saja, tapi juga untuk keluarga di rumah.

❤️ Terima Kasih Ibu Ayah Hebat!

Program ini takkan semeriah ini tanpa sokongan dan sumbangan ibu ayah yang prihatin.
Terima kasih kerana menyediakan pelbagai juadah, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran, barang keperluan rumah dan macam-macam lagi untuk menjayakan Market Day ini.

Semoga Allah gandakan rezeki ibu ayah semua dan sentiasa limpahkan keberkatan dalam keluarga. 

๐Ÿ’ฌ Market Day ini bukan sekadar membeli, tetapi memberi pengalaman hidup sebenar kepada si cilik. Mereka belajar mengurus wang, memupuk keyakinan diri dan memahami indahnya berkongsi rezeki.
Sampai jumpa lagi di Market Day seterusnya – pasti lebih meriah dan penuh kejutan! 

Saya nak yang itu satu. (TH Intelek)


Wang untuk dibelanjakan. (TH Intelek)

Bila pasar nak buka? Kami tak sabar nak berbelanja ni. (TH Ilmu)

Wang ini laku di Pasar MyBistari sahaja. (TH Kreatif)

Mesti banyak hasil tangkapan untuk ibu dan ayah si kembar 3 ni. (TH Kreatif)

Wah, siap ada maskot! (TH Genius)

Props donut & aiskrim pun ada! Kreatif. (TH Genius)

Beli sayur untuk ibu. (TH Inovasi)


50 sen je harga vitagen ni. (TH Inovasi)

Rambang mata nak pilih makanan. (TH Bijaksana)

Laku keras gerai alat tulis ni. (TH Bijaksana)

Berat beg masing-masing! (TH Bijaksana)

Pilih-pilih aiskrim nak perisa apa. (TH Kreatif) 

Bergaya peniaga-peniaga di TH Inovasi.

Topi dipakai untuk menjaga etika dan kebersihan buah-buahan. (TH Pintar)

Alat tulis murah-murah hanya di market day MyBistari sahaja. (TH Pintar)

Di Lepak Haus macam-macam ada! (TH Pintar)

Betul-betul macam kedai runcit. (TH Jaya)

Saya nak beli ini harga berapa? (TH Jaya)

Happy muka masing-masing dapat harga murah. (TH Jaya)

Dah penat membeli, masa untuk makan pula. (TH Jaya)

Macam-macam ada di Kedai Kak Yah. (TH Ilmu)

Sabar-sabar jangan berebut. (TH Cemerlang)

Laku keras aiskrim musim-musim panas. (TH Cemerlang)

Wah penuh beg tu..Apalah yang dibeli tu.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di coretan blog yang akan datang.

Sekian, terima kasih. ๐ŸŒน

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon