Monday, October 21, 2024

KELAS TERPALING HAPPENING!

 

Kami dah bersedia di kaunter pendaftaran.

"Jom Jadi Guru Sempoa di Rumah! Ibuayah Juga Boleh Jadi Pakar Mengira dengan Teknik Pembelajaran Asas Sempoa"

Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2024, berlangsungnya program keibubapaan yang cukup bermanfaat, memberikan ibuayah bimbingan tentang teknik pengajaran Sempoa K1. Ibuayah bukan sahaja belajar cara terbaik mengajar anak-anak, tetapi juga mendalami ilmu parenting dari Cikgu Tamizi dengan tajuk menarik, "Anak dan Harta: Ujian atau Nikmat?"

Walaupun peserta kali ini hanya seramai 23 orang, termasuk dua wakil dari tadika swasta, suasana program sangat meriah dan penuh keterujaan. Ibuayah bukan sahaja belajar, malah gelak ketawa menghiasi sesi ketika pertama kali mencuba sempoa! Seronok betul lihat mereka, walaupun mencabar, sempoa jadi lebih mudah dengan tunjuk ajar Cikgu Tamizi.

Nak tahu rahsia hebat teknik sempoa? Ia mampu melatih otak kanan dan kiri anak-anak, meningkatkan daya imaginasi, dan melatih koordinasi otak dengan tangan—penting untuk perkembangan mereka. Jadi, ibuayah juga perlu tahu teknik ini, supaya dapat bantu anak dengan lebih berkesan di rumah. 

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibuayah yang hadir pada program keibubapaan dan teknik pengajaran Sempoa K1 ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk anak-anak tersayang.

Bagi ibuayah yang belum berkesempatan, jangan risau! Peluang keemasan masih menanti. Program seterusnya akan diadakan pada 10 November 2024 (Ahad). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk belajar asas sempoa dan jadi guru terbaik untuk anak-anak di rumah.

Jom daftar beramai-ramai! 

Seawal 7.30pagi kaunter pendaftaran dibuka.

Ibuayah yang hadir kami berikan sijil penyertaan.

Sentiasa tersenyum penyambut tetamu kami.

Pengacara majlis yang tidak asing lagi Pn. Faridah.

Segak bergaya Cikgu Tamizi.

Makanan dan air juga kami sediakan.

Rehat dahulu ya ibuayah sebelum perah otak belajar sempoa.

Kad sukukata jawi dan buku cerita pendek juga ada dijual.

Steady wakil ayah seorang sahaja yang hadir..

Sudah bersedia ke semua nak belajar sempoa?

Nak belajar sempoa perlu fokus.

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya kami sedia membantu.

Tiang kedua ini adalah tiang puluh.

Jawapan kita sama tak?

Manik atas tu mewakili nilai 5. Jangan salah kira ya.

Sibuk cikgu Faridah mengajar ibu.

Big bos kita pun turun padang mengajar ibu-ibu tau.

Pengiraan nombor menggunakan jari dari 1~99 juga diajar tau.



Teruja ibu-ibu belajar pengiraan menggunakan jari je.

Alhamdulillah we did it!


Sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih! 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon