Assalamualaikum🌹
|
Buku panduan PKJR. |
Apa itu PKJR?
PKJR adalah
singkatan untuk Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Program ini
diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh institusi pendidikan
termasuklah tadika-tadika swasta.
Program PKJR
ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang
keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang
berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan
langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan
raya yang lain.
Oleh itu,
kami di Mybistari Group menyahut seruan kementerian untuk melakukan aktiviti
pembelajaran PKJR ini bermula semester 2. Di mana setiap kali perhimpunan pada hari
Ahad kami akan selitkan penerangan tentang PKJR ini mengikut topik yang
diberikan berdasarkan buku panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan
kepada kami sebagai rujukan.
Sebelum
itu, pada 10hb Jun 2023 yang lepas semua guru besar cawangan, penyelia dan beberapa orang
staf pengurusan telah menyertai kursus PKJR ini untuk mengenali dan memahami
dengan lebih terperinci tentang program ini sebelum diajarkan kepada semua
murid-murid di MyBistari Group.
|
Kursus PKJR yang diadakan di Paragon International School. |
|
Para guru besar dan staf pengurusan yang menyertai kursus ini.
|
|
Kursus melibatkan pengusaha dan tenaga pengajar tadika swasta negeri Johor. |
Alhamdulillah,
dengan kerjasama dari semua guru dan pihak pengurusan, program ini dapat kami
laksanakan di semua cawangan Mybistari Group secara serentak untuk julung kalinya
bermula Ahad lepas dengan topiknya Kegunaan Jalan Raya.
Objektif pembelajaran yang ingin di ketengahkan dalam topik ini adalah untuk menyatakan fungsi jalan raya, jenis-jenis kenderaan dan simbol-simbol yang terdapat di jalan raya. Selain itu, nilai sikap berhati-hati di jalan raya juga turut ditekankan di dalam topik ini agar anak-anak lebih cakna lagi tentang pentingnya keselamatan jalan raya terutama sewaktu anak-anak ingin melintas jalan.
Jom kita lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini di jalankan.
|
Siapa tahu ini simbol apa? (TH Bijaksana) |
|
Dengar dengan baiknya,balik nanti boleh cerita dekat ibu dan ayah. (TH Bijaksana) |
|
Kenderaan apa yang bergerak di jalan raya? (TH Cemerlang) |
|
Lebih mudah penerangan dengan menggunakan ABM kenderaan. (TH Cemerlang) |
|
Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. (TH Genius) |
|
Bagus semuanya tangan letak dibelakang. (TH Genius)
|
|
Semangat cikgu-cikgu TH Ilmu membuat simulasi kenderaan memotong. |
|
Lampu isyarat ada berapa warna? (TH Ilmu) |
|
Ini simbol berhenti ya anak-anak. (TH Inovasi) |
|
Ini pula simbol bonggol. Bermakna, kenderaan perlu perlahan. (TH Inovasi) |
|
Cantik ABM cikgu-cikgu Intelek buat. Tahniah!! |
|
Fokus betul ni. Tak berkelip mata. Hihihi (TH Intelek) |
|
Lampu kuning tandanya apa? (TH Jaya) |
|
Di TH Jaya giliran Cikgu Akasyah untuk memberi penerangan kepada murid. |
|
Sebelum menaiki motosikal kita perlu pakai apa? (TH Pintar) |
|
Pakai helmet cikgu. (TH Pintar) |
Sampai di sini sahaja blog kita pada kali ini. Oh ya, sebelum itu ibu bapa jangan lupa bantu kami untuk isikan link borang kaji selidik tentang keberkesanan dan kesedaran tentang program PJKR ini terhadap anak-anak.
Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment