Bismillahirrahmanirrahim
.jpeg) |
Banyak kad hijau atas meja tu, maka berdebarlah hati anak-anak. |
Tahukah ibu ayah pemeriksaan gigi kanak-kanak perlu dilakukan setiap 6 bulan sekali? Jadi sudah berapa kali ibu ayah membawa anak-anak untuk pemeriksaan gigi. Pemeriksaan gigi sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak selain dari kita mengawal pemakanan untuk gigi anak-anak sihat dan cantik.
Pada 25 April yang lalu, Tadika Hebat Bijaksana di Jalan Kijang 3 telah didatangi oleh pegawai-pegawai Klinik Kesihatan Pergigian untuk membuat pemeriksaan gigi kepada murid-murid sesi pagi. Hanya tadika dan sesi yang terpilih sahaja yang ada pemeriksaan gigi.
Sebelum pemeriksaan gigi dilakukan, anak-anak di sini akan diberi penerangan tentang penjagaan gigi dan cara menggosok gigi yang betul. Bukan sekadar teori, malah anak perlu melakukan praktikal untuk menggosok gigi.
Setelah selesai taklimat, anak-anak menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi. Teruja anak-anak mendapat cop ditangan sebagai tanda pemeriksaan gigi sudah selesai.
Jom kita lihat gelagat anak-anak sepanjang aktiviti ini diadakan.
.jpeg) |
Berdebar menunggu giliran. |
.jpeg) |
Khusyuk semua mendengar taklimat. |
.jpeg) |
Taklimat diberikan sebelum pemeriksaan. |
.jpeg) |
Cara menggosok gigi yang betul. |
.jpeg) |
Gosok gigi ikut step tau. |
.jpeg) |
Betul ke step saya gosok macam ni? |
.jpeg) |
Akhirnya saya sudah lepas pemeriksaan. |
.jpeg) |
Putihkan gigi saya. |
Begitulah ragam anak-anak untuk pemeriksaan gigi pada tahun ini. Bagi keputusan pemeriksaan yang kurang baik, jangan lupa pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan lanjut.
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment