Showing posts with label PKJR. Show all posts
Showing posts with label PKJR. Show all posts

Tuesday, October 10, 2023

PERLAKUAN SELAMAT DI JALAN RAYA (PKJR)

 

Simbol-simbol jalan raya.

Assalamualaikum

Apa khabar semua, sihat?

Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Almaklumlah keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu bertambah pula musim jerebu yang sedang melanda di Pasir Gudang sekarang ini. Jaga diri semua!!

Berbalik pada blog kita pada hari ini, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang tema mingguan perhimpunan di Mybistari Group yang telah dijalankan pada hari Ahad lepas iaitu berkaitan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang bertemakan topik pengenalan simbol papan tanda dan perlakuan selamat dan tidak selamat di jalan raya kepada anak-anak.

Topik pada kali ini, anak-anak telah didedahkan tentang fungsi setiap simbol papan tanda seperti simbol berhenti,simbol lampu isyarat, simbol bonggol, simbol dilarang masuk, simbol kanak-kanak melintas jalan dan simbol dilarang memotong.

Selain itu, anak-anak turut diberi penerangan tentang perlakuan selamat dan tidak selamat ketika di jalan raya, seperti penggunaan topi keledar, beratur ketika menaiki bas, melintas jalan bersama-sama dengan orang dewasa dan sebagainya.

Manakala perlakuan yang tidak selamat pula seperti tidak menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal atau memakai topi keledar tetapi tidak mengikat tali dengan kemas, tidak beratur dan bertolak-tolak ketika menaiki bas serta melintas jalan bersendirian.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang sesi perhimpunan ini diadakan.

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Intelek)

Simbol kanak-kanak melintas jalan cikgu. (TH Intelek)

Apa yang perlu kita lakukan jika melintas jalan? (TH Cemerlang)



Kenderaan perlu berhenti jika nampak simbol ini. (TH Ilmu)

Semangat Cikgu Nurin beri penerangan. (TH Ilmu)

Eh awak buat apa tu? Pandang depan la. (TH Berjaya)

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Berjaya)

Yels cikgu kat sana ada bonggol. (TH Berjaya)

Betul ke perlakuan kanak-kanak ini melintas jalan? (TH Inovasi)


Fokus anak-anak di TH Bijaksana mendengar penerangan guru bertugas.



Semoga dengan sedikit penerangan dan pendedahan daripada guru-guru kepada anak-anak sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan di jalan raya.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Monday, September 11, 2023

WASPADA BUDAYA KITA

 

Assalamualaikum🌹

Buku panduan PKJR.

Apa itu PKJR?

PKJR adalah singkatan untuk Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.

Program ini diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh institusi pendidikan termasuklah tadika-tadika swasta.

Program PKJR ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Oleh itu, kami di Mybistari Group menyahut seruan kementerian untuk melakukan aktiviti pembelajaran PKJR ini bermula semester 2. Di mana setiap kali perhimpunan pada hari Ahad kami akan selitkan penerangan tentang PKJR ini mengikut topik yang diberikan berdasarkan buku panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada kami sebagai rujukan.

Sebelum itu, pada 10hb Jun 2023 yang lepas semua guru besar cawangan, penyelia dan beberapa orang staf pengurusan telah menyertai kursus PKJR ini untuk mengenali dan memahami dengan lebih terperinci tentang program ini sebelum diajarkan kepada semua murid-murid di MyBistari Group.

Kursus PKJR yang diadakan di Paragon International School.

Para guru besar dan staf pengurusan yang menyertai kursus ini.


Kursus melibatkan pengusaha dan tenaga pengajar tadika swasta negeri Johor.

Alhamdulillah, dengan kerjasama dari semua guru dan pihak pengurusan, program ini dapat kami laksanakan di semua cawangan Mybistari Group secara serentak untuk julung kalinya bermula Ahad lepas dengan topiknya Kegunaan Jalan Raya.

Objektif pembelajaran yang ingin di ketengahkan dalam topik ini adalah untuk menyatakan fungsi jalan raya, jenis-jenis kenderaan dan simbol-simbol yang terdapat di jalan raya. Selain itu, nilai sikap berhati-hati di jalan raya juga turut ditekankan di dalam topik ini agar anak-anak lebih cakna lagi tentang pentingnya keselamatan jalan raya terutama sewaktu anak-anak ingin melintas jalan.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini di jalankan.

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Bijaksana)

Dengar dengan baiknya,balik nanti boleh cerita dekat ibu dan ayah.
(TH Bijaksana)

Kenderaan apa yang bergerak di jalan raya? (TH Cemerlang)

Lebih mudah penerangan dengan menggunakan ABM kenderaan.
(TH Cemerlang)

Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. (TH Genius)

Bagus semuanya tangan letak dibelakang. (TH Genius)


Semangat cikgu-cikgu TH Ilmu membuat simulasi kenderaan memotong.


Lampu isyarat ada berapa warna? (TH Ilmu)

Ini simbol berhenti ya anak-anak. (TH Inovasi)

Ini pula simbol bonggol. Bermakna, kenderaan perlu perlahan. (TH Inovasi)

Cantik ABM cikgu-cikgu Intelek buat. Tahniah!!

Fokus betul ni. Tak berkelip mata. Hihihi (TH Intelek)

Lampu kuning tandanya apa? (TH Jaya)

Di TH Jaya giliran Cikgu Akasyah untuk memberi penerangan kepada murid.

Sebelum menaiki motosikal kita perlu pakai apa? (TH Pintar)

Pakai helmet cikgu. (TH Pintar)






Sampai di sini sahaja blog kita pada kali ini. Oh ya, sebelum itu ibu bapa jangan lupa bantu kami untuk isikan link borang kaji selidik tentang keberkesanan dan kesedaran tentang program PJKR ini terhadap anak-anak.

Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon