Showing posts with label aktiviti renang. Show all posts
Showing posts with label aktiviti renang. Show all posts

Tuesday, November 14, 2023

COMEBACK AFTER 3 YEARS!!

Seronok ya main air dengan kawan-kawan. (THC)


Setelah sekian lama aktiviti renang tidak dijalankan ekoran daripada pandemik covid19 dan beberapa faktor yang lain. Alhamdulillah, bermula pada bulan November ini, aktiviti renang dapat dijalankan seperti biasa. 

Keterujaan dapat dilihat pada riak wajah anak-anak di MyBistari. Semestinya tidak sabar menunggu hari untuk aktiviti renang ini. Para ibu juga, sudah pastinya menanti hari paling bahagia kerana tidak perlu berperang untuk kejutkan anak-anak ke sekolah. Hihihi

Tetapi lain pula apa yang para guru kami rasa, rasa bimbang, rasa berdebar dan bermacam-macam rasa. Almaklumlah sudah lama aktiviti ini tidak dijalankan, bertambah pula ramai guru-guru baru yang masih tiada pengalaman untuk kendalikan aktiviti ini.

Oleh itu, kami pihak pengurusan telah mengambil peluang pada perhimpunan bulanan guru-guru MyBistari untuk memberi taklimat tentang aktiviti renang ini.                                                                                                                                                                      
Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan sudah pastinya anak-anaklah yang paling seronok. Siap ada yang request aktiviti renang ini diadakan pada setiap minggu. Hihihi 

Insyaallah bulan hadapan nanti kita renang lagi ya.

Jom lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Tak sabar masing-masing nak main air. (THINO)


Tadika kami tiada kolam, kami naik van ke tadika berhampiran. (THC)



Cikgu cepatlah ambil gambar kami. (THC)

Have fun. (THC)

Dah puas mandi ke tu? (THB)

Wah, siap bawa google! nak menyelam ke tu. (THB)

Bermacam-macam gaya ya. (THB)

Cikgu tunggu saya nak bergambar juga. (THJ)

Hati-hati main percikan air tu, jangan sampai jubah cikgu awak basah pula. (THJ)

Kami dah siap. (THJ)

Sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Berkumpul di tapak perhimpunan. (THB)


Apalgi..jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Thursday, February 20, 2020

JOM LOMPAT KOLAM!




Bismillahirrahmanirrahim.

Seronoknya kami!!! (TM)

 Maka bermulalah salah satu aktiviti yang menyebabkan anak-anak tak sabar menanti hari siang. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh majoriti murid-murid di MyBISTARI GROUP. Aktiviti yang membuat para ibu bapa juga sebelum ini gunakan sebagai umpan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah. Aktiviti yang memenatkan tetapi seronok bagi para guru dek kerana gelagat anak-anak murid di dalam kolam. Aktiviti renang.

“Betul ke cikgu ada ajar berenang nanti di tadika?”

“Cikgu nanti akan pakai baju swimming juga ke masa latih anak-anak berenang?”

“Sini tiada kolam, berenang kat mana cikgu?”

Itulah antara soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para ibu bapa ketika sesi pendaftaran anak-anak murid. Setiap kali itu juga akan kami terangkan, kami bukan mengajar anak-anak murid berenang, kami juga tiada tukar jubah ke baju renang, cuma guru-guru digalakkan untuk membawa jubah lebihan, mana tahu perlu lompat ke dalam kolam sekiranya ada murid tidak mendengar arahan ataupun murid yang memerlukan bantuan. Bagi cawangan yang tiada kolam dan tadikanya berdekatan dengan tadika yang ada kolam, kami akan sediakan perkhidmatan van untuk berulang-alik ke tadika berkenaan. Untuk Tadika Nur Pintar Bestari, kerana perjalanan ke tadika yang terdekat agak jauh dan melibatkan laluan lebuhraya Pasir Gudang, atas faktor keselamatan dan masa, terpaksa kami tiadakan aktiviti renang. Kali ini, Tadika Inovasi Bestari juga tidak dapat menjalankan aktiviti renang kerana jiran tadika sedang melakukan renovasi rumah, dikhuatiri habuk dan sisa binaan memberikan impak yang kurang sihat kepada anak-anak murid. Insyaallah, bulan hadapan akan diadakan seperti biasa.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan juga video sepanjang aktiviti ini dilakukan.

Airnya tak banyak pun, takat lutut kami je.  (TIMB)

Boleh tak mandi macam ni setiap hari? (TIMB)

Marilah baring beramai-ramai! (TIMB)
Duduk beramai-ramai, ambil mood  sebelum masuk kolam. (TIPB)

Uhhhh.. best best!!!! (TIPB)

Kami berjaya mencipta ombak! (TIPB)
Perjalanan jauh tak kami rasa, kerana hati melonjak sama! (TKM) 

Mari berendam beramai-ramai! (TKM)

Siap mandi dah, jom balik tadika! (TKM)
Untuk pertama kali, air tidak ditadah banyak. (TM)

Posing dahulu sebelum berseronok di dalam kolam. (TM)

Tersama pula baju-baju kami. (TM)

Dan kami berenang-renang ketepian.. (TMPB)

Belajar dahulu sebelum mandi manda. (TMPB)

Sedang mencuba untuk apungkan diri. (TMPB)

Marilah cikgu, join kami! (TS1)


Sejuknya! (TS1)

Beri pose comel sebelum mandi manda! (TS1)

Oh yeah! Kami happy! (TS2) 
 
Best cikgu! (TS2)

Cikgu baliklah dulu, kami tinggal kat sini je. (TS2)



Dari melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh para guru besar dan video ini juga dapat kita lihat keseronokkan anak-anak murid bermandi manda. 

Jangan lupa bagi murid-murid K2, lawatan ke Sinaran Agrofarm yang ditunda, akan diadakan pada 6 Mac 2020, Jumaat. Sudah siap semua nak berkejaran dengan itik-itik?

~Cikgu Norifah~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon