Assalamualaikum 😀
 |
Bergambar kenangan bersama guru kelas sebelum tamat belajar. (TH Jaya) |
“Eh ada cikgu
baru la.”
“Nama cikgu
siapa?’
“Cikgu,
Cikgu nak buat apa tu?”
Bertalu-talu
pertanyaan anak-anak murid setiap kali saya datang ke cawangan. Tambah pula pada
kali ini saya datang dengan membawa peralatan fotografi banyaklah persoalannya.
Hihihi
Alhamdulillah
selesai sudah sesi fotografi semester 2 yang telah berlangsung selama 8 hari
bermula dari Tadika Hebat Genius dan diakhiri di Tadika Hebat Jaya.
Pelbagai
kerenah dan gelagat anak-anak sepanjang sesi fotografi ini diadakan yang
teruja, berdebar-debar dan yang paling mencabar murid menangis. Puas sudah cikgu-cikgu memujuk masih tetap menangis juga, tak tahulah apa yang ditakutkan
sangat tu. Hihihi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar murid ini kemudian bersama-sama murid yang tidak hadir. Harap pada hari tersebut mood murid dalam keadaan yang baik.
Untuk pengetahuan ibu bapa, gambar-gambar ini akan diserahkan pada hari terbuka semester kedua nanti. Bolehlah gambar ini digantung di rumah sebagai kenangan di tadika untuk anak-anak.
Terima kasih juga kepada semua guru besar dan guru-guru cawangan yang memberi kerjasama sepanjang sesi fotografi ini diadakan.
Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang sesi fotografi ini diadakan.
 |
Senyum sikit sayang cikgu. (TH Jaya) |
 |
Kekemasan murid yang penting untuk kelihatan cantik di dalam gambar. (TH Jaya)
|
 |
Comelnya anak-anak menggayakan jubah konvo. (TH Ilmu) |
 |
Manis senyumannya. (TH Ilmu) |
 |
Eh kenapa pejam mata tu? (TH Ilmu) |
 |
Fokus Cikgu Dini memakaikan anak murid topi. (TH Ilmu) |
 |
Awak buat gaya mini love macam ni. (TH Intelek) |
 |
Rendahkan sikit tangan tu, tak nampak muka. (TH Intelek) |
 |
Okay sayang berdiri di sini, pandang kamera. (TH Intelek) |
 |
Bukan senang ya nak betulkan posisi murid untuk bergambar. (TH Cemerlang) |
.jpeg) |
Bersabar menunggu giliran. (TH Cemerlang) |
 |
Okay awak buat peace macam ni. (TH Cemerlang) |
 |
Candid sementara menunggu giliran. (TH Bijaksana) |
.jpeg) |
Okay awak buat macam ni. (TH Bijaksana) |
 |
Sempat lagi buat peace. Tahu je cikgu nak ambil gambar. (TH Bijaksana) |
 |
Hensem anak-anak cikgu. (TH Pintar) |
 |
Meh sini cikgu betulkan topi awak. (TH Pntar) |
 |
Kembar lelaki di Tadika Hebat Pintar. (TH Pintar) |
.jpeg) |
Kami kembar juga. (TH Inovasi)
|
 |
Jangan tukar tempat tau, cikgu dah susun ikut senarai nama. (TH Inovasi) |
Apalagi jom support kami...Jangan lupa like, comment and share. 😍
Sekian terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment