Thursday, October 3, 2019

WAH, HEBATNYA KAMU!


Bismillahirrahmanirrahim.



Pertandingan Sempoa datang lagi!! Habislah semuanya hampir terbelit-belit, baik anak-anak murid, para guru dan tak ketinggalan para ibu bapa yang terlibat sama dalam pertandingan ini. Bagi para guru yang melatih para peserta sempoa di tadika, habis speed bacaan dipraktikkan kerana masing-masing tahu akan kelajuan para pembaca soalan ketika pertandingan nanti. Bagi para peserta sempoa pula jari jemari perlu siap sedia dengan kepantasan nombor-nombor yang bakal keluar dari mulut guru yang melatih.

Guru-guru sedang sibuk menyiapkan para peserta sebelum pertandingan bermula.

Ok.. last check sebelum kita mula ya!

Penanda kertas dan pengadil pun sudah sedia.

Para peserta pun sudah sedia nak beraksi di pentas.
Puan Suhaila merasmikan pertandingan.

Para penari dari TPB Taman Scientex 1 yang bertanggungjawab membuka pertandingan. 

Seronok sebenarnya bila latih murid untuk pertandingan sempoa ni, keterujaan mereka nak jawab soalan yang diberi sebenarnya lebih dari yang kita nampak di atas pentas, mungkin kerana suasana persekitaran di tadika adalah suasana yang ‘familiar’ bagi mereka, dan bila berada di atas pentas, ‘stage fright’ pasti akan ada.

Lisan pentas sempoa ribu sedang berlangsung.

Masing-masing fokus untuk menjawab soalan.

Suasana di atas pentas.

Saringan sempoa ribu ( 6 Bistari)

Peringkat akhir sempoa ribu (6 Bistari)
Lisan pentas sempoa ratus (6 Tahun)

Cikgu, cepatlah baca soalan.. kami dah sedia ni.

Saringan sempoa ratus (6 Tahun)

Peringkat akhir sempoa ratus (6 Tahun)

Penerangan dari Pn Suhaila sebelum kategori sempoa ibubapa bermula.

Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam pertandingan tahun ini.

Wakil dari pihak bapa.

Seronok ya ibu-ibu kita nak jawab soalan.

Kategori sempoa ibubapa vs anak.

Sempat lagi senyum sementara tunggu soalan dibaca.

Eh.. alamak.. laju pula soalan cikgu ni baca.

Hah..siapa yang angkat kad dulu tu?

 Congak juga tak kurang hebatnya. Dari terkial-kial murid cuba mengira menggunakan jari, hingga ada yang nak gunakan jari kaki, sampailah mereka faham teknik pengiraan congak. Progres mereka dari hari ke sehari sebenarnya membanggakan guru-guru walaupun pada hari pertandingan mereka tidak dapat beraksi sehingga ke peringkat akhir.


Ok, sedia.. jom kira!

Duduk elok-elok, jangan sampai terjatuh masa tengah jawab soalan.

Alhamdulillah, ramai yang datang dan berikan sokongan kepada para peserta.

Saringan congak.

Peringkat akhir congak.

Tahun ini juga kami memperkenalkan kategori baru dalam Pertandingan Sempoa & Congak. Kami adakan pertandingan Speed Cups bagi murid-murid 5 tahun. Pertandingan ini juga menguji kepantasan deria melihat, ingatan dan pergerakan tangan mereka menyusun bentuk dan warna gelas-gelas yang dipaparkan mengikut gambar di kertas manila.


Kita beri para penonton dahulu tengok susunan warna ni.

Sekarang giliran para peserta pula.. jeng jeng jeng!!

Wah.. lajunya tangan mereka bergerak bila sudah tahu bentuk susunannya.

Oh.. pening pengadil.. siapa yang angkat kad dulu ni?

Aduh.. asyik asyik dia je dapat jawab dulu..

Peringkat akhir Speed Cups.. hebat tak buzzer baru kami?
Hasil kerja tangan staf kami, En. Hafidz.
Seperti biasa, untuk menenangkan keadaan sepanjang pertandingan, kami selang selikan dengan persembahan dari murid-murid. Cantik dan segak para penari cilik yang terlibat dengan pertandingan kali ini.

Para penari dari TS1, segaknya semua.

Comel pakaian para penari dari TMPB.
Kostum paling menarik perhatian dari TKM.

Manis-manis semua penari TIB.

Alhamdulillah, pertandingan berlangsung dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pertandingan ini dijalankan. Sokongan dari pihak ibubapa dan penjaga amat-amat kami hargai. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan para peserta yang beraksi di atas pentas.

Antara hadiah yang menanti para peserta.

Tersenyum gembira menanti giliran untuk ambil hadiah di atas pentas.

Para pengadil dan penanda kertas. Terima kasih!

Pemenang sempoa ribu & ibubapa vs anak :
Pertama - Adik Nur Aqasha bt Ahmad Reyme (TS2)
Kedua - Adik Wan Nur Sofea Humaira bt Wan Mahadi (TIPB)
Ketiga - Nur Amni Delisha bt Jailani (TS2)

Pemenang sempoa ratus:
Pertama - Adik Nur Aisyah Azry bt Abdur Rahman (TS2)
Kedua - Adik Damia Farhana bt Samsuhaili (TS2)
Ketiga - Adik Muhammad Danish Ashraf b Mohd Fauzi (TIPB)

Pemenang congak:
Pertama - Adik Puteri Nuha Alisha bt Megat Khairul Hisham (TM)
Kedua - Adik Naurah bt Khaidir (TIMB)
Ketiga - Adik Iman Firdaus b Mohd Suffiyan (TIMB)

Pemenang speed cups:
Pertama - Adik Muhammad Fatih Najmi b Johari (TM)
Kedua - Adik Muhammad Haziq Mursyid b Omar (TKM)
Ketiga - Adik Muhammad Rayyan Ikhwan b Mohd Zamri (TS2)

Pemenang sempoa ibubapa:
Pertama - Puan Nur Sarah bt Mohd Saari (TS1)
Kedua - Puan Haslinda bt Hassan (TM)
Ketiga - En Mohd Hadzi b Mohamad (TS1)
Di sini kami kongsikan video sepanjang pertandingan diadakan. 


Minggu ini dan juga minggu hadapan adalah minggu peperiksaan bagi murid-murid di MyBISTARI GROUP. Mari kita sama-sama doakan agar anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang. Selepas ini semua murid dan guru-guru akan kembali sibuk dengan latihan majlis penutup tahunan, Hari Anugerah Cemerlang 2019. Semoga segalanya dipermudahkan.

~Cikgu Norifah~











0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon