“Wahai
orang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah
dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang
daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?” (Al Hujurat :
12)
Masih
terfikir-fikir lagi, macamana nak mulakan cerita kali ini. Bermacam rasa ada
semenjak berita berkenaan permulaan sekolah semula diumumkan oleh pihak
kementerian. Dari awal bila desas desus permulaan sekolah semula (apabila pelajar
SPM dan STPM sudah memulakan persekolahan), kami sudah diasak dengan pelbagai
persoalan dan permintaan untuk penjelasan berkenaan dengannya. Betul, ibubapa
mana yang tak risau bila anak-anak kecil yang sangat-sangat memerlukan lebih
perhatian ini yang akan diminta untuk memulakan sesi persekolahan dahulu
berbanding dengan kakak dan abang di sekolah rendah dan menengah yang lainnya. Tetapi
maaf, ketika itu juga kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana kami
juga menanti makluman dari pihak yang terbabit.
Akhirnya
berita yang dinanti diterima, sahih kejadiannya. Semakin rancak kami menerima
panggilan dan mesej-mesej di handphone, tetapi kami faham, ini adalah kerisauan
pihak ibubapa, bukan kami sahaja yang bertubi-tubi menerimanya, situasi yang
sama juga dihadapi oleh tadika-tadika yang lain. Kami berusaha untuk
melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian agar keselamatan
dan kesihatan semua pihak terjaga.
Jika ditanya,
apa perasaan kami apabila tadika dibuka semula, tiada jawapan yang tepat dapat
kami berikan. Seronok, tapi bimbang. Teruja, tapi gementar. Bersyukur, tapi
takut, dan bermacam rasa lagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, 5hb Julai
2020, persekolahan semester 2 2020 kami mulakan dengan murid-murid K2 (6 tahun)
terlebih dahulu.
Sesi taklimat terakhir sebelum terima kehadiran murid-murid. (TM)
Murid-murid sudah mula hadir . (TM)
Bismillahirrahmanirrahim, kita mulakan belajar. (TM)
Ok, jom balik! Jumpa lagi esok cikgu! (TM)
Kami sudah sedia nak terima murid. (TMPB)
Kotak-kotak untuk isi beg murid. (TMPB)
Sedia, cikgu nak check suhu ni. (TMPB)
Saya isi begnya dalam ni ya cikgu? (TMPB)
Beg diasingkan dari murid di dalam van. (TS1)
Ambil kesempatan selfie sebelum kedatangan murid-murid. (TS1)
Berapa suhu anak saya , cikgu?
Permulaan kelas sedang dijalankan. (TS1)
Menanti dengan penuh senyuman dan hati penuh debaran. (TIB)
Kami sedang berlatih penjarakan sosial. (TIB)
Diri tegak, cikgu nak check suhu ni. (TIB)
Kotak beg masih lagi kosong. (TIB)
Ha... mana nak lari, mari saya check dulu suhu Cikgu Siti. (TIMB)
Hati-hati turun van. (TIMB)
Ikut cikgu eja ya semua. (TIMB)
Bakul beg ni dah penuh. (TIMB)
Cikgu lap meja awak sekejap eh. (TIPB)
Sisa makanan lepas rehat terus dibuang ke dalam tong sampah. (TIPB)
Permulaan kelas sedang dijalankan. (TIPB)
Cikgu sedang memantau pergerakan murid di tandas. (TIPB)
Selamat kembali ke tadika. (TKM)
Lap meja ketika rehat. (TKM)
Bukan selalu dapat tembak Cik Norifah kan? (TKM)
Kami lebih hebat dari Ultraman, Insyaallah. (TKM)
Terima kasih atas kerjasama puan. (TNPB)
Sambut murid baru sampai. (TNPB)
Latihan mencuci tangan. (TNPB)
OK, cuba tengok langkah seterusnya ni apa. (TNPB)
Angkat tangan siapa yang cikgu dah sebut namanya tadi. (TS2)
Model kotak beg, Cik Fara. (TS2)
Kami balik dulu cikgu, Insyallah jumpa esok! (TS2)
Taklimat ringkas sebelum memulakan sesi yang seterusnya. (TS2)
Di sini kami kongsikan juga video berkenaan pembukaan semula tadika untuk semester 2 2020.
Temubual dengan beberapa guru MyBISTARI GROUP.
Hari pertama semester 2 bagi murid K2.
Terima
kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang masih memberi sokongan
dan membantu kami sepanjang proses pembukaan semula tadika-tadika di MyBISTARI
GROUP. Sesungguhnya, kami amat-amat memerlukan dan menghargai perhatian yang
diberikan oleh anda semua. Kami tak kuat, tetapi ‘support’ yang ditunjukkan dan
diberikan menyuntik semangat positif dan yakin diri kami untuk meneruskan norma
baru dalam sesi persekolahan sekarang ini. Words cannot contain how grateful we
are to have all the supports from all of you. Sama-samalah kita berdoa agar sesi
p&p dapat berjalan dengan baik dan lancar. Diharap para guru dan ibubapa
mengikuti dan patuh pada SOP yang telah diberi agar kita tetap dapat membendung
dan menghapuskan penularan Covid19. Kepada para ibubapa yang memilih untuk
menamatkan persekolahan anak-anak mereka, terima kasih juga kami ucapkan untuk memori
yang telah kita ciptakan Bersama sebelum ini. Diharap ukhwah antara kita tetap
ada walaupun anak-anak tidak bersama dengan kami lagi. Sayang kami pada mereka
takkan hilang.
Esok akan bermula semester 2 2020 bagi murid-murid K1 pula. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar.
0 comments:
Post a Comment