Monday, June 29, 2026

CERITA DISEBALIK KEPUTUSAN

Poster Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru.

 

Hari Temu Mesra Ibu Bapa & Guru Semester 1/2026: Bersama Melakar Kejayaan Si Cilik Hebat

4 Jun 2026 (Khamis) menjadi satu lagi tarikh penting dalam kalendar MyBistari apabila berlangsungnya Hari Temu Mesra Ibu Bapa dan Guru Semester 1/2026 yang dinanti-nantikan oleh ibu ayah serta para guru.

Alhamdulillah, keputusan Penilaian Semester 1 telah diumumkan sehari sebelum program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua Si Cilik Hebat yang berjaya meraih kedudukan Top 3 di dalam kelas. Syabas atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan!

Bagi anak-anak yang belum berjaya mencapai kedudukan tersebut, jangan berasa kecewa. Perjalanan pembelajaran masih panjang dan masih ada peluang untuk terus memperbaiki prestasi pada penilaian akhir tahun nanti. Yang penting, teruskan berusaha, rajin mengulang kaji dan sentiasa mendengar tunjuk ajar guru.

Seawal jam 8.00 pagi, kawasan tadika sudah mula dibanjiri oleh ibu ayah yang hadir untuk berjumpa guru kelas serta mengambil keperluan bagi Semester 2. Walaupun program diadakan pada hari bekerja, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Ada ibu ayah yang singgah sebentar sebelum memulakan tugas di tempat kerja, semata-mata untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkembangan anak tersayang.

Pelbagai reaksi dapat dilihat pada wajah Si Cilik Hebat pada pagi tersebut. Ada yang hadir dengan senyuman ceria, ada yang kelihatan sedikit gementar, dan ada juga yang malu-malu untuk berjumpa guru. Maklumlah, sudah lama bercuti!

Istimewanya kali ini, Founder MyBistari, Puan Zainun, telah bermurah hati menghadiahkan belon kepada setiap Si Cilik Hebat yang hadir sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis buat mereka. Terima kasih Puan Zainun atas perhatian dan kasih sayang yang sentiasa diberikan kepada anak-anak MyBistari.

Melihat wajah ceria mereka memegang belon selepas sesi perjumpaan bersama guru benar-benar menceriakan suasana. Hilang sudah rasa takut dan malu, yang tinggal hanyalah senyuman gembira. Hihi!

Sesungguhnya, sesi perbincangan antara ibu bapa dan guru merupakan satu platform yang sangat penting. Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam memahami perkembangan anak-anak, mengenal pasti kekuatan serta perkara yang perlu diperbaiki, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik demi membantu mereka mencapai potensi yang lebih cemerlang.


Papan notis keputusan mengikut kelas. (TH Bijaksana)

Bergambar kenangan di photobooth yang disediakan. (TH Bijaksana)

Di TH Kreatif ada ruangan ucapan untuk ibu ayah tuliskan untuk anak-anak.

Wah! Semangat adik kita ni siap pakai uniform sekolah. (TH Kreatif)

Ibu ayah fokus mendengar penerangan dari guru. (TH Kreatif)

Saya malu la cikgu...cikgu cerita pasal saya. (TH Kreatif)

Selepas jumpa guru kelas, jangan lupa ambil keperluan semester 2. (TH Intelek)

Perkongsian demi perkongsian dikongsi bersama. (TH Intelek)

Bukan ibu sahaja fokus, anak pun fokus mendengar penerangan guru. (TH Intelek)

Bergambar kenangan bersama keluarga sebelum pulang. (TH Intelek)

Setiap perkongsian antara guru dan ibu bapa adalah langkah kecil ke arah kejayaan besar anak.
(TH Ilmu)

Cikgu Nurin membacakan markah setiap subjek yang diperoleh oleh murid. (TH Ilmu)

Tak putus-putus ibu ayah yang hadir di TH Inovasi.

Bergambar dipapan notis bukti kecemerlangan yang berjaya dicipta. (TH Inovasi)

Perbincangan yang penuh makna antara guru dan ibu bapa demi perkembangan
si cilik hebat. (TH Inovasi)

Sabar ya ibu ayah menunggu giliran untuk berjumpa guru kelas. (TH Pintar)

Comel gift yang disediakan oleh guru kelas untuk penghargaan kepada murid. (TH Pintar)


Perjumpaan bukan sekadar jumpa, tetapi dapat eratkan lagi hubungan silaturrahim antara
ibu bapa dan guru. (TH Pintar)

Amboi, meriahnya photobooth di Tadika Hebat Cemerlang!
Sempat lagi guru-guru bergambar.


Walaupun bekerja sempat ayah datang ke tadika untuk hadir berjumpa dengan guru kelas.
(TH Cemerlang)

Sebelum masuk, pastikan ke kaunter pendaftaran untuk isi buku kehadiran dan dapatkan
nombor giliran. (TH Genius)

Setiap analisa membuka ruang untuk perkembangan yang lebih baik. (TH Genius)

Perkongsian yang telus dan jujur membuka ruang kepada perkembangan terbaik buat si cilik.
(TH Genius)

Sempat Puan Zainun turun padang untuk beramah mesra dengan ibu-ibu yang hadir.
(TH Inovasi)

Wah, dapat belon dan hadiah dari guru la!

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu ayah yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bertemu dengan guru kelas Si Cilik Hebat. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan perkembangan anak-anak sentiasa berada pada landasan yang terbaik.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat Si Cilik Hebat pada masa hadapan. InshaAllah.

Sekian, Terima Kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                  (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon