Monday, July 20, 2020

LAMBAIAN KAABAH YANG DIRINDUI


Bismillahirrahmanirrahim.


Bergambar kenangan selepas menunaikan haji.

“Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Siapa yang berhaji kerana Allah lalu ia tidak berkata kotor dan berbuat fasik, maka ia kembali seperti hari ketika dilahirkan ibunya.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

Allah, betapa dimuliakan olehNya para jemaah yang pergi menunaikan haji dalam keadaan ikhlas dan bersih hatinya. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur. Sayangnya tahun ini, umat-umat islam, dalam konteks ini di Malaysia, tidak dapat menunaikan haji seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Begitu besarnya impak Covid-19. 

Tahun ini tiada murid yang bersemangat bercerita,

"Cikgu, nenek nak pergi Mekah, nanti rindu tak jumpa sebulan."

"Cikgu, atok nenek nak naik kapal terbang jalan jauh nak pergi rumah Allah."

"Kita cuti minggu depan cikgu, ayah kata nak hantar atok naik kapal terbang."

"Atok kata nak bawa balik seekor unta untuk kita, cikgu!"

Bagi kami juga, program yang diadakan saban tahun terpaksa kami tiadakan, termasuklah Program Haji Cilik.Tiada kedengaran cerita anak-anak murid berlatih memakai ihram di rumah dan tiada kedengaran suara-suara halus seolah-olah berbisik tatkala mereka menghafal talbiyah ketika sedang sibuk membuat latihan yang diberi. Semoga Allah kurniakan kembali nikmat yang pernah diberikan olehNya kepada kita semua.

Memandangkan tak lama lagi umat islam bakal menyambut hari raya Aidiladha, mari kita buat sedikit throwback berkenaan dengan Program Haji Cilik yang diadakan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Diharap perkongsian ini dapat menghidupkan rasa cinta kita pada ibadah yang satu ini.

Proses menyiapkan tapak program pada malam hari sebelum kejadian.

Proses mendirikan replika Kaabah pula.

Disambung ke paginya sebelum kehadiran para jemaah haji cilik.

Mari kita perkemaskan lagi ihramnya.

Last check sebelum kita bermula.

Taklimat akhir untuk para jemaah haji cilik.

Mari kita mulakan, Bismillahirrahmanirrahim.

Awak dapat tak stiker macam kita ni?

Kejap cikgu, haus pula saya.

Kira jangan tak kira batu yang dikutip tu.

Lontar ke sana tau, bukan ke kawan.

Ini bukan pertandingan lumba lari ya, kita nak bersaei ni.

Ingat tak kita dah pusing berapa kali ni?

Cikgu, gunting rambut saya handsome-handsome ya.

Yang cikgu tarik tu telinga saya cikgu..

Alhamdulillah, melepaskan dahaga bila selesai melaksanakan rukun haji.

Susun atur untuk ambil gambar kenangan.

Senyum semuanya!

Ambil kesempatan bergambar dengan Puan Zainun.

Abadikan kenangan sekeluarga.
Kami kongsikan juga video-video Program Simulasi Haji pada tahun-tahun yang sudah.

Program Simulasi Haji Cilik 2019


Program Simulasi Haji Cilik 2018


Program Simulasi Haji Cilik 2017

Marilah kita sama-sama berdoa agar musibah yang melanda dunia sekarang ini dapat dibendung dan dipertemukan jalan penyelesaiannya. Siapa sangka angkara makhluk Allah yang sekecil-kecil kejadiannya memberi impak yang sangat-sangat besar ke seluruh dunia. Subhanallah. Kita ingat Allah, Insyaallah Allah akan jaga kita.

Oh ya, ketika ini sesi fotografi individu bagi murid K2 sedang dijalankan. Diharap para ibubapa dan penjaga yang bersetuju untuk mengambil gambar peka dengan jadual pengambilan gambar yang telah kami sertakan di surat makluman. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai. Terima kasih sekali lagi dari kami.

#kitajagakita

~Cikgu Norifah~



















Tuesday, July 7, 2020

PERMULAAN NORMA BARU K2


Bismillahirrahmanirrahim.
Baca , jangan tak baca SOP tu. (TM)

“Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?” (Al Hujurat : 12)

Masih terfikir-fikir lagi, macamana nak mulakan cerita kali ini. Bermacam rasa ada semenjak berita berkenaan permulaan sekolah semula diumumkan oleh pihak kementerian. Dari awal bila desas desus permulaan sekolah semula (apabila pelajar SPM dan STPM sudah memulakan persekolahan), kami sudah diasak dengan pelbagai persoalan dan permintaan untuk penjelasan berkenaan dengannya. Betul, ibubapa mana yang tak risau bila anak-anak kecil yang sangat-sangat memerlukan lebih perhatian ini yang akan diminta untuk memulakan sesi persekolahan dahulu berbanding dengan kakak dan abang di sekolah rendah dan menengah yang lainnya. Tetapi maaf, ketika itu juga kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana kami juga menanti makluman dari pihak yang terbabit.

Akhirnya berita yang dinanti diterima, sahih kejadiannya. Semakin rancak kami menerima panggilan dan mesej-mesej di handphone, tetapi kami faham, ini adalah kerisauan pihak ibubapa, bukan kami sahaja yang bertubi-tubi menerimanya, situasi yang sama juga dihadapi oleh tadika-tadika yang lain. Kami berusaha untuk melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian agar keselamatan dan kesihatan semua pihak terjaga.

Jika ditanya, apa perasaan kami apabila tadika dibuka semula, tiada jawapan yang tepat dapat kami berikan. Seronok, tapi bimbang. Teruja, tapi gementar. Bersyukur, tapi takut, dan bermacam rasa lagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, 5hb Julai 2020, persekolahan semester 2 2020 kami mulakan dengan murid-murid K2 (6 tahun) terlebih dahulu.

Sesi taklimat terakhir sebelum terima kehadiran murid-murid. (TM)

Murid-murid sudah mula hadir . (TM)

Bismillahirrahmanirrahim, kita mulakan belajar. (TM)

Ok, jom balik! Jumpa lagi esok cikgu! (TM)


Kami sudah sedia nak terima murid. (TMPB)

Kotak-kotak untuk isi beg murid. (TMPB)

Sedia, cikgu nak check suhu ni. (TMPB)

Saya isi begnya dalam ni ya cikgu? (TMPB)

Beg diasingkan dari murid di dalam van. (TS1)

Ambil kesempatan selfie sebelum kedatangan murid-murid. (TS1)

Berapa suhu anak saya , cikgu?

Permulaan kelas sedang dijalankan. (TS1)

Menanti dengan penuh senyuman dan hati penuh debaran. (TIB)

Kami sedang berlatih penjarakan sosial. (TIB)

Diri tegak, cikgu nak check suhu ni. (TIB)
 
Kotak beg masih lagi kosong. (TIB)

Ha... mana nak lari, mari saya check dulu suhu Cikgu Siti. (TIMB)

Hati-hati turun van. (TIMB)

Ikut cikgu eja ya semua. (TIMB)

Bakul beg ni dah penuh. (TIMB)

Cikgu lap meja awak sekejap eh. (TIPB)

Sisa makanan lepas rehat terus dibuang ke dalam tong sampah. (TIPB)

Permulaan kelas sedang dijalankan. (TIPB)

Cikgu sedang memantau pergerakan murid di tandas. (TIPB)


Selamat kembali ke tadika. (TKM)

Lap meja ketika rehat. (TKM)

Bukan selalu dapat tembak Cik Norifah kan? (TKM)

Kami lebih hebat dari Ultraman, Insyaallah. (TKM)


Terima kasih atas kerjasama puan. (TNPB)

Sambut murid baru sampai. (TNPB)

Latihan mencuci tangan. (TNPB)

OK, cuba tengok langkah seterusnya ni apa. (TNPB)


Angkat tangan siapa yang cikgu dah sebut namanya tadi. (TS2)

Model kotak beg, Cik Fara. (TS2)

Kami balik dulu cikgu, Insyallah jumpa esok! (TS2)

Taklimat ringkas sebelum memulakan sesi yang seterusnya. (TS2)

Di sini kami kongsikan juga video berkenaan pembukaan semula tadika untuk semester 2 2020.

Temubual dengan beberapa guru MyBISTARI GROUP.


Hari pertama semester 2 bagi murid K2.

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang masih memberi sokongan dan membantu kami sepanjang proses pembukaan semula tadika-tadika di MyBISTARI GROUP. Sesungguhnya, kami amat-amat memerlukan dan menghargai perhatian yang diberikan oleh anda semua. Kami tak kuat, tetapi ‘support’ yang ditunjukkan dan diberikan menyuntik semangat positif dan yakin diri kami untuk meneruskan norma baru dalam sesi persekolahan sekarang ini. Words cannot contain how grateful we are to have all the supports from all of you. Sama-samalah kita berdoa agar sesi p&p dapat berjalan dengan baik dan lancar. Diharap para guru dan ibubapa mengikuti dan patuh pada SOP yang telah diberi agar kita tetap dapat membendung dan menghapuskan penularan Covid19. Kepada para ibubapa yang memilih untuk menamatkan persekolahan anak-anak mereka, terima kasih juga kami ucapkan untuk memori yang telah kita ciptakan Bersama sebelum ini. Diharap ukhwah antara kita tetap ada walaupun anak-anak tidak bersama dengan kami lagi. Sayang kami pada mereka takkan hilang.

Esok akan bermula semester 2 2020 bagi murid-murid K1 pula. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. 

~Cikgu Norifah~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon