Wednesday, September 18, 2019

YANG PENTING USAHA!


Bismillahirrahmanirrahim.

Jom meramaikan suasana!

Debaran semakin terasa! Masa sudah agak singkat untuk anak-anak murid kami berlatih dan menguasai kategori yang bakal mereka tandingkan. Bukan sahaja pihak murid-murid dan ibu bapa yang bertungkus lumus membuat latihan, perkara yang sama juga dialami oleh para guru. Masing-masing mahu wakil didikan mereka dapat buat yang terbaik semasa pertandingan nanti.

Latihan tarian juga sedang giat dijalankan. (TS1)

Comel-comel para penari kita ni. (TS1)

Haaaaa.. ada buat salah apa tu sampai minta maaf tunduk macam tu? (TIMB) 

Jangan tarik marker pen ni kuat-kuat sangat, nanti tercabut. (TIMB)

Wahhh.. penari perempuan dah siap bajunya.. (TKM)

Eh awak.. kena pusing belakang lah.. (TKM)

Everybody says, "Aaaeeyooooooo" (TIB)

Ok, sedia semua!! (TIB)

Ada juga yang berputus asa dengan latihan yang kerap dilakukan, hinggakan tidak mahu hadir ke sekolah dan menangis apabila dipanggil untuk membuat latihan. Tapi berkat kata-kata dorongan dan motivasi dari pihak guru, semangat itu muncul semula. 

Cikgu, cikgu.. boleh ulang balik soalannya? (TIB)

Ok cikgu, saya dah sedia.. sila baca soalannya. (TIB)


Lepas 7.. 8.. 9.. (TIMB)

Allahumma bariklana.. eh.. saya terbaca doa makan pula cikgu! (TIMB)

Eh.. kenapa dia lebih  keluarkan jari? (TIPB)

Baru perasan, panjang dah kuku saya. (TIPB)

Jom buat latihan  kira ramai-ramai. (TKM)

Assalamualaikum cikgu, saya tahu jawapannya. (TM)

Saya cikgu!! Saya cikgu!! Nampak tak ni saya angkat tangan! (TM)
Aduh.. lupa pula nak kena tambah berapa tadi? (TMPB)

Cikgu.. bacalah soalan perlahan-lahan.. (TMPB)

Cikgu, saya dapat jawapannya! (TNPB)

Isk.. susah pula soalan kali ni. (TNPB)

Cepat kira!! Siapa yang dapat angkat tangan dulu!! (TS1)

Errr.. kami nak senyum dulu ke nak kira dulu?
Macam susah je nak buat serentak. (TS1) 

Kira tadi dah betul, kenapa bila tulis salah pula ni? (TS2) 

Perkara ini juga berlaku kepada salah seorang murid yang juga anak kepada staf kami. Hinggakan ibunya sudah menghubungi guru kelas, ingin menarik keluar nama anaknya dari mewakili cawangan tersebut, tetapi hasil dari pujukan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru kelasnya, murid tersebut kembali bersemangat untuk berlatih.

“Yang penting usaha, mama..” katanya ketika sesi latihan di rumah bersama ibunya.

Betul tu, yang penting usaha. Itulah yang sedang rancak dilakukan di semua tadika kami ketika ini. Berusaha untuk lakukan yang terbaik. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan atas usaha dan kerja keras para guru dan ibu bapa.

Fokus mendengar soalan dari cikgu. (TIPB)

Eh, alamak.. ada yang ambil gambar kitalah, malu saya nak angkat tangan. (TIPB)
Ya, saya yakin dengan jawapan saya! (TM)

Cikgu, dia ni hebatlah.. sambil kira pun dia boleh angkat tangan. (TM)
Ok, sila berikan tumpuan.. cikgu nak baca soalan ni. (TMPB)

Ibu siap datang ke tadika untuk mantapkan  lagi skill sempoa. (TMPB)

Ya... semangat beginilah yang kita cari!! (TMPB)
Seriusnya dia jawab soalan. (TNPB)

Mari kita buat finger drilling! (TNPB)
Kita lembutkan jari jemari dulu di manik sempoa ya. (TS1)

Kita tengok kali ni siapa yang menang!! (TS1)

576, 202 minus 398, answer..! (TS2)

Cikgu, loceng ni tak nak berbunyi! (TS2) 

Ingat ya perjanjian kita, kalau dapat masuk final cikgu
belanja nasi ayam penyet.(TS2)
Pada tahun ini juga ada satu kategori baru yang diperkenalkan. Kategori untuk para murid 5 tahun; Speed Cups. Apa itu Pertandingan Speed Cups? Secara amnya, pertandingan Speed Cups ini melibatkan para peserta menyusun gelas-gelas plastik mengikut corak dan warna yang ditetapkan. Kepantasan mata, tangan, dan ingatan amat penting  pertandingan ini. Haaaa.. sama-sama nanti kita saksikannya. 

Nak buat macam mana ni cikgu? (TIB)


Ok, sedia untuk bentuk yang seterusnya. (TIB)
We are ready!!(TIMB)
 
Gelas biru pekat kemudian baru gelas biru cair. (TIMB)
 
Ala.. dia dapat tekan loceng dulu.. (TIPB)

Kejap cikgu tengok susunan siapa yang betul. (TKM)

Saya siap dulu... saya siap dah!! (TM)

Mengelirukanlah gambar ni cikgu.. (TM)

Eh.. sayalah yang siap dulu.. biar saya tekan loceng ni.. (TMPB)
Memang semua gelas eh cikgu? Pinggan takde ke? (TS2)

Cuba teka bawah gelas mana ada guli? (TS2)

Di sini juga kami kongsikan video pertandingan dari tahun sebelumnya.

Pertandingan Sempoa & Congak 2018


Pertandingan Sempoa & Congak 2017


Semoga segala usaha yang ikhlas dari semua pihak membuahkan hasil. Jom sama-sama kita meriahkan lagi Pertandingan Sempoa & Congak 2019 yang bakal berlangsung pada 21hb September 2019 (Sabtu) nanti! 

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon