#Kitajagakita . Tagline ini benar-benar perlu dilaksanakan
sebaiknya selepas mendapat perutusan yang sahih dari pihak KPM bahawa pra
sekolah dan tadika bakal dibuka pada 1hb Julai 2020. Dalam pada itu juga kami
telahpun membuat sesi pengambilan buku untuk semester 2 di tadika-tadika kami. Demi
untuk menjaga keselamatan dan juga memudahkan pihak ibubapa dan penjaga, kami
telah mengadakan proses pengambilan buku secara ‘drive through’.
Jika sebelum ini, pihak ibubapa atau penjaga yang hadir
perlu masuk ke dalam tadika untuk mengambil buku dan berurusan dengan guru-guru
kami, sekarang ini hanya perlu tunggu di dalam kereta atau motor sahaja untuk
urusan pengambilan buku. Tetapi bagi ibubapa yang tetap mahu masuk ke dalam
tadika untuk menyelesaikan urusan, tetap juga kami terima.
Marilah datang ambil buku, kami tunggu ni! (TS2)
Alamak, kejap tangan cikgu mengigil, tak boleh saya nak fokus. (TS2)
Sebentar ya puan, saya check nama anak puan. (TS2)
Saya berurusan terus di sini pun boleh kan cikgu? (TNPB)
Naik motor pun boleh drive thru. (TNPB)
Saya tunggu di motor ajelah eh. (TMPB)
Nak snap gambar saya juga ke puan? (TMPB)
Terima kasih puan atas kehadirannya. (TMPB)
Cak! Marilah ambil buku! (TM)
Nak tandatangan pendek ke panjang? (TM)
Alhamdulillah, sudah dapat buku semester 2. (TM)
Eh, alamak.. terselfie lah pula. (TKM)
Ok, siap sign. (TKM)
Puan.. masuk ke dalam.. hujan tu. (TKM)
Macam best pula drive thru gini. (TIPB)
Seriusnya muka, cerita apa agaknya tu? (TIPB)
Selesaikan urusan di atas motor sahaja. (TIPB)
Terima kasih atas kerjasama yang diberi. (TIMB)
Ini ya encik, bukunya. (TIMB)
Jualan kurang kencang, tapi tetap tersenyum. (TIB)
Sila scan code ni ya encik. (TIB)
Yeay! dah dapat buku! (TIB)
Kami kongsikan video 'drive thru' MyBISTARI GROUP.
Buat masa ini, kami tenaga kerja di MyBISTARI GROUP sedang
dalam proses membincangkan dan memikirkan cara yang terbaik untuk menerima kembali
kehadiran para guru dan anak murid ke tadika semula. Insyaallah dalam masa
terdekat ini, akan kami kongsikan dengan para ibubapa yang sudah tidak sabar
dan sering bertanya di whatsapp group. Perkara ini bukannya mudah dan kami tidak
mahu buat keputusan ‘asal boleh’ sahaja. Terima kasih kami ucapkan kepada para
ibubapa dan penjaga yang memahami situasi yang kami alami sekarang ini. Dalam
situasi sebegini, kita tidak boleh lihat permasalahan itu dari sudut satu pihak
sahaja, kita perlu fahami dari segala sudut. Setiap keputusan yang diambil juga
melibatkan perbincangan dan mengambil kira faktor sekeliling.
Covid-19 bukan perkara yang biasa-biasa, impaknya telah mencipta
norma baru dalam kehidupan kita semua. Terus terang, kami teruja untuk menerima
semula warga MyBISTARI GROUP (anak-anak murid dan para guru) tetapi dalam masa
yang sama, perasaan takut dan kurang yakin itu tetap juga ada. Diharap kita
sama-sama dapat berbagi rasa itu dan sama-sama terus memberikan sokongan antara
satu sama lain. Selamat berjumpa kembali anak-anak murid yang kami rindui!
0 comments:
Post a Comment