 |
| Full house Dewan Al Fatih. |
Bila Ibu Ayah Belajar, Anak Lebih Mudah Berjaya
Alhamdulillah, Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Sempoa K1 telah berjaya dilaksanakan pada 13 dan 14 Jun 2026 di Dewan Al Fatih, MyBistari Legacy. Bagi memudahkan penyertaan, kami membuka dua pilihan tarikh supaya lebih ramai ibu ayah dapat meluangkan masa hadir bersama-sama kami demi perkembangan pembelajaran si cilik.
Program dimulakan dengan slot parenting yang disampaikan oleh Cikgu Tamizi bertajuk "Mengapa Kita Dididik Menjadi Pekerja, Bukan Pemikir?". Perkongsian yang membuka minda ini mengajak ibu ayah melihat semula cara kita membentuk anak-anak agar bukan sekadar menjadi individu yang mengikut arahan, tetapi mampu berfikir, menyelesaikan masalah dan berani mencipta peluang. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan berharga dalam mendidik anak-anak di rumah.
Seterusnya, ibu ayah diberi penerangan mengenai silibus pembelajaran MyBistari. Penerangan ini disampaikan oleh Cikgu Syafini pada hari pertama dan Cikgu Faridah pada hari kedua program. Tujuan sesi ini adalah supaya ibu ayah lebih memahami hala tuju pembelajaran di MyBistari serta visi dan misi kami dalam melahirkan murid yang menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) seawal mungkin dan persiapan dan pengukuhan sebelum melangkah ke Tahun 1. Apabila ibu ayah memahami apa yang dipelajari oleh anak-anak, proses bimbingan di rumah akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
Sebelum memasuki sesi utama, ibu ayah diberikan masa selama 30 minit untuk berehat sambil menikmati jamuan yang telah disediakan. Turut dipamerkan ialah buku-buku testimoni dan hasil kerja murid sebagai rujukan dan inspirasi kepada ibu ayah untuk melihat sendiri perkembangan pembelajaran yang telah dicapai oleh anak-anak di MyBistari.
Tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu kelas Teknik Pengajaran Sempoa K1 yang dikendalikan oleh Cikgu Tamizi. Pada awalnya, ramai yang merasakan sempoa agak sukar untuk dipelajari. Namun, dengan teknik penyampaian yang santai, jelas dan penuh pengalaman, suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan.
Pelbagai gelagat ibu ayah dapat dilihat sepanjang sesi berlangsung. Ada yang pantas menguasai teknik sehingga boleh digelar "otai sempoa", ada yang masih mencari rentak sambil tersenyum malu, ada yang begitu teruja setiap kali berjaya menyelesaikan latihan, dan tidak kurang juga yang sesekali membuat kiraan "tersasar". Gelak tawa memenuhi dewan, menjadikan sesi pembelajaran lebih santai dan bermakna. Siapa tahu, selepas ini bolehlah kita buka Pertandingan Sempoa Kategori Ibu Bapa pula!
Sesungguhnya, pendidikan anak bukanlah tanggungjawab guru semata-mata. Apabila guru dan ibu ayah bergerak seiring, anak-anak akan menerima bimbingan yang konsisten sama ada di sekolah mahupun di rumah.
.jpeg) |
| Daftar di kaunter pendaftaran untuk dapatkan fail program. |
 |
| Kehadiran ibu ayah disambut ceria oleh cikgu-cikgu MyBistari. |
 |
| Slot parenting yang disampaikan oleh Cikgu Tamizi. |
.jpeg) |
| Tepukan semangat dari ibu ayah yang hadir. |
 |
| Santai Cikgu Afiqah mengendalikan program. |
 |
| Cikgu Syafini menerangkan silibus kepada ibu ayah pada program hari pertama. |
.jpeg) |
| Cikgu Faridah pula memberi penerangan silibus pada hari kedua program. |
 |
| Selamat menjamu selera. |
 |
| Sambil makan cikgu-cikgu menghulurkan air panas teh dan kopi untuk ibu ayah. |
.jpeg) |
| Sempat Pn Zainun beramah mesraa bersama ibu-ibu hebat. |
 |
| Di belakang dewan juga kami ada buka jualan buku cerita pendek dan suku kata jawi. |
 |
| Kelas sempoa bermula. |
.jpeg) |
| Teknik demi teknik diajarkan. |
 |
| Soalan random untuk ibu ayah jawab hanya menggunakan sempoa. |
.jpeg) |
| Eh... bukan macam tu. Cuba gerakkan manik ni pula!😄 |
.jpeg) |
| Jangan malu bertanya, jika tidak faham. |
.jpeg) |
| Fokus jawab soalan. |
 |
| Guru sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar. |
.jpeg) |
| Steady ibu-ibu menjawab soalan. |
 |
Pergi kelas sempoa ibu happy, balik nanti ajar anak jangan jadi singa pula. Opps...gurau je! 😂 |
 |
| Sesi soal jawab bersama founder MyBistari, Pn Zainun. |
 |
| Barisan guru yang bertugas untuk program hari kedua. |
Terima kasih kepada semua ibu ayah yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membimbing anak-anak di rumah. InshaAllah, dengan kerjasama yang erat antara guru dan ibu ayah, kita mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah hebat dari segi sahsiah, pemikiran dan masa depan.
Sekian, terima kasih. 🌹
FROM ZERO TO HERO (Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment