Showing posts with label Kegiatan di Tadika. Show all posts
Showing posts with label Kegiatan di Tadika. Show all posts

Thursday, July 3, 2025

DIPISAHKAN DENGAN LAUTAN, DISATUKAN DEMI PENDIDIKAN!

 

Lawatan pertama di TH Pintar.

Sinergi Dua Negara: MyBistari Terima Kunjungan Delegasi Pendidikan dari Jakarta & Pontianak

Pada 24hb & 25hb Jun 2025 yang lepas, MyBistari Group berbesar hati menerima kunjungan istimewa dari para tetamu kehormat yang datang jauh dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia. Kehadiran mereka bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi sebagai satu langkah sinergi pendidikan antara dua negara—bersama-sama membina generasi cemerlang dunia dan akhirat.

Lawatan mereka bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sistem pembelajaran dan struktur organisasi dijalankan di MyBistari Group. Dengan penuh semangat dan keterujaan, para tetamu dibawa melawat ke tiga cawangan kami iaitu Tadika Hebat Pintar, Genius dan Intelek.

Mereka sangat terinspirasi melihat sendiri kehebatan anak-anak MyBistari dalam membaca, mengira, menulis dengan kemas serta disiplin yang ditunjukkan walaupun di usia yang masih muda. Kata mereka, "Anak-anak di sini luar biasa!"

Pada hari kedua pula, pihak MyBistari berpeluang berkongsi lebih mendalam mengenai struktur organisasi, pengurusan tadika serta silibus yang digunakan. Perkongsian dua hala ini menjadi medan bertukar idea dan inspirasi pendidikan demi memperkasa sistem pendidikan awal kanak-kanak di kedua-dua negara.

Kami di MyBistari Group ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Jakarta dan Pontianak hadir dan berkongsi masa bersama kami. Semoga hubungan ini terus mekar dan membawa manfaat jangka panjang untuk dunia pendidikan serantau.

Dari Nusantara untuk Dunia. Bersama, kita membina insan rabbani.

Singgah di Tadika Hebat Genius!

 Inspirasi pendidikan dari Johor ke Indonesia. 


Teruja Cikgu Siti terima kunjungan tetamu jauh ke TH Intelek.

Ibu Neng begitu teruja berkongsi pengalaman sepanjang lawatannya di tadika hebat.


Ibu Indah terinspirasi dengan struktur organisasi kami.

Cikgu Tamizi menerangkan rekod bacaan yang dikemaskini setiap minggu.

Penerangan demi penerangan diberikan.

.
Perbincangan serius dalam suasana santai.

Cikgu Norifah juga tidak lepaskan peluang untuk perkongsi tentang perjalanan
program-program di MyBistari.

Kenangan indah bersama barisan pengurusan & operasi MyBistari.

Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan, demi melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Terima kasih atas kesudian hadir ke MyBistari Group. Pintu kami sentiasa terbuka untuk sinergi yang membawa kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Wednesday, May 22, 2024

GIGI SIHAT

 Bismillahirrahmanirrahim

Banyak kad hijau atas meja tu, maka berdebarlah hati anak-anak.

Tahukah ibu ayah pemeriksaan gigi kanak-kanak perlu dilakukan setiap 6 bulan sekali? Jadi sudah berapa kali ibu ayah membawa anak-anak untuk pemeriksaan gigi. Pemeriksaan gigi sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak selain dari kita mengawal pemakanan untuk gigi anak-anak sihat dan cantik.

Pada 25 April yang lalu, Tadika Hebat Bijaksana di Jalan Kijang 3 telah didatangi oleh pegawai-pegawai Klinik Kesihatan Pergigian untuk membuat pemeriksaan gigi kepada murid-murid sesi pagi. Hanya tadika dan sesi yang terpilih sahaja yang ada pemeriksaan gigi.

Sebelum pemeriksaan gigi dilakukan, anak-anak di sini akan diberi penerangan tentang penjagaan gigi dan cara menggosok gigi yang betul. Bukan sekadar teori, malah anak perlu melakukan praktikal untuk menggosok gigi.

Setelah selesai taklimat, anak-anak menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi. Teruja anak-anak mendapat cop ditangan sebagai tanda pemeriksaan gigi sudah selesai.

Jom kita lihat gelagat anak-anak sepanjang aktiviti ini diadakan.

Berdebar menunggu giliran.

Khusyuk semua mendengar taklimat.


Taklimat diberikan sebelum pemeriksaan.

Cara menggosok gigi yang betul.

Gosok gigi ikut step tau.

Betul ke step saya gosok macam ni?

Akhirnya saya sudah lepas pemeriksaan.

Putihkan gigi saya.


Begitulah ragam anak-anak untuk pemeriksaan gigi pada tahun ini. Bagi keputusan pemeriksaan yang kurang baik, jangan lupa pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan lanjut.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~




Monday, December 21, 2020

LET'S BUCKLE UP FOR 2021!

Sesi pengambilan barangan di TNPB

Bismillahirrahmanirrahim.

“Tidaklah ada dari manusia melainkan: diuji dengan keselamatan agar diketahui bagaimana syukurnya, atau diuji dengan sebuah bencana agar diketahui bagaimana sabarnya.” – Ibnu Qayyim

Lama rasanya tidak berkongsi cerita. Mana taknya,perjalanan MyBISTARI GROUP dan juga keseluruhan umat dunia amnya sekarang ini ibarat roller coaster. Selagi pandemik ini tidak berakhir dan tidak dapat dibendung, selagi itulah kita akan berada di  dalam keadaan begini. Hidup dalam ketidakpastian kerana segala-galanya boleh berubah mengikut situasi semasa.

Paling terdekat dengan kami, warga MyBISTARI adalah dengan sesi persekolahan. Pada awalnya memang sedih bila memikirkan yang sesi tahun ini akan berakhir begitu sahaja. Kemudian, diberi sedikit sinar apabila dibenarkan untuk bersekolah semula, makanya pelbagai perancangan (yang pastinya berlandaskan SOP yang ditetapkan) telah dirancang untuk anak-anak murid kami, tetapi sayangnya, di akhir waktu terpaksa kami batalkan juga kerana perintah PKPB diadakan semula. Yang dapat kami laksanakan dalam waktu yang singkat itu hanyalah majlis perpisahan sesi 2020.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak ibubapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang tersangat baik kepada kami ketika majlis itu dilakukan. Lega hati kami kerana dengan bantuan dan sokongan para ibubapa, kami dapat berikan kenangan terakhir murid-murid bersama rakan-rakan dan para guru mereka.

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang dijalankan sesi pembayaran yuran dan pengambilan barang keperluan 2021. Memandangkan kita masih diancam dengan Covid19, beberapa langkah yang kelihatan drastik, tetapi perlu kami lakukan untuk keselamatan kita semua telah kami terapkan. Antaranya, tidak perlu membawa anak untuk sesi pembelian barang, baju yang telah dibeli tidak boleh ditukar (ini juga berlaku di kedai-kedai pakaian yang lain), pemilihan saiz baju adalah mengikut ukuran yang diberi oleh guru besar. Kami amat berharap para ibubapa kenalpasti dahulu saiz yang sesuai untuk anak sebelum datang untuk membuat pembelian. Bagi ibubapa yang terserempak dengan rakan-rakan atau jiran yang lain ketika membuat pembayaran, diharap agar tidak bersembang panjang di ruang tadika ya. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai.

Wajib scan ini ya sebelum masuk ke tadika.

Sekiranya tiada aplikasi untuk scan, nampak tak buku di bawah tu? Sila isi ya.

Di setiap cawangan ada disediakan meja pendaftaran seperti ini.

Sila semak ya, butiran peribadi anak di sini sementara menanti giliran dipanggil.

Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik.

Ruang menunggu juga mengikut SOP yang ditetapkan.

Diharap para ibubapa membaca setiap memo yang kami naikkan di tadika.

Situasi ketika pengambilan keperluan.

Pemakaian topeng juga wajib ya!

Jangan risau, kami sering sanitisi peralatan yang ada di dalam tadika.

Kami kongsikan juga video himpunan beberapa cawangan berkenaan tatacara pengambilan keperluan 2021.



Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibubapa yang masih memilih untuk bersama kami lagi pada tahun hadapan. Bagi yang baru akan bersama kami untuk tahun hadapan kami ucapkan beribu terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Mari kita sama-sama jaga keselamatan dan kebersihan agar pandemik ini dapat dikekang dan berakhir. Rajin-rajin berdoa dan jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk kita semua.

Insyaallah jumpa nanti di tahun 2021 ya kesayangan semua! Let's buckle up for 2021!

~Cikgu Norifah~


    

Thursday, August 13, 2020

BILA KAMI BESAR NANTI

 Bismillahirrahmanirrahim.

Masing-masing segak bergaya.


“Tak sabarnya saya tunggu esok.. apa agaknya baju yang anak-anak murid saya akan pakai ya?”

“Kak, kalau parent ada tanya nak beli kostum kat mana, kita nak suggest kat mana ya?”

Lain macam semangat cikgu-cikgu nak pergi ke tadika kali ini. Bukan murid sahaja yang teruja, para guru juga sama. Hinggakan ada yang tersenyum-senyum sendirian minggu lepas semasa sesi penerangan berkenaan hari kerjaya yang bakal diadakan. Mungkin sedang seronok membayangkan anak-anak didik yang akan  hadir ke tadika dengan pakaian pekerjaan impian mereka.

"Cikgu, kalau sekarang ni saya pakai macam ni, tapi besar nanti kerja lain boleh?"

Ya.. kerjalah apa sahaja kerja yang diingini selagi kerja yang bakal dilakukan itu tidak menyalahi dan melanggar hukum agama. 

Jom kita tengok aksi-aksi mereka mengenakan kostum pilihan mereka.

Wah.. Cikgu Siti dapat kek lah. (TS2)

Selain berjaya mengawal api, kami juga hebat dalam
mengawal emosi cikgu kami.(TS2)

Cuba bayangkan kami dua puluh tahun lagi. (TS2)

Kami sedia mengawal keselamatan tadika kami. (TS2)
Segak semuanya. (TS1)

Manisnya bakal doktor ni. (TS1)

Saya ada panggilan kecemasan ni. (TS1)

Comel-comel semuanya. (TNPB)
Banyak tak kes nak kene selesaikan harini? (TNPB)

Jom ikut saya pergi site! (TNPB)
Hari ini ada orang tempah seratus cupcake! (TNPB)

Cikgu, saya belum baca lagi bacalah ni.. (TMPB)
Wah.. chef kita sudah sampai. (TMPB)


Cikgu, mana roket saya? (TMPB)
Rakam apa tu cikgu? (TMPB)

Gaya murid 6 Pintar. (TM)
Pelbagai gaya dari murid 6 Bistari 1. (TM)

Teruja kami tengok aksi mereka. (TM)

Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. (TM)

Ketibaan murid-murid dengan pakaian pekerjaan 
masing-masing. (TKM)

Ramai yang berminat untuk jadi doktor ya? (TKM)
Jom ke bulan! (TKM)

Ni juruterbang syarikat mana? (TKM)

Wah.. kita ada wartawanlah di tadika. (TIPB)
Macam mana boleh injured masa main bola ni? (TIPB)

Tepi cikgu, kami nak tembak musuh kat belakang tu! (TIPB)
Nak tolong saya masak tak? (TIPB)

Kerjaya doktor memang menjadi pilihan anak-anak murid. (TIMB)

Bermacam keperjaan menjadi idaman mereka. (TIMB)

Macam anggota SWAT. (TIMB)
Nak lukis gambar apa tu? (TIMB)

Ada pertandingan memasak ke? (TIB)

Hmmm.. macam lain je dari yang saya bayangkan. (TIB)

Ok, latihan ketenteraan dah nak bermula ni. (TIB)

Tunggu abang bomba masuk tadika. (TIB)

Di sini juga kami kongsikan video murid berkenaan dengan aktiviti ini.

Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti anak-anak ini. Kami sangat-sangat menghargainya. Semoga apa yang diimpikan oleh anak-anak ini menjadi kenyataan.

~Cikgu Norifah~


 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon