Showing posts with label Simulasi Haji Cilik. Show all posts
Showing posts with label Simulasi Haji Cilik. Show all posts

Tuesday, June 9, 2026

MENYEMAI IMPIAN MENJADI TETAMU ALLAH SEJAK KECIL

Poster Simulasi Haji Cilik 2026

Simulasi Haji Cilik 2026: Pengalaman Bermakna Buat Si Cilik Hebat 6 Tahun

Assalamualaikum 😀

Maaf kerana agak terlewat berkongsi cerita dan gambar-gambar sekitar Program Simulasi Haji Cilik 2026. Cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha ditambah pula dengan pelbagai program pemantapan guru sepanjang cuti sekolah menyebabkan kami belum sempat mengarang suasana meriah program yang berlangsung baru-baru ini.

Alhamdulillah, pada 22 Mei 2026 (Jumaat) yang lalu, murid-murid 6 tahun MyBistari telah berjaya menyertai Program Simulasi Haji Cilik 2026 dengan penuh semangat dan keterujaan. Lebih membanggakan, tahun ini mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi sepanjang penganjurannya iaitu seramai 254 orang murid 6 tahun dari semua Tadika Hebat MyBistari.

Pastinya program seperti ini memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada anak-anak. Tiada tujuan lain yang lebih utama selain memberi pendedahan awal tentang salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang berkemampuan. Walaupun hanya berbentuk simulasi, kami berharap pengalaman ini dapat membantu anak-anak memahami serba sedikit tentang ibadah haji dan menanam rasa cinta terhadap agama sejak usia muda.

Siapa tahu, melalui program-program seperti ini juga akan lahir cita-cita dalam hati anak-anak untuk mula menabung dari kecil demi menunaikan ibadah haji apabila dewasa kelak.

Seawal jam 7.00 pagi, murid-murid yang terlibat telah berkumpul di tadika masing-masing sebelum bergerak ke tapak program di Gelanggang Serbaguna Fasa 1, Jalan Mawar 13 dengan menaiki bas yang telah disediakan. Bagi murid-murid dari Tadika Hebat Genius Taman Mawar, ibu ayah menghantar anak-anak terus ke lokasi program memandangkan jarak tadika yang sangat dekat dengan tapak simulasi.

Setibanya di lokasi, anak-anak kelihatan begitu teruja mengenakan pakaian ihram bagi lelaki dan telekung berbagai warna bagi perempuan sambil menunggu sesi simulasi bermula. Dengan bimbingan guru-guru dan fasilitator, mereka melalui beberapa aktiviti yang menggambarkan perjalanan ibadah haji seperti niat ihram, tawaf, saie dan melontar jamrah dalam suasana yang menyeronokkan serta mudah difahami mengikut peringkat umur mereka.

Apa yang paling menggembirakan adalah melihat kesungguhan anak-anak mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun cuaca agak panas, mereka tetap bersemangat dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Guru-guru bertugas di checkpoint 1- wukuf di Arafah.

Petugas di checkpoint 2- Mabit  di Muzdalifah.

Replika Ka'abah pun dah ready untuk terima tetamu cilik.

Sebelum jalankan tugas, kita bergambar dahulu.

Gelanggang Saie.

Barisan para Mutawifah untuk mengiringi jemaah cilik.

Kehadiran jemaah haji cilik dari Taman Mawar.

Wah sempat posing jemaah cilik kita.

Ketibaan jemaah cilik dari TH Intelek.

Semua jemaah cilik sudah berada di tapak perhimpunan gelanggang.

Ibu ayah setia menunggu jemaah sehingga selesai.

Pemudah cara majlis Pn Faridah.

Comel-comel jemaah cilik hebat.

Penyerahan panji kepada para mutawifah.

Pn Norafizah memberi penerangan tentang rukun haji.

Fokus membaca buku panduan rukun haji.

Bacaan doa & niat ihram diketuai oleh Ustaz Akmal.

Checkpoint pertama~Wukuf di Arafah.

Checkpoint kedua~Mabit di Muzdalifah.

Checkpoint ketiga~Melontar Jamrah.

Checkpoint keempat~Tawaf mengelilingi Ka'abah.

Checkpoint kelima~Saie 

7 kali sahaja perlu berjalan @ berlari-lari anak dari Safa ke Marwah.


Potong sikit sahaja untuk cukupkan syarat.


Menunggu giliran untuk ke checkpoint terakhir.

Bacaan doa sebelum bertahalul.


Unit hadiah dari team pengurusan.


Panji 1~ Tadika Hebat Bijaksana & Tadika Hebat Intelek.


Panji 2~ Tadika Hebat Jaya, Tadika Hebat Minda & Tadika Hebat Kreatif.


Panji 3~ Tadika Hebat Pintar.


Panji 4~Tadika Hebat Cemerlang.

 
Panji 5 ~ Tadika Hebat Genius.

 
Panji 6 ~ Tadika Hebat Ilmu.


Panji 7 ~ Tadika Hebat inovasi.


Vendor makanan disediakan untuk ibu ayah membeli.

Gerai air juga disediakan untuk hilangkan dahaga.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan oleh pihak MyBistari. Tidak dilupakan juga kepada semua guru, staf pengurusan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Simulasi Haji Cilik 2026 ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis buat anak-anak dan menjadi titik permulaan untuk mereka lebih mengenali serta mencintai ibadah haji sejak kecil lagi.

"Mendidik dengan pengalaman, membentuk generasi beriman."


Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~






















Thursday, June 12, 2025

HAJI CILIK 2025! KECIL-KECIL, SEMANGAT BESAR!

 


28 Mei 2025 mencatat satu lagi kenangan manis buat anak-anak hebat 6 tahun apabila Program Simulasi Haji Cilik berjaya dianjurkan dengan penuh warna dan semangat! Walaupun jumlah penyertaan sedikit berkurangan tahun ini, hanya 193 orang jemaah cilik — dek faktor hari bekerja, namun itu langsung tidak menjejaskan kemeriahan dan kesungguhan program yang berlangsung.

Seawal kaki melangkah turun dari bas, laungan talbiah bergema membangkitkan aura tanah suci yang menyentuh hati. Suasana tapak perhimpunan terus bertukar menjadi mini Makkah, menyambut jemaah cilik yang bersedia menunaikan "ibadah haji".

Dengan penuh tertib dan semangat yang membara, para peserta menempuh enam checkpoint utama:

  1. 🕋 Wukuf di Arafah

  2. 🌌 Mabit di Muzdalifah

  3. 🎯 Melontar Tiga Jamrah

  4. 🌀 Tawaf mengelilingi Kaabah

  5. 🏃‍♂️ Saie antara Safa dan Marwah

  6. ✂️ Bertahallul – simbol penyucian diri

Meskipun cuaca agak terik, anak-anak ini tetap menunjukkan semangat luar biasa, tidak berganjak menyempurnakan rukun demi rukun ibadah dengan wajah ceria dan penuh keterujaan.

Program ini bukan sekadar aktiviti biasa — ia adalah pengalaman pembelajaran hidup yang memberikan gambaran awal tentang ibadah haji, sekaligus menanam rasa cinta dan hormat terhadap rukun Islam kelima ini sejak usia muda.

Syabas anak-anak soleh dan solehah! Moga kelak menjadi jemaah haji sebenar yang diberkati. Hingga bertemu lagi dalam Haji Cilik 2026, In shaa Allah!

Backdrop pentas yang baru pada tahun ini.

Taklimat terakhir kepada guru bertugas.

Mini kaabah sudah tersedia untuk jemaah cilik tawaf.

Jarak antara Bukit Safa & Marwah ~ Tapi jarak sebemar lagi jauh.

Mutawifah berbaju serba putih sedia menjalankan tugas.

Tempat untuk jamaah haji cilik kami melontar.

Cikgu Salasiah sudah bersedia untuk terima kunjungan si cilik ke checkpoint akhir.

Ucapan perasmian penutup dari Pn. Zainun founder MyBistari.

Jemaah cilik dari TH Pintar telah tiba di tapak Simulasi Haji Cilik.

Jemaah haji cilik TH Genius terus ke tapak perhimpunan.

Bersedia untuk melakukan aktiviti simulasi haji.

Hati-hati lintas jalan tu.

Kehadiran ibu ayah untuk memberi semangat kepada anak-anak.


Pengacara Majlis yang menghangatkan suasana Pn Faridah.



Bacaan doa diketui oleh En. Hafidz.

Pn. Norafizah menerangkan tentang sejarah dan rukun haji kepada jemaah cilik kami.

Fokus mendengar penerangan.


Bermulalah perlepasan jemaah haji cilik.


Checkpoint pertama wukuf di Arafah.

Bersemangat walaupun panas terik!

Kutip 21 biji batu je tau!

Melontar setiap jamrah 7 biji sahaja.


Checkpoint seterusnya tawaf.


Walaupun cuaca panas, tetap tersenyum dan bersemangat untuk habiskan pusingan saie.

Menunggu giliran untuk bertahallul.


Sikit je rambut yang cikgu gunting tu.


Alhamdulillah selesai sudah simulasi haji kami!

Tersenyum haji cilik, sebaik selesai kesemua checkpoint.

Terima kasih ibu-ibu yang sudi bersama-sama kami untuk menjadi mutawifah.

Panji 1- Zon Kota Masai (TH Ilmu & TH Jaya)

Panji 2- Tadika Hebat Genius.

Panji 3- Tadika Hebat Bijaksana, Tadika Hebat Kreatif & Tadika Hebat Minda.

Panji 4- Tadika Hebat Cemerlang.

Panji 5- Tadika Hebat Pintar.

Panji 6- Tadika Hebat Inovasi & Tadika Hebat Intelek.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog Simulasi Haji Cilik 2025, Semoga kita berjumpa lagi Simulasi Haji Cilik pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon