Friday, July 3, 2026

SEKEPING GAMBAR SERIBU KENANGAN!

 

Dari usia 4 tahun di MyBistari, sekejap sahaja dah tahun akhir. (TH Minda)

Senyuman, Gelak Tawa & Kenangan Terindah | Sesi Fotografi MyBistari Sem 2 

Setiap tahun, MyBistari akan mengadakan dua sesi fotografi buat semua murid. Mungkin ada ibu ayah yang tertanya-tanya, mengapa perlu dua kali?

Sesi fotografi Semester 1 dijalankan bagi tujuan mengemas kini data murid serta gambar rasmi yang akan dimuat naik ke laman web MyBistari.

Manakala Semester 2 pula mempunyai nilai yang lebih istimewa. Gambar-gambar yang dirakam akan dijadikan kenangan buat setiap murid dan diserahkan kepada mereka pada penghujung tahun. Ia menjadi memori indah yang akan mengingatkan mereka bahawa di sinilah bermulanya langkah pertama dalam dunia pembelajaran.

Tahun ini, sesi fotografi berlangsung dari 15 hingga 26 Jun 2026. Road tour dimulakan di Tadika Hebat Minda, Kota Puteri dan berakhir dengan penuh meriah di Tadika Hebat Jaya, Taman Kota Masai. Sepanjang hampir dua minggu ini, pasukan fotografi menjelajah dari satu cawangan ke satu cawangan bagi merakam detik-detik paling bermakna bersama anak-anak hebat MyBistari.

Seperti biasa, setiap sesi pasti dipenuhi dengan pelbagai ragam yang mencuit hati. Ada murid yang malu-malu apabila berhadapan kamera, ada pula yang begitu teruja sehingga tidak sabar untuk bergambar. Ada yang hadir dengan senyuman paling manis, bibir merah berseri, rambut yang disikat kemas dan bergaya, malah ada juga yang tidak putus-putus memberikan pelbagai pose spontan yang menghiburkan semua.

Paling mencuri perhatian sudah tentunya murid-murid 6 tahun. Mereka mengenakan set pakaian konvokesyen lengkap bersama jubah, topi konvo dan certificate holder. Saat mereka memakainya, jelas terpancar rasa bangga dan teruja di wajah masing-masing. Ada yang begitu yakin bergaya di hadapan kamera, ada juga yang memerlukan sedikit pujukan sebelum mengukir senyuman terbaik.

Di sebalik setiap gambar yang cantik, terdapat usaha luar biasa daripada guru-guru. Mereka bertungkus-lumus membantu memakaikan jubah, membetulkan topi konvo, mengemaskan pakaian, menyusun rambut dan memastikan setiap murid kelihatan kemas serta yakin sebelum sesi fotografi bermula.

Bagi kami, gambar yang dirakam bukan sekadar sekeping foto. Ia menyimpan seribu satu cerita, gelak tawa, perkembangan, persahabatan dan detik-detik kecil yang suatu hari nanti akan menjadi kenangan paling berharga buat anak-anak dan juga ibu ayah.


1...2...3 Senyum! (TH Minda)

Pose macam ni boleh ke cikgu? (TH Minda)

Cikgu kemaskan baju dulu. (TH Minda)

Beratur menunggu giliran dipanggil. (TH Pintar)

Cikgu kemaskan rambut dahulu. (TH Pintar)

Peace ✌ (TH Pintar)

Cikgu saya tak pandailah nak buat love tu. (TH Inovasi)

Dekat sikit cikgu nak pakaikan jubah ni. (TH Inovasi)

Jubah perlu dikemaskan barulah segak dalam gambar nanti. (TH Inovasi)

Gaya dah handsome! Cuba senyum sikit lagi bertambah kacak. (TH Genius)

Tunduk sikit, cikgu nak sarungkan topi. (TH Genius)

Cikgu comel tak kami? (TH Genius)

Cikgu panggil nama awak tu. (TH Bijaksana)

Nanti waktu bergambar senyum macam ni tau. (TH Bijaksana)

Alaaa...comelnya gaya ni dengan senyuman yang manis. (TH Bijaksana)

Cikgu kemaskan tudung murid. (TH Intelek)

Sementara menunggu giliran, jom kita bergambar dahulu. (TH Intelek)

Cikgu gaya macam ini boleh? (TH Intelek)

Tunggu sekejap, cikgu nak betulkan topi. (TH Cemerlang)

Pegang macam ini ya. (TH Cemerlang)

Cikgu sebut nama, beratur mengikut kedudukan ya. (TH Cemerlang)

Gaya macam ni ke cikgu? (TH Ilmu)

Sijil tu turunkan sedikit. (TH Ilmu)


Berdiri di sini, senyum pandang kamera. (TH Cemerlang)

Semua pandang kemera. (TH Ilmu)


Sesi fotografi di TH Kreatif.

Detik kecil yang penuh makna, dirakam sebagai kenangan terindah si cilik hebat. (TH Kreatif)

Keluar jari dua macam ni. (TH Jaya)

Momen yang akan dikenang sampai bila-bila. (TH Jaya)

Cikgu bersedia memberikan yang terbaik buat si cilik. (TH Jaya)

Request dari guru kelas untuk rakamkan gambar murid sekelas. (TH Jaya)

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak hadir dengan penampilan terbaik. Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah menjayakan sesi fotografi di kesemua cawangan MyBistari.

Semoga setiap kepingan gambar yang diterima pada penghujung tahun nanti bukan sekadar menjadi hiasan album, tetapi menjadi bukti indah bahawa setiap perjalanan seorang anak menuju kejayaan bermula dengan langkah kecil yang penuh makna di MyBistari.

Kerana setiap senyuman hari ini, akan menjadi kenangan yang paling dirindui suatu hari nanti. ❤️

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                            (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

KESELAMATAN BERMULA DENGAN PERSEDIAAN!

 

Lari-lari selamatkan diri. (TH Cemerlang)

Latihan Kebakaran MyBistari 2026: Bersedia Hari Ini, Selamat di Kemudian Hari

12 Jun 2026 (Jumaat) menjadi tarikh yang bermakna apabila Latihan Kebakaran telah dilaksanakan secara serentak di semua Tadika-Tadika Hebat MyBistari. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memastikan warga MyBistari sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Pepatah mengatakan, "Sediakan payung sebelum hujan." Begitulah juga tujuan latihan ini diadakan. Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sebarang musibah seperti kebakaran, persediaan awal amat penting supaya setiap guru dan murid tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Sepanjang latihan berlangsung, guru bertugas telah memberikan taklimat ringkas kepada murid tentang langkah-langkah menyelamatkan diri dengan tenang dan teratur. Murid juga didedahkan dengan prosedur keluar dari bangunan mengikut laluan kecemasan serta berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan.

Selain itu, guru-guru turut diberikan penerangan dan demonstrasi mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan selamat. Pengetahuan asas seperti ini sangat penting kerana tindakan yang pantas dan tepat mampu membantu mengawal keadaan sementara menunggu bantuan pihak bomba tiba.

Alhamdulillah, latihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua guru dan si cilik hebat MyBistari. Walaupun ia hanyalah satu simulasi, pengalaman ini memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada semua yang terlibat.


Beg dan buku boleh ditinggalkan, nyawa mesti diselamatkan. (TH Cemerlang)

Kelas bangunan atas menggunakan tangga kecemasan. (TH Cemerlang)


Alaa nak selamatkan diri pun comel murid 4 tahun ni. (TH Ilmu)

Tunduk, tutup hidung dan mulut, kemudian bergerak mengikut arahan guru. (TH Ilmu)



Cemas bila loceng berbunyi. Lari selamatkan diri! (TH Pintar)

Alhamdulillah semua berada dalam keadaan selamat. (TH Pintar)

Kreativiti cikgu jadi api bergerak. Hihihi (TH Intelek)

Hati-hati yang di belakang tu, ada api. (TH Intelek)

Cikgu memberi penerangan untuk penggunaan alat pemadam api. (TH Intelek)

Semak dulu jumlah murid cukup ke tak. (TH Genius)

Fokus mendengar taklimat keselamatan. (TH Genius)

Belajar menggunakan alat pemadam api dengan betul. (TH Genius)

Hati-hati turun tangga kecemasan tu. (TH Bijaksana)

Ilmu keselamatan bermula dengan tunjuk ajar guru. (TH Bijaksana)

Semangat guru bertugas memberikan taklimat keselamatan. (TH Kreatif)



Cepat-cepat turun! (TH Minda)

Cikgu: Raissa.
Raissa: Saya cikgu! 

Ilmu kecil, manfaat besar. (TH Minda) 

Cukup ke tak anak murid tu cikgu? (TH Inovasi)

Dengar dengan teliti ya perkongsian dari guru untuk keselamatan bersama. (TH Inovasi)

Salah satu cara menyelamatkan diri daripada terhidu asap adalah dengan
menutup hidung dan mulut. (TH Inovasi)

Taklimat diberikan bukan dari lisan sahaja, malah melalui video interaktif yang menarik!
(TH Jaya)

Anak-anak belajar cara melindungi diri ketika kecemasan. (TH Jaya)

Di MyBistari, kami bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak, malah aspek keselamatan turut menjadi keutamaan. Semoga ilmu yang dipelajari melalui latihan ini menjadi bekalan yang bermanfaat dan dapat digunakan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Kerana keselamatan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi budaya yang perlu dipupuk sejak kecil.

Sekian, terima kasih🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                             (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon