Wednesday, October 23, 2019

MARI KITA BERSUA MUKA

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami
dalam mendidik anak puan. (TMPB)

“Budi pekerti yang mulia ada sepuluh; dermawan, malu, jujur, menyampaikan amanat, rendah hati, cemburu, berani, santun, sabar dan syukur.” (Saidina Ali bin Abi Talib r.a)

Itu antara nilai-nilai yang kami cuba terapkan di dalam diri guru-guru kami. Tak mudah, tetapi perkara ini tak mustahil, sama seperti mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kami. Setiap satu dari budi pekerti yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a itu lebih teruji ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru pada hari terbuka.

Senang cerita, majoriti guru-guru kami tak lena tidur dibuatnya menantikan hari terbuka. Bukan mudah untuk bercerita dan berkongsi informasi berkenaan anak-anak didik mereka, lebih-lebih lagi yang kurang menyerlah di dalam sesi pembelajaran. Kita semua sudah terbiasa dengan keputusan yang ‘cantik’ , anak-anak perlu dapat markah yang penuh atau tinggi, kedudukan juga sebolehnya biarlah dalam lingkungan 5 terbaik.

Pengalaman saya sendiri ketika menjadi guru besar di TPB Taman Scientex 1, ada juga bapa yang memarahi anaknya di halaman luar tadika semasa melihat keputusannya di papan notis (ketika ini tiada lagi sistem ASIS untuk melihat keputusan di laman sesawang). Berpeluh juga kami menenangkan amarah bapa tersebut, hanya kerana anaknya turun dari tempat pertama di semester 1 ke tempat ketiga di semester 2.  

Situasi lain pula apabila kedua ibu dan bapa murid datang berjumpa dengan saya selepas bertemu dengan guru kelasnya, menangis teresak-esak. Tergamam seketika saya dibuatnya.

“Cikgu, kami cuma harapkan dia kenal huruf A sahaja, tapi apa yang kami dapat, lebih dari tu,” ibunya membuka bicara.

Saya senyum dan usap tangan ibunya,

“Kitakan dah sama-sama janji puan, untuk cuba yang terbaik untuk dia, guru kelas dan guru-guru lain banyak membantu, puan dan suami pun sama,” keduanya mengangguk-anggukkan kepala.

“Cikgu Siti terangkan pencapaian dia dalam kelas, tapi yang lebih kami terharu bila diterangkan berkenaan sahsiyahnya, banyak yang berubah. Dia dah pandai bersosial, pandai bergurau, faham arahan, dan sudah mahu bergaul dengan orang sekeliling,” terang bapanya.

Kali ini saya tersenyum lebar. Memang ini yang kami mahukan, guru bukan sahaja bincang berkenaan prestasi pembelajaran murid, tetapi juga berkenaan sahsiyah mereka. Kami mahu para ibu bapa dan juga guru-guru kami faham, jika potensi murid di dalam pembelajaran kurang, cuba cari gali potensi mereka yang lain.

Diharapkan itulah antara perbincangan yang ada ketika hari terbuka yang baru sahaja berlalu pada Ahad yang lalu. Sayangnya kami di bahagian pengurusan tidak dapat turun padang bersama-sama ke tadika-tadika kerana sedang bertungkus lumus menyiapkan buku-buku murid untuk semester 1 tahun hadapan.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan video berkenaan hari terbuka tempoh hari.

Bergambar di photo booth yang disediakan. (TS2)

Isi dahulu buku pelawat sebelum berjumpa dengan guru kelas. (TS2)

Tulis je komen yang puan nak tulis.. (TS2)

Guru-guru TPB TS2 sesi 2019.

Papan notis TPB Tmn Scientex 2.

Sentuhan akhir sebelum para ibu bapa mula datang. (TS1)

Papan notis TPB Taman Scientex 1.

Nak tulis apa ya dalam buku ni? (TS1)

Kehadapan guru yang kami sayangi.. (TS1)

Menanti giliran untuk berjumpa dengan guru kelas. (TS1)

Terima kasih atas sokongan yang diberi. (TS1)

Guru-guru TPB Tmn Scientex 1 sesi 2019.

Papan notis TNPB.

Tekun mendengar penerangan guru kelas. (TNPB)

Masing-masing fokus melihat keputusan anak. (TNPB)

Senyum lebar-lebar!! (TNPB)

Saya sayang mama saya!! (TNPB)

Guru-guru Tadika Nur Pintar Bestari sesi 2019.

Alamak, cikgu tanya eh macam mana dia kat rumah? (TMPB)

Papan notis TMPB.

Uhhh.. ok juga keputusan saya ni.. (TMPB)

Haaaa!! Siapa dapat bouquet tu? (TMPB)

Bergambar kenangan sebelum balik. (TMPB)

Panjang ni saya nak tulis, boleh cikgu? (TM)

Ok senyum.. cikgu nak ambil gambar ni.. (TM)

Sesi perbincangan dengan para ibu. (TM)

Guru-guru TPB Taman Mawar sesi 2019.

Papan notis TPB TM.

Nak tulis apa ya? (TKM)

Boleh tolong ambilkan gambar kami? (TKM)

Ok.. jumpa pun nama anak saya.. (TKM)

Alamak cikgu, jangan tengok dulu apa yang saya nak tulis ni. (TKM)

Antara para ibu yang datang untuk berjumpa dengan guru kelas. (TKM)

Guru kelas pun ambil kesempatan bergambar dengan anak muridnya. (TKM)

Papan notis TPB TKM.

Cepat dik, kita ambil gambar, kejap lagi giliran kita jumpa cikgu. (TIPB)

Saya tulis no komen boleh? (TIPB)

Alhamdulillah, ramai yang datang. (TIPB)

Papan notis TIPB.

Hai para ibu bapa.. saya sedia menanti kedatangan anda semua. (TIPB)

Pukul berapa ya sekarang ni cikgu ? (TIMB)

Puan boleh tengok dahulu keputusannya ni.. (TIMB)

Ok.. Alhamdulillah ini keputusan anak kami.. (TIMB)

Hehe.. habislah saya.. mama tengah report aktiviti saya kat rumah pada cikgu.. (TIMB)

Papan notis TIMB.

Senyum semua.. (TIMB)

Papan notis TIB.

Guru-guru TIB sesi 2019.

Macam mana, ok tak prestasi anak encik? (TIB)

Sempat tengok sekali lagi papan notis sebelum balik. (TIB) 
Sambutan yang menggalakkan. (TIB)

Kita abadikan kenangan di sini. (TIB)

Cuba teka siapa kami? (TIB)
Di sini kami kongsikan video sekitar hari terbuka semester 2 yang lalu.



Ketika ini murid-murid dan para guru di setiap cawangan sedang sibuk berlatih untuk acara penutup tahunan kami, Hari Anugerah Cemerlang 2019. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang memberi keizinan anak-anak 6 tahun untuk terlibat dalam acara terakhir mereka bersama rakan-rakan sekelas. Mari kita sama-sama nantikan persembahan mereka!

~ Cikgu Norifah~










 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon