Showing posts with label HARI GRADUASI VIRTUAL. Show all posts
Showing posts with label HARI GRADUASI VIRTUAL. Show all posts

Friday, November 28, 2025

GRADUASI 2025 MyBISTARI: SETIAP ZON ADA CERITA!

 

Comel berjubah konvo. (TH Cemerlang)

Pejam celik, pejam celik… tahu-tahu je dah habis 2 tahun si cilik hebat bersama kami di MyBISTARI GROUP. Cepat sungguh masa berlalu! Dari langkah pertama masuk tadika, sampai lah hari memakai jubah graduasi, semuanya menjadi perjalanan manis yang tak akan kami lupa.

Tahun ini, In-House Graduation 2025 berlangsung dari 17 hingga 26 November, dan lebih istimewa sebab disiarkan secara langsung di TikTok MyBISTARI GROUP. Walaupun dibuat secara dalaman, vibes kemeriahan dia tetap padu!

Graduasi tahun ni ibarat roadtour mini penuh gelak tawa. Setiap hari, lain suasana, lain energi, lain kecomelan anak-anak!

Hari pertama – Taman Rinting
• Tadika Hebat Pintar
• Tadika Hebat Minda

Hari kedua – Taman Mawar
• Tadika Hebat Genius

Hari ketiga – Taman Bukit Dahlia
• Tadika Hebat Inovasi

Hari keempat hingga keenam – Taman Scientex
• Tadika Hebat Bijaksana
• Tadika Hebat Intelek
• Tadika Hebat Cemerlang

Hari ketujuh hingga kelapan – Kota Masai
• Tadika Hebat Ilmu
• Tadika Hebat Jaya

Setiap zon lain gaya, lain aura — tapi semuanya satu misi: meraikan si cilik hebat sebaiknya!

Walaupun majlis secara tertutup, sokongan keluarga memang terbaik!
Dalam live tu, boleh nampak:

💬 Nenek komen: “Cucu nenek handsome!”
💬 Makcik siap tunggu turn anak saudara
💬 Ayah spam emoji love
💬 Kakak bagi ucapan padu

Meriah sampai kami pun terharu!

Ini part paling mencuit hati:

✨ Ada yang melompat teruja nak naik pentas
✨ Ada yang malu sampai tak berani pandang kamera
✨ Ada yang siap buat gaya model catwalk
✨ Ada yang senyum… tapi tahan nak gelak

Memang tak habis-habis buat kami senyum dari pagi sampai petang!

Slot paling ditunggu — 360 photobooth!
Masing-masing terus on gaya, siap ada yang buat peace, love, flying kiss… macam-macam gaya yang terserlah!

Tapi… dengan rendah hati kami mohon maaf kepada ibu ayah dari:
• Tadika Hebat Pintar
• Tadika Hebat Minda
• Tadika Hebat Jaya

…kerana 360 photobooth tak dapat dibawa ke sana atas faktor teknikal.
Terima kasih sebab memahami dan tetap sokong program kami. ❤️

Graduasi ini bukan penamat — tapi permulaan perjalanan baru.
Setiap memori, setiap senyuman, setiap perkembangan si cilik selama dua tahun ini… semua akan kami simpan dalam hati.

Cikgu siap-siapkan si cilik untuk bersinar di hari graduasi! (TH Pintar)

Duduk dulu nanti cikgu pakaikan topi. (TH Pintar)

Menunggu giliran dipanggil untuk terima sijil graduasi.

Pengacara majlis yang paling sempoi, Pn. Noorfaridah. 

Pakai lipstick sikit untuk seri di dalam gambar nanti. (TH Genius)

Happy kids! (TH Genius)

Cikgu kat topi ni ada apa? (TH Inovasi)

1..2..3 candid! (TH Inovasi)


Moment graduasi dirakam live, penuh gemilang! 

Fokus Cikgu Faridah menyebit nama si cilik hebat.

Pesanan guru besar Cikgu Fadiah kepada si cilik hebat. (TH Bijaksana)

Cikgu akan pastikan kekemasan untuk anak-anak hebat. (TH Bijaksana)

1..2..3 senyum! (TH Bijaksana)

Pegang sijil jangan senget. (TH Bijaksana)

Ucapan dari guru besar TH Intelek Cikgu Siti Rugayah.

1..2..3 peace ✌ (TH Intelek)


Malu-malu adik kita nak pegang sijil. (TH Intelek)

Vibes di Intelek buat video content di luar bangunan tadika.


Alaa comel-comel si cilik Hebat Intelek.

Tukar vibes murid TH Kreatif ke TH Cemerlang untuk hari graduasi. 

Kehadiran kembar 3 dari TH Kreatif mencuri tumpuan ibuayah di dalam live.

Cikgu kemaskan baju dahulu, sebelum nama dipanggil. (TH Kreatif)

Comel bila dah siap pakai seragam konvokesyen. (TH Cemerlang)

Bersedia! Sebentar lagi nama akan disebut. (TH Cemerlang)


Tadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan. (TH Cemerlang)


Jom ambil gambar dulu. (TH Cemerlang)


Tak sabar-sabar adik Farha kita nak ke pentas. (TH Ilmu)


Eh mana tangan tu. hihi (TH Ilmu)


Bergaya dengan pose masing-masing! (TH Ilmu)


Tak sabar si cilik hebat nak bergaya di atas 360 photobooth. (TH Ilmu)


Sebelum live berakhir lambai dulu kepada ibuayah. (TH Ilmu)

Cikgu Faridah tetap berikan momentum yang sama sepanjang live berlangsung.

Comel si cilik Hebat Jaya lengkap berpakaian jubah konvokesyen.

Penyerahan sijil dari Guru Besar Pn Juliana kepada murid. (TH Jaya)


Ceria wajah si cilik Hebat Jaya.

Ucapan dari guru besar TH Minda, Cikgu Amira.

 
Si cilik hebat TH Minda bergabung dengan si cilik Hebat Pintar.


Pandang mana mata tu..kamera di depan ni. (TH Minda)

Tahniah anak-anak 6 tahun MyBISTARI GROUP!

Teruslah bersinar, teruslah melangkah.

Kenangan bersama kalian — forever special. 🎓💛


Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jumpa lagi di blog akan akan datang!


Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~



















Wednesday, December 8, 2021

HARI GRADUASI VIRTUAL MyBISTARI 2021 - IN THE MAKING

Bismillahirrahmanirrahim. 
Poster Hari Graduasi Virtual MyBISTARI 2021

Alhamdulillah, sampai juga kita ke penghujung tahun 2021. Bermacam perkara yang telah kita lalui dalam proses memberikan pendidikan kepada anak-anak sepanjang tahun ini dan juga tahun lepas. Marilah kita sama-sama berdoa agar diberi kemudahan untuk tahun-tahun yang mendatang. Bila tiba hujung tahun begini, selalunya kami akan memberi penghargaan kepada anak-anak yang cemerlang prestasinya sepanjang tahun dan juga anak-anak 6 tahun yang bakal meninggalkan alam tadika. Hari Anugerah Cemerlang adalah penutup bagi segala aktiviti tahunan kami. 

Norma baharu yang menyajikan cabaran yang berbeza bagi pihak kami dan juga pihak ibu bapa. Dari awal lagi bila PDPR diterapkan oleh pihak KPM, para guru yang mendidik anak-anak ini dan pihak kami yang bertungkus lumus memikirkan cara yang terbaik agar ilmu dapat terus disampaikan walaupun murid-murid tidak dapat hadir ke tadika seperti biasa. Pelbagai cara yang diperkenalkan, dari penyediaan video-video pendidikan hinggalah perlaksanaan PDPR dengan menggunakan Google Meet, Telegram, Whatsapp dan lain-lain medium di internet. Kami faham tekanan yang turut dirasai oleh para ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan cara pembelajaran yang baru ini, tetapi inilah masa yang terbaik untuk kita saling berganding bahu dalam membentuk dan mendidik anak-anak kita agar mereka terima pendidikan yang sewajarnya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan tenaga pengajar yang berdedikasi, murid-murid dari kesembilan cawangan MyBistari, dan pastinya juga para ibu bapa dan penjaga yang sentiasa berada bersama kami dari awal sehingga akhir.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang tak henti-henti memberi dorongan, bantuan dan pandangan sepanjang proses PDPR anak-anak. Memandangkan keadaan di luar sana masih lagi kurang meyakinkan bagi kami untuk mengadakan majlis secara bersemuka, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan hari anugerah ini secara virtual dan kami namakannya sebagai Hari Graduasi Virtual MyBISTARI. 

Sesungguhnya, bukan mudah untuk melaksanakan program seperti ini. Majlis besar yang selalunya diadakan secara bersemuka, kini perlu dilakukan secara alam maya. Pastinya cabaran yang berbeza. Pemahaman kami di dalam bidang IT tidaklah terlalu besar, jadi bila diberi tugasan untuk menyiapkan majlis ini sangat-sangat mencabar bagi kami. Dalam menyiapkan tugasan ini, kami masing-masing turut menimba ilmu baru. Raptai juga kami adakan sebanyak 2 kali untuk memastikan majlis yang betul dapat berjalan selancar yang mungkin. Terus terang, sehingga kini pun masih ada beberapa bahagian yang perlu kami perbaiki. Maafkan kami sekiranya nanti Hari Graduasi Virtual MyBISTARI 2021, ada kekurangannya. 

Alhamdulillah, baju cenderahati sudah siap.

Untuk anak-anak murid Anugerah Khas Bacaan.

Gigih siapkan cenderahati murid.

Pra raptai sedang berlangsung.

Cubaan kali pertama.

Proses edit background pemudahcara majlis.

Di lain hari, raptai kali kedua.

Ucapan dari murid-murid K2.

Contoh gambar graduasi murid dan keluarga.

Aturcara majlis Hari Graduasi Virtual MyBISTARI 2021.


Marilah bersama kami memeriahkan lagi majlis Hari Graduasi Virtual MyBISTARI 2021, secara alam maya yang akan diadakan secara langsung pada hari Sabtu, 11hb Disember 2021, jam 9.30 pagi. Link untuk ke Youtube channel kami akan diberikan sebelum majlis berlangsung. 

~Cikgu Norifah~


 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon