Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

Thursday, April 9, 2026

KENANGAN RAYA PENUH CERIA

 

Alaaa comel-comel semuanya (TH Jaya)

🎉 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 MyBistari Group 🎉

Pada 3 April 2026 (Jumaat), suasana di Tadika-Tadika Hebat MyBistari Group kembali meriah dengan gelak tawa dan keceriaan anak-anak selepas menyambut Hari Raya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Kini, tibalah masa untuk si cilik hebat beraya pula bersama guru dan rakan-rakan di tadika!

Seawal pagi, tadika dihiasi dengan warna-warni pakaian tradisional yang mencuri perhatian. Anak-anak lelaki tampil segak berbaju Melayu, manakala anak-anak perempuan pula anggun dan jelita berbaju kurung. Comel-comel belaka! Cikgu-cikgu juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana — ada yang berselendang di bahu, dan ada juga yang memilih tema klasik dengan kain batik yang begitu menawan.

Sambutan Hari Raya kali ini bukan sahaja meriah, malah sangat bermakna. Meja hidangan dipenuhi dengan pelbagai juadah hasil sumbangan ibu ayah — daripada makanan berat hinggalah ke pencuci mulut yang menyelerakan. Minuman pula hadir dalam pelbagai perisa yang menyegarkan. Alhamdulillah, semua menikmati hidangan dengan penuh kesyukuran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ayah yang sudi berkongsi rezeki — semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan buat semua.

Selain menikmati juadah, anak-anak juga teruja dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang hari. Ada sesi mewarna, bergambar kenangan, dan tidak ketinggalan juga mencuba trend TikTok viral yang mencuit hati. Gelagat mereka benar-benar menghiburkan dan menceriakan suasana!

Lebih istimewa, tradisi memberi duit raya turut memeriahkan sambutan apabila ada ibu ayah berkongsi kegembiraan dengan rakan sekelas anak-anak. Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati yang ditunjukkan.


Makan kenyang-kenyang. (TH Jaya)

Hasil kreativiti murid.

Alolo comelnya bergambar di photobooth. (TH Bijaksana)

Seronoknya makan ramai-ramai macam ni. (TH Intelek)

Cantik tak kami warna? (TH Intelek)

Bergambar kelas 4 tahun di TH Cemerlang.

Gaya peace ✌ (TH Cemerlang)

Wah dapat duit raya! (TH Genius)

Jom ambil gambar dulu sebelum makan. (TH Genius)

Rezeki anak TH Genius dapat goodies sumbangan dari ibu ayah.

Bergambar kenangan dengan guru kelas. (TH Ilmu)

Last raya di tadika, tahun hadapan dah ke darjah 1. (TH Ilmu)

Seronoknya dapat makan pizza. (TH Cemerlang)

Jauh termenung...ingat apa la tu. Hihihi (TH Cemerlang)

Rezeki dikongsi bersama, duit raya dapat coklat pun dapat. (TH Inovsi)

Wah guru kelas pun berkongsi rezeki! Terima kasih Cikgu Salasiah. (TH Inovasi)

Macam-macam design photobooth tahun ni. Kreatif! (TH Inovasi)

Si cilik Hebat Minda.

Gambar kenangan bersama guru-guru tersayang. (TH Minda)

Si cilik Hebat Kreatif 6 tahun.

Si cilik Hebat Kreatif 5 tahun.

Si cilik Hebat Kreatif 4 tahun.

Sedondon cikgu-cikgu Tadika Hebat Pintar.

Rare photobooth TH Pintar siap ada periuk.

Sesungguhnya, sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga medan untuk mengeratkan silaturahim antara anak-anak, guru dan ibu ayah. Semoga kenangan indah ini akan terus terpahat di hati si cilik hebat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada MyBistari Group! 🌙✨

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

Tuesday, April 23, 2024

SUASANA HARI RAYA 2024

 


Bahang Syawal masih terasa lagi, anak-anak sangat teruja dangan sambutan hari raya MyBistari Group yang telah berlangsung dengan meriahnya pada 21hb April 2024 (Ahad).

Terima kasih ibu ayah yang sudi berkongsi rezeki makanan, minuman mahupun duit raya kepada anak-anak di tadika hebat kami. Pelbagai juadah yang tersedia untuk anak-anak menjamu selera bersama rakan-rakan sekelas seperti mee goreng, mee hoon, spegati, macaroni, satay, pelbagai jenis kuih-muih, dessert-dessert yang enak dan juga pelbagai jenis air.

Bukan setakat jamuan sahaja, malah selepas jamuan ada juga aktiviti-aktiviti permainan yang guru-guru cawangan telah aturkan seperti radio rosak, kerusi beracun, rebut kerusi, puzzle ketupat dan pelbagai lagi. Bertambah seronoklah anak-anak semua.

Begitulah kemeriahan sambutan hari raya anak-anak raikan bersama guru-guru dan juga rakan-rakan cawangan.

Di sini saya kongsikan koleksi gambar dan video kemeriahan sambutan hari raya di  MyBistari Group.

Pagi-pagi cikgu dah sibuk menyusun makanan. (TH Pintar)

Sebelum jamuan kita belajar 1 masa dahulu.Hihi (TH Pintar)

Happy semua anak-anak di TH Pintar.

Sebelum makan round kedua kita bergambar dahulu. (TH Pintar)

Geng baju biru hadir. (TH Pintar)

Berlipstik adik kita berdua ni. Comel!! (TH Intelek)

Sedondon berbaju hitam. (TH Intelek)

Bermacam-macam gaya bergambar anak-anak. (TH Intelek)

Comel anak-anak 4 tahun berbaju raya. (TH Intelek)

Berwarna-warni baju anak-anak. (TH Bijaksana)

Wah, banyak makanan atas meja tu. (TH Bijaksana)

Kek pun ada juga. Sedapnya (TH Bijaksana)

Songkok siap berbrooch tapi pejam mata pula. Hihi (TH Bijaksana)

Hati-hati pin tu jangan sampai tercucuk pula. Hihihi (TH Cemerlang)

Pertandingan speed cup. Apa-apa pun bergambar dulu yang penting. (TH Cemerlang)

Hasil memakaikan cikgu tudung. Not bad (TH Cemerlang)

Cikgu pun redha je dengan hasilnya. (TH Cemerlang)

Eh mata tu pandang mana? kamera kat sini. (TH Cemerlang)

Bermaafan di hari raya. (TH Kreatif)

Kami berdua je di TH Kreatif.

Kita posing dulu sebelum pergi ke Tadika Hebat Cemerlang 
untuk jamuan raya. (TH Kreatif)

Bertema batik photobooth di Tadika Hebat Jaya. Cantik! 

Dah buat cantik-cantik, mestilah wajib bergambar. (TH Jaya)

Alaaa comelnya anak-anak pun ikut tema. (TH Jaya)

Confius ke tu nak buat gaya apa. (TH Jaya)

Rezeki anak-anak TH Ilmu banyak terima duit raya.
Terima kasih ibu ayah.

Gaya tudung pun macam-macam style. (TH Ilmu)

5 tahun makan di dalam kelas. (TH Ilmu)

Manis adik berdua ni. (TH Ilmu)

Sesi bergambar kenangan. (TH Ilmu)

Jamuan di TH Minda juga tidak kurang meriahnya.
Banyak juga makanan yang di bawa anak-anak.

Kuih raya corner disediakan juga oleh cikgu-cikgu TH Minda.

Sedapnya makan. (TH Minda)

Sedap cikgu makanan ni. (TH Minda)

Pakaian sedondon. (TH Minda)

Anak-anak di TH Genius bergambar bersama guru kelas dan Guru Besar.

Kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar. (TH Genius)

Kelas Cikgu Nurin pelbagai gaya bergambar anak-anak. (TH Genius)

Kelas 6 Bistari juga tak kurang hebat gaya berposing. (TH Genius)

Geng lelaki di TH Inovasi segak bergaya.

Manis bergaya murid perempuan di TH Inovasi.

Kelas 6 Bistari (TH Inovasi)

Kelas 6 Genius. (TH Inovasi)

Anak-anak 5 tahun di TH Inovasi.


Sampai di sini sahaja blog raya pada tahun ini. Saya wakil dari MyBistari Group ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon maaf zahir dan batin.

Terima kasih kepada ibu ayah yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami. Semoga anak-anak hebat ini berjaya dunia dan akhirat. Amin YRA

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon