Showing posts with label Aktiviti 6 Tahun. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti 6 Tahun. Show all posts

Thursday, March 27, 2025

DEKO KELAS MENJELANG HARI RAYA!

Tekun mewarna sampul raya.

Keseronokan Menjelang Hari Raya: Kreativiti Anak-anak dalam Membuat Kad, Sampul Duit Raya & Menghias Kelas

Hari ini, keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak apabila mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti sempena Hari Raya yang bakal tiba. Suasana kelas bertukar meriah dengan gelak tawa dan semangat gotong-royong mereka!

Anak-anak 5 tahun terlebih dahulu diberikan kad ucapan Hari Raya yang dipenuhi ilustrasi menarik seperti ketupat, masjid, bulan dan bintang. Dengan pensel warna di tangan, mereka mula mewarna dengan penuh teliti, menghasilkan kad yang ceria dan penuh warna-warni. Setiap satu dihiasi dengan kreativiti tersendiri, menjadikan setiap kad begitu istimewa!

Murid 6 tahun pula bukan sahaja mewarna sampul duit raya, tetapi mereka juga mempunyai tugasan tambahan—menggunting dan menampal untuk membentuk sampul raya mereka sendiri. Dengan penuh semangat, mereka menggunting kertas yang telah diwarnakan, kemudian menampalnya menjadi bentuk sampul yang kemas.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga berganding bahu menghias kelas dengan pelbagai dekorasi bertemakan Hari Raya. Dari menggantung gantungan raya hingga menampal hiasan ketupat dan poster ucapan Hari Raya, setiap sudut kelas kelihatan begitu ceria dan berseri. Semangat kerjasama mereka menyerlah, menjadikan aktiviti ini lebih bermakna!


Sebelum mulakan aktiviti kita bergambar dahulu.

Warna cantik-cantik tau.

Eh betul ke warna ni?

Wah! Warna-warni tulisan ucapan raya.

Kad ucapan kami dah siap! Cantik tak cikgu?

Dah siap sampul tu, boleh la masukkan duit tu nanti.Hihi

Cantik-cantik sampul raya semua.

Awak cantik tak saya tampal kat sini?

Eh, smpai tak tu?

Cantik juga tampal kat sini.

Rajinnya tolong cikgu hias kelas,

Macam tak lekat je nak tampal kat sini.

Melihat keghairahan mereka hari ini, jelas sekali aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mendidik mereka tentang kreativiti, kerjasama, dan rasa keterujaan menyambut Aidilfitri. Semoga keceriaan ini terus mewarnai hati mereka sepanjang Syawal!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! Selamat bercuti dan semoga kita berjumpa lagi nanti. Hati-hati pulang ke kampung, jaga diri semua.

Sekian, terima kasih🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Sunday, October 13, 2024

RIANG RIA BERSAMA TONTI, TITTO & ROLLY!

Sayang betul anak-anak dengan maskot Rolly. (TH Cemerlang)

Throwback Jelajah Fanpekka ke Tadika Hebat MyBistari Group: Riang Ria Bersama Tonti, Titto & Rolly!

Dari 2hb hingga 10hb September 2024, Tadika MyBistari diserikan dengan kunjungan istimewa dari Fanpekka, lengkap dengan maskot kesayangan Tonti, Titto, dan Rolly! Kali kedua Fanpekka datang bertemu kami, anak-anak tadika tak dapat sembunyikan keterujaan mereka. Awal-awal kedatangan lagi murid sudah bertanya "Cikgu, mana Fanpekka?". Hihihi sabar ya anak-anak Fanpekka hadir dalam pukul 12.00 tengah hari nanti.

Oh ya, untuk kunjungan Fanpekka hanya murid sesi petang sahaja yang terlibat. Hal ini, adalah kerana faktor kekangan masa dari pihak Fanpekka untuk hadir pada kedua-dua sesi. Kami berharap ibuayah faham ya.

Misi Fanpekka kali ini bukan sekadar untuk menghiburkan anak-anak dengan aktiviti yang disediakan, tetapi juga untuk memberikan tiket masuk percuma selama 1 jam – wow! rezeki anak-anak sesi petang. Anak-anak bukan sahaja teruja mendengar cerita dan penerangan dari pihak Fanpekka, malah dapat menari bersama maskot. Selain itu, anak-anak perlu menjawab kuiz yang mencabar minda comel mereka berkenaan dengan Fanpekka untuk dapatkan hadiah. 

Namun begitu, pihak Fanpekka memohon maaf kerana tidak dapat keluarkan maskot untuk anak-anak di Tadika Hebat Genius. Hal ini disebabkan ada bahagian maskot tertinggal di store mereka. Tidak mengapalah yang penting anak-anak seronok dengan aktiviti yang Fanpekka sediakan, 

Hasilnya? Senyuman yang tak lekang dari wajah anak-anak! Tekanan hilang, keceriaan pun datang. Terima kasih Fanpekka, sampai jumpa lagi di lain waktu! 🎉

Walaupun tiada maskot anak-anak TH Genius tetap seronok dan bersemangat.

Siapa tahu ini gambar apa? (TH Genius)

Bersenam ke menari tu? (TH Genius)

Bergambar selepas betul menjawab soalan. (TH Genius)

Nampak keseronokan anak-anak dapat tiket percuma. (TH Genius)


Wah! ada maskot Titto la. (TH Inovasi)

Dengar dengan teliti tau penerangan tu. (TH Inovasi)

Wah! murid 4 tahun pun berjaya menjawab soalan. (TH Inovasi)

Dah pergi tebus ke belum tiket percuma tu? (TH Inovasi)

Depakan tangan untuk ambil ruang menari bersama Rolly. (TH Pintar)

Wakil murid TH Pintar yang berjaya menjawab soalan.



Bergambar kenangan bersama Rolly. (TH Pintar)

Bersemangat kakak Fanpekka bercerita. (TH Ilmu)

Berebut-rebut ya nak jawab soalan. (TH Ilmu)


Alamak yang kecil-kecil kat belakang tu tak nampaklah. (TH Ilmu)

Terima kasih Fanpekka bagi tiket percuma. (TH Ilmu)

Selepas ke TH Ilmu, Fanpekka ke TH Jaya pula.

Fokus anak-anak mendengar penerangan. (TH Jaya)

Sayang betul anak-anak dengan titto. (TH Jaya)

Jangan risau semua dapat ya. (TH Jaya)

Istimewa di TH Intelek ada permainan bola beracun.


Wah! seronok menari anak-anak TH Intelek & TH Kreatif.

Alamak dah terkeluar awal. (TH Intelek)

Eh kenapa takut maskot ke tu? (TH Kreatif)

Saya nak adik yang belakang tu untuk jawab soalan. (TH Cemerlang)

Anak-anak dah tak sabar nak dapat tiket masuk percuma. (TH Cemerlang)

Selamat tinggal tonti. (TH Cemerlang)

Eh malu-malu Tonti. (TH Bijaksana)

Macam-macam gaya anak-anak TH Bijaksana.


Seronok ya menari. (TH Bijaksana)

Ceria semua. (TH Cemerlang)









Macam mana anak-anak dah ajak ibuayah pergi tebus tiket yang dapat tempoh hari? Jika belum rasanya dah terlambat tiket sudah tamat tempoh.Hihihi

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Nantikan pula pelbagai aktiviti dan program yang bakal menyusul untuk semester 2 nanti.

Ibuayah jangan lupa support sosial media MyBistari Group dengan follow, like, comment & share.😍😍

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~






Wednesday, August 21, 2024

JOM BELAJAR SOLAT SUBUH

 Bismillahirrahmanirrahim

Bertafakur sementara menunggu kawan-kawan yang lain mengambil wudhuk. (TH Pintar)


Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”


Praktikal solat merupakan aktiviti untuk murid 6 tahun. Aktiviti ini dilakukan secara bertahap pada setiap tahun. Setiap murid 6 tahun wajib melakukan praktikal solat ini kerana guru kelas akan menilai pergerakan dan bacaan murid untuk diberikan gred terhadap kefahaman anak-anak dalam perlaksanaan solat ini.
Sejak dari awal semester lagi, anak-anak ditugaskan untuk menghafal bacaan dalam solat dan surah lazim secara berperingkat. Dari doa iftitah sehinggalah bacaan tahiyat akhir.Kini tibalah masanya kesemua hafalan dirangkumkan dalam praktikal solat diakhir semester ini.
Pada kali ini, praktikal solat subuh sahaja yang dilakukan oleh anak-anak 6 tahun. Praktikal solat yang lain akan menyusul pada semester kedua nanti. Jadi ada masa lagi untuk anak-anak memperbaiki bacaan dalam solat. Bagi anak-anak yang sudah hafal boleh praktikkannya di rumah agar tidak lupa bait-bait bacaan dalam solat.
Walaupun solat tidak diwajibkan untuk kanak-kanak tetapi sejak dari kecillah kita sebagai ibu ayah perlu mengajak anak-anak untuk menunaikan solat agar mereka tahu kewajipan mereka sebagai umat islam.
Semoga dengan adanya aktiviti praktikal solat dapat menyuntik semangat anak-anak menunaikan solat di rumah dan memberi pengalaman yang berharga untuk anak-anak.
Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang aktiviti ini dilakukan.
Sebelum mulakan solat kita ambil wudhuk dahulu ya. (TH Inovasi)

Rukun wudhuk terakhir cuci kaki ke buku lali. (TH Inovasi)

Berdiri tegak menghadap kiblat (TH Inovasi)

Meh sini cikgu betulkan telekungnya. (TH Pintar)

Iqamat dahulu sebelum mulakan solat. (TH Genius)

Posisi tangan pastikan betul. (TH Genius)


Posisi tangan ketika sujud ramai anak-anak silap. (TH Pintar)

Rukuk posisi badan perlu betul menegak 90 darjah. (TH Pintar)

Bacaan doa qunut tidak dilupakan. (TH Jaya)


Langkah yang berani untuk jadi imam. Tahniah! (TH Jaya)

Sujud dengan khusyuk ya. (TH Jaya)

Ambil mood untuk khusyuk dalam solat. (TH Ilmu)

Bacaan doa qunut diketui oleh imam cilik. (TH Ilmu)

Tahiyat akhir. (TH Bijaksana)

Berwarna-warni telekung murid perempuan. (TH Bijaksana)

Khusyuk masing-masing membaca doa qunut. (TH Intelek)

Cikgu juga sibuk memantau pergerakan murid. (TH Intelek)

Sentiasa ada yang memerhati. Hihihi (TH Intelek)

Eh pandang apa tu? (TH Cemerlang)

Menguap ke tu? hihi (TH Cemerlang)

Tugasan guru untuk membetulkan posisi murid. (TH Cemerlang)

Alhamdulillah selesai sudah praktikal solat subuh. (TH Bijaksana)

Selesai solat jangan lupa berdoa. (TH Pintar)



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon