Assalamualaikum.
|
Pelajar UTEM bersama murid kelas 6 Bistari. |
Peluang keemasan tidak akan kami lepaskan.
Alhamdulillah pada 5hb September lepas, cawangan kami di Taman Bukit Dahlia iaitu di Tadika Hebat Inovasi telah terima kunjungan dari pelajar akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka iaitu Hadif Fakhri.
Tujuan pelajar ini hadir ke tadika adalah untuk menjalankan kaji selidik berkenaan education application iaitu easy math yang melibatkan operasi tambah dan tolak melibatkan murid-murid 5 dan 6 tahun.
Untuk pengetahuan ibu bapa, aplikasi ini dicipta untuk projek akhir pelajar ini. Bagi melihat hasil projek ini sudah tentu pelajar ini, memerlukan golongan kanak-kanak untuk mencuba keberhasilan aplikasi yang dicipta.
Oleh itu, pelajar ini telah memilih Tadika Hebat Inovasi untuk mencuba aplikasi yang dicipta ini. Aplikasi ini juga dicipta untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar menggunakan gadjet.
Alhamdulillah anak-anak di TH Inovasi sangat teruja dan seronok dengan aplikasi yang dicipta oleh pelajar ini.
Jom lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.
|
Hadif Fakhri bersama guru-guru di Tadika Hebat Inovasi. |
|
Hadif Fakhri turut dibantu oleh Muhammad Fahmi. |
|
Betul tak jawapan saya ni abang Fahmi? |
|
Mana satu ya jawapan yang betul? |
|
Kira dahulu sebelum memilih jawapan. |
|
Betul-betul fokus ni. |
|
Inilah aplikasi yang dicipta oleh Hadif Fakhri- sesuai untuk anak-anak tadika. |
|
Terima kasih abang Hadif Fakhri. |
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hadif Fakhri kerana sudi memilih tadika kami untuk program easy math ini. Semoga anda beroleh kecemerlangan di dalam bidang yang diceburi nanti.
Sekian terima kasih 🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment