Sunday, October 29, 2023

CITA-CITA KAMI SUATU HARI NANTI!!

 

Bismillahirrahmanirrahim

Kami sedia berkhidmat. (THC)

Pada 25 Oktober 2023, Rabu lepas tadika kami telah mengadakan aktiviti hari pemakaian kostum pekerjaan. Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang kostum-kostum pekerjaan yang ada di Malaysia. Selain dari itu, selaras dengan silibus 6 Bistari di tadika kami tentang pekerjaan. Di mana anak-anak diminta untuk memakai kostum pekerjaan dari rumah dan perlu membentangkan tentang kostum yang dipakai serta anak-anak perlu melakonkan watak pekerjaan tersebut.

Oleh itu, kami mengambil langkah untuk semua tahap merasa memakai kostum pekerjaan dan dijadikan sebagai rutin bulanan kami bermula Oktober ini. Anak-anak perlu memakai kostum pekerjaan pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan. Jadi baju uniform yang ibu bapa beli tidaklah membazir dan boleh dipakai berulang kali oleh anak-anak.

Pelbagai jenis kostum pekerjaan yang diperagakan oleh anak-anak untuk aktiviti ini. Tersenyum anak-anak apabila memasuki tadika dengan kostum-kostum yang dipakai. Mesti senangkan bangun pagi untuk pergi tadika sebab tak sabar nak pakai kostum pekerjaan.

Usaha ibu bapa pun tidak kurang hebatnya, siap buatkan nametag bagi anak-anak yang memakai kostum guru. Selain dari kostum-kostum yang popular menjadi pilihan seperti bomba, doktor, askar, juruterbang, jururawat, dan guru. Apa yang menarik pada tahun ini adalah murid memakai kostum pekerjaan nelayan yang jarang-jarang ditonjolkan. Tahniah!! Ibu bapa hebat.

Jom kita lihat suasana sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Chef-chef hebat di THC.

Ramai doktor merawat pesakit, mesti kritikal sakitnya ni. (THC)

Cikgu dan ustaz-ustaz di THC.


Saya nak jadi cikgu hari ini. (THB)


Saya nak tembak penceroboh negara. (THB)

Siapa sakit hari ini boleh jumpa saya. (THB)

Wow, pelumba track pun ada la. (THIN)

Ada kebakaran di sana, saya nak padamkan api. (THIN)


Alaaa comelnya juruterbang ni. (THIN)

Wah...ada angkasawan di Inovasi.
Seronoknya hari belajar pakai kostum pekerjaan. (THINV)


Wah..Pekerja TNB pun ada di Inovasi.

Saya nak mewarisi pekerjaan ibu saya. (THG)

Anggota polis cilik di TH Genius.

Hakim yang bergaya. (THG)

Cita-cita saya hendak jadi seorang pelukis. (THG)

Bakal-bakal askar suatu hari nanti. (THP)

Hari ini kami yang akan mengajar kamu semua. (THP)

Tukang masak di TH Pintar.

Nelayan kita sibuk menangkap ikan. (THIL)

Bakal pemain bola sepak kebangsaan suatu hari nanti. (THIL)

Barisan guru-guru hebat di TH Ilmu.

Sempat bergambar dengan guru kelas. (THJ)

Pakar bedah di TH Jaya.


Saya bekerja di balai polis. (THJ)



Apalagi..Jom follow, like, comment & share.😍

Terima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru yang menjayakan aktiviti ini. Kami sangat hargai dengan segala usaha yang diberikan. Semoga cita-cita anak-anak hebat ini akan tercapai suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

Thursday, October 26, 2023

DEMAM PANGGUNG

 

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

Selesai sudah acara Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego bagi tahun 2023 pada hari Sabtu lepas. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.

Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh founder Mybistari iaitu Puan Zainun, ucapan yang diberikan sangat ringkas dan padat. Seterusnya, acara dihangatkan lagi dengan tarian persembahan pembukaan bunyi gitar oleh anak-anak cilik dari Tadika Hebat Intelek.

Ucapan perasmian dari founder kami Puan Zainun.

Kemudian, acara yang dinantikan telah pun tiba iaitu pertandingan uji minda yang menguji kehebatan anak-anak dalam menjawab soalan. Seramai 48 orang peserta dari 8 cawangan yang menyertai pertandingan ini dan dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Kategorinya ialah kategori Bahasa Melayu dan Sains, kategori Jawi dan Pendidikan Islam, kategori Matematik dan kategori English. Kumpulan yang menjuarai setiap kategori ini, automatik layak ke peringkat saringan. Dalam peringkat saringan, kami mencari 6 orang peserta terpantas menjawab soalan untuk ke peringkat akhir dan bagi peserta yang mengumpul markah yang paling tinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan ini.

Sebelum ke peringkat saringan uji minda, acara diteruskan lagi dengan pertandingan bercerita oleh anak-anak hebat yang berusia 5 dan 6 tahun. Bukan mudahnya untuk membina keyakinan dan keberanian untuk berdiri di atas pentas untuk bercerita di hadapan orang ramai. Cikgu sangat berbangga dengan kamu semua.

Namun begitu, ada juga salah seorang peserta bercerita “demam panggung”, apabila adik Thaqif  dari Tadika Hebat Cemerlang tidak mahu beraksi di atas pentas. Pelbagai cara kami lakukan termasuk ibunya yang tidak berhenti memujuk untuk adik Thaqif teruskan beraksi dengan probs yang cantik yang telah disediakan oleh ibunya sendiri. Tetapi ibunya terpaksa akur dengan keputusan adik Thaqif yang tidak mahu meneruskan pertandingan ini. Untuk menghargai segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh adik ini dan juga ibunya, kami telah meminta untuk ibu adik Thaqif merakam video persembahannya di rumah untuk dipertontonkan kepada umum di youtube channel kami. (Apalagi…Jom subcribe youtube kami dan tonton kehebatan adik Thaqif bercerita)

Selain dari pertandingan uji minda dan bercerita, pertandingan lego juga turut diadakan serentak dibelakang pentas. Bagi pertandingan lego seramai 50 peserta dari 8 cawangan berentap untuk merebut gelaran juara. Pelbagai bentuk yang dicipta untuk menarik perhatian juri, sehingga juri rambang mata nak pilih yang mana satu sebagai pemenang. Hihihi

Tidak lupa juga persembahan tarian selingan dan penutup yang mencuit hati tetamu yang hadir oleh anak-anak cilik dari cawangan Tadika Hebat Bijaksana dengan lagunya burung kenek-kenek dan juga Tadika Hebat Ilmu dengan lagunya madu dan racun.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang sama-sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Jutaan terima kasih Juga kepada semua ibubapa yang membantu guru-guru dalam persediaan props bagi acara bercerita.

Tahniah kepada semua anak-anak yang menjayakan pertandingan-pertandingan ini. Kalah menang bukan bandingan, yang penting adalah semangat mencuba. Menang adalah bonus. Kalah pun dapat hadiah juga.  Pengalaman baru yang telah ditimba dari pertandingan-pertandingan inilah yang paling utama.

Pengacara majlis gandingan yang lama dan baru.


Unit hadiah yang sibuk dihujung majlis.


Pencatat markah sudah bersedia.

Kaunter pendaftaran dan kerja kosong juga di buka.


Bergambar sebelum acara bermula.


Pembaca soalan pun sudah bersedia.

Unit gelanggang lego juga bersedia untuk menjalankan tugas.

Unit audio yang paling penting untuk kelancaran program.

Menunggu giliran untuk naik ke pentas.

Comel peserta bercerita dengan kostumnya.


Peserta kategori Bahasa Melayu dan Sains.

Peserta kategori Jawi dan Pendidikan Islam.

Peserta kategori Matematik.

Peserta kategori English.

Gelanggang lego bermula.

Sempat ya pandang kamera.

Fokus membuat lego.

Cikgu Fadiah memantau anak-anak membuat lego.

Wah, dah siaplah lego awak.

Cikgu tengoklah lego saya dah siap.

3 lego terbaik pada tahun ini.

Adik Nurin Aminah wakil dari TH Genius dengan tajuk ceritanya
 Ayam Jantan Dan Kucing

Adik Nur Syafina Sofea wakil dari TH Pintar dengan tajuknya
Dendam Harimau Kepada Kucing

Adik Wan Noor Insyirah wakil dari TH Ilmu dangan tajuknya
Sang Buaya Ditimpa Pokok

Adik Muhammad Thaqif Razin yang demam panggung ditenangkan oleh ibunya.

Adik Ainul Mardhiah Zahraa' dari TH Inovasi dengan tajuknya
Gajah Bermata Kecil.

Adik Nur Jannah Umairah wakil dari TH Bijaksana dengan tajuknya
Si Rama-Rama Yang Angkuh.

Adik Muhammad Akid Iskandar dari TH Intelek dangan tajuknya 
Tongkat Nabi Musa Membelah Laut.

Adik Rania Aleena dari TH Jaya, satu-satunya peserta bercerita english dengan tajukya
The Boy Who Cried Wolf

Tahniah!! Pemenang Pertandingan Uji Minda:-

Johan- Adik Nur Khalishah Amani (TH Intelek)
Naib Johan- Adik Nurul Ariana Amanda (TH Ilmu)
Tempat Ketiga - Adik Muhammad Haziq Adli (TH Genius)

Tahniah!! Pemenang Pertandingan Bercerita:-

Johan- Adik Muhammad Akid Iskandar (TH Intelek)
Naib Johan- Adik Rania Aleena (TH Jaya)
Tempat Ketiga- Adik Nur Jannah Umairah (TH Bijaksana)

Tahniah!! Pemenang Pertandingan Lego:-

Johan- Adik Adeeb Shakeel (TH Genius)
Naib Johan- Muhammad Aidan Afeef (TH Genius)
Tempat Ketiga- Maryam (TH Intelek)


Kepada ibu bapa yang tidak berkesempatan bersama-sama kami dalam acara ini, kami titipkan pengalaman dan kenangan bersama anak-anak HEBAT ini.

Selamat menonton dan jangan lupa like, comment & share 👇👇👇






Tahniah!! sekali lagi kepada semua anak-anak hebat MyBistari Group yang turut serta dalam acara ini. Insyaallah kita akan berjumpa lagi di acara seterusnya Disember nanti Pertandingan Sempoa dan Congak. Nantikan ya.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~







 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon