Alhamdulillah,
sudah hampir tiga bulan kita kembali memulakan sesi persekolahan. Selalunya
bila masuk ke semester kedua, tadika kita akan rancak dengan pelbagai aktiviti
luar untuk anak-anak murid. Ada ketikanya membuatkan kami tak cukup tangan dan
masa menyediakan segala kelengkapan. Tak dinafikan ada ketikanya akan terkeluar
keluhan penat kerana boleh dikatakan ‘non-stop’ menyediakan bahan-bahan untuk
segala event yang telah direncanakan. Ternyata
segala keluhan penat itulah yang kami rindukan sekarang ini. So, the lesson to
be learnt here, don’t take things for granted.
Jika ikut
takwim yang disediakan terdahulu, Pertandingan Sempoa, Congak dan Speed Cups
akan diadakan pada bulan September. Bohong jika kami katakan yang kami tak
rindukan suasana sesi latihan di tadika untuk menghadapi event yang mendatang.
Baik dari segi teknik mengira cepat dan juga sempoa, hingga ke susunan speed
cups yang betul dan laju, tak lupa juga latihan tarian sampaikan guru-guru yang
tak pernah menari pun perlu belajar menari agar mudah mengajar anak-anak murid nanti.
Bila tiba
hari kejadian, bukan hanya perjalanan pertandingan sahaja yang kami
nanti-nantikan, waktu ini jugalah masa di mana kami boleh dan sempat mencuri
sedikit masa berjumpa para ibu bapa yang hadir dan juga di kira sebagai satu
bonus bagi kami sekiranya mantan anak-anak murid kami juga hadir untuk memberi
sokongan. Lelah bekerja hilang sedikit apabila ada bekas anak-anak murid dan
ibu bapa mereka datang menyapa. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang
sudi datang menyapa kami.
Di sini
kami ingin kongsikan serba sedikit berkenaan Pertandingan Sempoa, Congak dan
Speed Cups / Lego yang diadakan pada tahun-tahun terdahulu.
Proses penyediaan kad undangan ke pertandingan.
En Tamizi turut turun padang membantu menyiapkan hadiah untuk para peserta.
Khusyuk Puan Fiza dan Puan Siti menyediakan bahan.
Fokus menunggu soalan sempoa dibacakan. (Pertandingan akhir Sempoa 6 Bis)
Cantik dan comel para penari cilik kita.
Terima kasih para ibu dan bapa yang menyertai pertandingan sempoa.
Menanti giliran untuk naik ke pentas pertandingan.
Alamak, cikgu sebut lima ratus ke dua ratus eh tadi?
Para peserta congak sudah bersedia!
Eh, macam tak cukup je jari saya kira ni..
Para peserta speed cups naik ke pentas.
Susunan warna speed cups ditunjukkan oleh guru bertugas.
Lain macam Cikgu Zuraidah jeling, ada yang silap jawab ke tu?
Sempat lagi ya senyum ke kamera, Cikgu Famizah.
Cikgu Najuwa, jangan lupa pesan kat murid-murid, jangan menangis kalau tak dapat jawab.
Pin ni macam kecil je, kejap eh.. cikgu cuba try test.
Tu senyum segan ke senyum seronok dapat naik pentas? Hehe.
Wakil dari para bapa.
Para pemenang congak.
Para pemenang speed cups.
Kami juga kongsikan video sepanjang pertandingan diadakan.
Pertandingan Sempoa, Congak & Speed Cups 2019
Pertandingan Sempoa, Congak & Lego 2018
Pertandingan Sempoa, Congak & Lego 2017
Bagi yang pernah alami pertandingan ini dengan anak-anak yang terdahulu, semoga perkongsian ini kembali segar dalam ingatan para ibu bapa dan bagi yang baru pertama kali menyaksikannya, sama-samalah kita berdoa agar keadaan menjadi lebih baik dan kita dapat beraktiviti seperti mereka-mereka yang terdahulu.
Buat masa ini, sama-samalah kita terus berdoa dan tawakal agar keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Diharap kita kekal mengikut perintah kerajaan dalam mengekang wabak ini.