Thursday, September 7, 2023

APA ITU 3M?

 Assalamualaikum🌹

3M target kami untuk anak-anak yang menuntut ilmu di sini.

Ibu ayah tahu tak apa itu 3M yang diterapkan di Mybistari Group?

M- yang pertama adalah murid boleh membaca.

M- yang kedua adalah murid boleh menulis.

M- yang ketiga adalah murid boleh mengira.

Pentingnya 3M ini untuk persediaan anak-anak melangkah ke darjah 1 nanti. Hal ini adalah kerana kebanyakan info-info yang kami terima daripada guru-guru sekolah rendah hampir 30% anak-anak yang berusia 7 tahun yang memasuki sekolah rendah masih belum menguasai 3M.

Oleh sebab inilah, kami mengambil pendekatan untuk menerapkan nilai 3M di tadika kami. Sekurang-kurangnya kami dapat membantu kurangkan bebanan guru-guru di sekolah rendah disamping melahirkan anak-anak yang menguasai 3M.

Namun bukan mudah untuk melahirkan anak-anak yang menguasai 3M jika tidak ada bantuan dan sokongan daripada ibu bapa. Sebab itulah, dari awal tahun lagi pihak tadika berusaha untuk mengadakan program bersama ibu bapa untuk program bacaan mahupun pengiraan (sempoa).

Alhamdulillah, setakat hari ini lebih daripada separuh murid 5 tahun kami sudah boleh membaca dengan lancar.

Seperti yang ibu ayah boleh lihat di dalam video yang saya kongsikan di atas. Video tersebut adalah video murid 5 Bistari yang boleh mengetuai bacaan arahan di dalam kelas sewaktu PdP berlangsung. Hebatkan!

Selain itu, dari segi penulisan murid juga kekemasan sangat dititikberatkan. Di sini anak-anak perlu menulis sentuh garisan dalam setiap penulisan yang di buat.

Jom lihat hasil tulisan murid setelah 6 bulan sesi persekolahan berlangsung.


Hasil penulisan murid di TH Intelek.


Practice make perfect. Tahniah!

Oleh itu, kami mohon kerjasama dari ibu bapa untuk bersama-sama kami membantu anak-anak dalam menguasai 3M ini. Jom ibu ayah, bantu kami agar anak-anak dapat menguasai 3M dengan cepat. ANAK HEBAT dari ibu ayah yang hebat.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon