Showing posts with label Program Tadika. Show all posts
Showing posts with label Program Tadika. Show all posts

Monday, December 16, 2024

CARRIE JUNIOR DI TADIKA HEBAT BIJAKSANA!


Team Carrie Junior di TH Bijaksana.

 Carrie Junior Serbu Tadika Hebat Bijaksana – Fun & Wangi Semua!

Wahhh, pagi 15 Disember 2024 memang happening habis di Tadika Hebat Bijaksana! Tepat jam 8.30 pagi, team dari Carrie Junior siap dengan kejutan untuk adik-adik cilik kita – belajar cara mandi yang betul! Bukan biasa-biasa, tau... ada 9 langkah penting! Serius, murid-murid dan cikgu-cikgu semua teruja. Hihihi!

Momen paling best? Tentulah bila maskot Carrie Junior muncul – si gajah pink comel yang mencuri hati semua! Murid-murid bukan main seronok menari bersama Carrie. Gaya tariannya? Memang kelakar, comel, dan penuh tenaga! Semua tak henti ketawa dan bersorak!

Bukan setakat belajar mandi je, murid-murid juga dapat goodies! Setiap orang bawa balik sabun mandian Carrie Junior dan baucar diskaun RM5. Jadi, adik-adik, jangan lupa bagi baucar tu pada ibu ayah, okay? Boleh tambah stok sabun wangi kat rumah!

Kunjungan ni memang meninggalkan kenangan manis buat semua. Terima kasih banyak-banyak, Carrie Junior! Harapnya tahun depan, murid-murid di cawangan lain pula dapat enjoy kegembiraan macam ni. Almaklumlah kehadiran Carrie Junior di TH Bijaksana tidak dirancang dalam aktiviti tahunan kami, semuanya di saat akhir pihak Carrie Junior hubungi kami untuk mengisi kekosongan slot tour ke tadika. 

Adik-adik dah ready?

Kami dah ready!

Walaupun matahari memancar kami setia mendengar.



Nak tengok surprise perlu tutup mata dahulu.

Surprise gajah pink di hadapan.

Saya nak bergambar dengan gajah comel juga.

Sebelum bergambar, jom kita menari dahulu dengan gajah comel.

1..2..3 smile!


Sampai jumpa lagi, Carrie! Jom mandi ikut gaya Carrie – wangi, bersih, dan fun! ✨🛁



Apalagi...Jom follow, like, comment & share sosial media MyBistari Group untuk dapatkan info terkini aktiviti murid-murid.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, October 21, 2024

KELAS TERPALING HAPPENING!

 

Kami dah bersedia di kaunter pendaftaran.

✨ "Jom Jadi Guru Sempoa di Rumah! Ibuayah Juga Boleh Jadi Pakar Mengira dengan Teknik Pembelajaran Asas Sempoa" ✨

Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2024, berlangsungnya program keibubapaan yang cukup bermanfaat, memberikan ibuayah bimbingan tentang teknik pengajaran Sempoa K1. Ibuayah bukan sahaja belajar cara terbaik mengajar anak-anak, tetapi juga mendalami ilmu parenting dari Cikgu Tamizi dengan tajuk menarik, "Anak dan Harta: Ujian atau Nikmat?"

Walaupun peserta kali ini hanya seramai 23 orang, termasuk dua wakil dari tadika swasta, suasana program sangat meriah dan penuh keterujaan. Ibuayah bukan sahaja belajar, malah gelak ketawa menghiasi sesi ketika pertama kali mencuba sempoa! Seronok betul lihat mereka, walaupun mencabar, sempoa jadi lebih mudah dengan tunjuk ajar Cikgu Tamizi.

Nak tahu rahsia hebat teknik sempoa? Ia mampu melatih otak kanan dan kiri anak-anak, meningkatkan daya imaginasi, dan melatih koordinasi otak dengan tangan—penting untuk perkembangan mereka. Jadi, ibuayah juga perlu tahu teknik ini, supaya dapat bantu anak dengan lebih berkesan di rumah. 

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibuayah yang hadir pada program keibubapaan dan teknik pengajaran Sempoa K1 ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk anak-anak tersayang.

Bagi ibuayah yang belum berkesempatan, jangan risau! Peluang keemasan masih menanti. Program seterusnya akan diadakan pada 10 November 2024 (Ahad). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk belajar asas sempoa dan jadi guru terbaik untuk anak-anak di rumah.

Jom daftar beramai-ramai! 

Seawal 7.30pagi kaunter pendaftaran dibuka.

Ibuayah yang hadir kami berikan sijil penyertaan.

Sentiasa tersenyum penyambut tetamu kami.

Pengacara majlis yang tidak asing lagi Pn. Faridah.

Segak bergaya Cikgu Tamizi.

Makanan dan air juga kami sediakan.

Rehat dahulu ya ibuayah sebelum perah otak belajar sempoa.

Kad sukukata jawi dan buku cerita pendek juga ada dijual.

Steady wakil ayah seorang sahaja yang hadir..

Sudah bersedia ke semua nak belajar sempoa?

Nak belajar sempoa perlu fokus.

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya kami sedia membantu.

Tiang kedua ini adalah tiang puluh.

Jawapan kita sama tak?

Manik atas tu mewakili nilai 5. Jangan salah kira ya.

Sibuk cikgu Faridah mengajar ibu.

Big bos kita pun turun padang mengajar ibu-ibu tau.

Pengiraan nombor menggunakan jari dari 1~99 juga diajar tau.



Teruja ibu-ibu belajar pengiraan menggunakan jari je.

Alhamdulillah we did it!


Sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih! 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Tuesday, August 27, 2024

APA ITU KELAS BISTARI?

 Bismillahirrahmanirrahim

Apa itu kelas Bistari?

Kelas Bistari adalah salah satu keistimewaan yang ada di MyBistari Group.  Kelas Bistari diwujudkan untuk menggarap potensi yang ada pada anak-anak dan merangsang anak-anak supaya lebih kreatif serta berketerampilan. Selain itu, kelas bistari juga merupakan persediaan maksimum untuk anak-anak memasuki darjah 1. Silibus yang digunakan mengikut tahap kebolehan anak-anak.

Justeru, kami di MyBistari Group telah mengadakan program penerangan kelas bistari khas untuk ibu ayah yang anak-anaknya terpilih untuk memasuki ke kelas bistari pada semester kedua nanti. Program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan tentang keistimewaan kelas bistari berbanding kelas normal. Jadi dengan info-info yang diterangkan di dalam program ini dapat membuka mata ibu ayah untuk anak sertai kelas bistari. Bukan sekadar hanya mendengar persepsi dari orang luar tentang kelas bistari ini.

Alhamdulillah program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2024, Sabtu untuk slot yang pertama. InshaAllah slot yang kedua akan dijalankan pada 8hb September 2024, Ahad. Jadi bagi ibu ayah yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar dengan kadar segera agar info yang diterima tentang kelas bistari lebih jelas dan terperinci lagi.

Program ini bukan sekadar sesi penerangan kelas bistari sahaja, malah ibu ayah juga diajarkan kaedah dan teknik pengajaran sempoa. Ilmu yang diberikan ini sangat mahal dan berharga yang susah untuk diperolehi pada zaman sekarang ini. 

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.

Jom kita saksikan koleksi gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.

Pengesahan nama di kaunter pendaftaran.


Fokus ibu ayah mendengar perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.

Antara buku keluaran MyBistari untuk kelas 6 Bistari.

Rehat dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih.

Pameran buku hasil kerja murid bistari.

Cikgu Zainun tidak lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Kaum bapa pun tidak lepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang kelas bistari.

Dah bersedia ke semua nak belajar sempoa.

Pening ke tu belajar sempoa. Hihihi

Fokus!

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya.

Semangat Cikgu Tamizi mengajar sempoa.

Bapa-bapa juga tidak kurang hebatnya.

Satu-satunya pasangan ibu ayah yang hadir.

Jangan malu bertanya ya bapa-bapa jika tak faham.

Berlumba siapkan latihan.

Fokus siapkan latihan yang diberikan.

Penutup soal jawab bersama Cikgu Zainun.

Beramah mesra sebelum pulang.

Barisan guru yang bertugas.



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang sudi hadir ke program-program yang kami anjurkan. Semoga segala ilmu dan perkongsian ini dapat digunakan semaksimum mungkin untuk diaplikasikan kepada anak-anak hebat ibu ayah.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon