Wednesday, August 21, 2024

JOM BELAJAR SOLAT SUBUH

 Bismillahirrahmanirrahim

Bertafakur sementara menunggu kawan-kawan yang lain mengambil wudhuk. (TH Pintar)


Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”


Praktikal solat merupakan aktiviti untuk murid 6 tahun. Aktiviti ini dilakukan secara bertahap pada setiap tahun. Setiap murid 6 tahun wajib melakukan praktikal solat ini kerana guru kelas akan menilai pergerakan dan bacaan murid untuk diberikan gred terhadap kefahaman anak-anak dalam perlaksanaan solat ini.
Sejak dari awal semester lagi, anak-anak ditugaskan untuk menghafal bacaan dalam solat dan surah lazim secara berperingkat. Dari doa iftitah sehinggalah bacaan tahiyat akhir.Kini tibalah masanya kesemua hafalan dirangkumkan dalam praktikal solat diakhir semester ini.
Pada kali ini, praktikal solat subuh sahaja yang dilakukan oleh anak-anak 6 tahun. Praktikal solat yang lain akan menyusul pada semester kedua nanti. Jadi ada masa lagi untuk anak-anak memperbaiki bacaan dalam solat. Bagi anak-anak yang sudah hafal boleh praktikkannya di rumah agar tidak lupa bait-bait bacaan dalam solat.
Walaupun solat tidak diwajibkan untuk kanak-kanak tetapi sejak dari kecillah kita sebagai ibu ayah perlu mengajak anak-anak untuk menunaikan solat agar mereka tahu kewajipan mereka sebagai umat islam.
Semoga dengan adanya aktiviti praktikal solat dapat menyuntik semangat anak-anak menunaikan solat di rumah dan memberi pengalaman yang berharga untuk anak-anak.
Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang aktiviti ini dilakukan.
Sebelum mulakan solat kita ambil wudhuk dahulu ya. (TH Inovasi)

Rukun wudhuk terakhir cuci kaki ke buku lali. (TH Inovasi)

Berdiri tegak menghadap kiblat (TH Inovasi)

Meh sini cikgu betulkan telekungnya. (TH Pintar)

Iqamat dahulu sebelum mulakan solat. (TH Genius)

Posisi tangan pastikan betul. (TH Genius)


Posisi tangan ketika sujud ramai anak-anak silap. (TH Pintar)

Rukuk posisi badan perlu betul menegak 90 darjah. (TH Pintar)

Bacaan doa qunut tidak dilupakan. (TH Jaya)


Langkah yang berani untuk jadi imam. Tahniah! (TH Jaya)

Sujud dengan khusyuk ya. (TH Jaya)

Ambil mood untuk khusyuk dalam solat. (TH Ilmu)

Bacaan doa qunut diketui oleh imam cilik. (TH Ilmu)

Tahiyat akhir. (TH Bijaksana)

Berwarna-warni telekung murid perempuan. (TH Bijaksana)

Khusyuk masing-masing membaca doa qunut. (TH Intelek)

Cikgu juga sibuk memantau pergerakan murid. (TH Intelek)

Sentiasa ada yang memerhati. Hihihi (TH Intelek)

Eh pandang apa tu? (TH Cemerlang)

Menguap ke tu? hihi (TH Cemerlang)

Tugasan guru untuk membetulkan posisi murid. (TH Cemerlang)

Alhamdulillah selesai sudah praktikal solat subuh. (TH Bijaksana)

Selesai solat jangan lupa berdoa. (TH Pintar)



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon