Tuesday, November 28, 2023

KERIUHAN PASAR MYBISTARI


Bismillahirrahmanirrahim
 

Market day 2023.

Mari beli, mari beli!

Beli satu percuma satu!

Jualan rahmah, harga promosi!

Begitulah kemeriahan anak-anak dalam mempromosi barang dagangan mereka. Seronok ya anak-anak berniaga, bertambah seronok jika jualan habis dijual. Hihihi

Alhamdulillah program yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad lepas 26 November 2023. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan barangan jualan untuk anak-anak berniaga. Semoga rezeki ibu bapa berlipat kali ganda.

Program ini bertujuan untuk mengajar murid cara berjual beli dan meningkatkan lagi keyakinan murid dalam berkomunikasi. Selain itu, program ini juga mengajar murid cara menguruskan kewangan.

Jika sebelum ini, kami menyediakan kupon untuk anak-anak berbelanja, tetapi untuk tahun ini kami membuat penambahbaikan dengan menyediakan wang tiruan seringgit dan 50 sen yang bernilai 6 ringgit untuk setiap murid kami. Dengan penambaikan ini, dapatlah murid-murid mengenal nilai wang secara tidak langsung.

Guru-guru pun tidak kurang hebatnya, pelbagai kreativiti yang ditonjolkan untuk menjayakan program ini. Dengan hiasan-hiasan gerai yang cantik dan ada juga cawangan yang sempat membuat roda cabutan bertuah. Tahniah cikgu-cikgu hebat kami!

Di sini saya kongsikan gambar dan video sepanjang program berlangsung.

Beli sayur untuk ibu ke tu? (TH Genius)

Sibuk penjual melayan pelanggan. (TH Genius)

Eh tengok apa tu? (TH Genius)

Yeah dah dapat duit! (TH Pintar)

Jom kita berbelanja. (TH Pintar)

Pusing roda ini untuk dapatkan cabutan bertuah. (TH Pintar)

Penat dah shopping, rehat dululah. (TH Inovasi)


Kreatif cikgu buat mesin cashier. (TH Inovasi)

Hasil pembelian penuh woven beg. (TH Inovasi)

Ramai penjual gerai alat tulis. (TH Jaya)

Kami berniaga makanan dan minuman. (TH Jaya)

Bila gerai nak buka ni? Kami tak sabar nak berbelanja. (TH Jaya)

Sebelum anak-anak menjadi jurujual, cikgu-cikgulah jadi mentor dahulu. (TH Ilmu)

Singgahlah ke gerai kami, bermacam jenis sayuran ada. (TH Ilmu)

Makanan pun pelbagai jenis- pilih sahaja nak beli yang mana. (TH Ilmu)

Rambang mata ya nak beli yang mana satu. Semua nampak sedap. Hihihi (TH Bijaksana)

Mari beli dessert di gerai kami. (TH Bijaksana)


Alaa comelnya gerai alat tulis ni. (TH Cemerlang)

Beli satu percuma satu. (TH Cemerlang)


Awak nak tak beli buku ni 50 sen je cikgu jual. (TH Cemerlang)


Happy semua dah dapat duit. Tak sabar nak berbelanja. (TH Intelek)

Wow, nama gerai tak nak kalah "Cinta Stall".(TH Intelek)

Staf pengurusan pun turun padang membantu. (TH Intelek)



Apalagi...Jom follow, like, comment and share. 😍😍

~Cikgu Azreen~

Monday, November 27, 2023

UJIAN PENILAIAN SEMESTER 2

Fokus menjawab soalan. (THB)

 Bismillahirrahmanirrahim...

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu, dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.”

Tuesday, November 14, 2023

COMEBACK AFTER 3 YEARS!!

Seronok ya main air dengan kawan-kawan. (THC)


Setelah sekian lama aktiviti renang tidak dijalankan ekoran daripada pandemik covid19 dan beberapa faktor yang lain. Alhamdulillah, bermula pada bulan November ini, aktiviti renang dapat dijalankan seperti biasa. 

Keterujaan dapat dilihat pada riak wajah anak-anak di MyBistari. Semestinya tidak sabar menunggu hari untuk aktiviti renang ini. Para ibu juga, sudah pastinya menanti hari paling bahagia kerana tidak perlu berperang untuk kejutkan anak-anak ke sekolah. Hihihi

Tetapi lain pula apa yang para guru kami rasa, rasa bimbang, rasa berdebar dan bermacam-macam rasa. Almaklumlah sudah lama aktiviti ini tidak dijalankan, bertambah pula ramai guru-guru baru yang masih tiada pengalaman untuk kendalikan aktiviti ini.

Oleh itu, kami pihak pengurusan telah mengambil peluang pada perhimpunan bulanan guru-guru MyBistari untuk memberi taklimat tentang aktiviti renang ini.                                                                                                                                                                      
Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan sudah pastinya anak-anaklah yang paling seronok. Siap ada yang request aktiviti renang ini diadakan pada setiap minggu. Hihihi 

Insyaallah bulan hadapan nanti kita renang lagi ya.

Jom lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Tak sabar masing-masing nak main air. (THINO)


Tadika kami tiada kolam, kami naik van ke tadika berhampiran. (THC)



Cikgu cepatlah ambil gambar kami. (THC)

Have fun. (THC)

Dah puas mandi ke tu? (THB)

Wah, siap bawa google! nak menyelam ke tu. (THB)

Bermacam-macam gaya ya. (THB)

Cikgu tunggu saya nak bergambar juga. (THJ)

Hati-hati main percikan air tu, jangan sampai jubah cikgu awak basah pula. (THJ)

Kami dah siap. (THJ)

Sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Berkumpul di tapak perhimpunan. (THB)


Apalgi..jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Monday, November 6, 2023

MY PET

 

Comelnya burung ni- real probs yang dibawa oleh murid.

My pet adalah topik pembentangan murid-murid k2 pada minggu lalu bagi subjek english.

Setiap topik baru bagi subjek Bahasa Melayu dan English, anak-anak perlu membuat pembentangan di dalam kelas.

Tujuan kami mengadakan pembentangan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan anak-anak untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai. Selain dari itu, untuk memberi lebih kefahaman kepada anak-anak berkenaan topik yang diajar oleh guru.

Setiap kali pembentangan, anak-anak perlu membawa bahan sebagai probs anak-anak bentangkan. Pelbagai kreativiti yang ditonjolkan oleh anak-anak dan juga ibu bapa dalam penyediaan bahan pembentangan. 

Terima kasih ibu bapa yang sentiasa menyokong kami dalam apa jua aktiviti yang dijalankan di tadika.

Jom kita lihat gambar dan video pembentangan murid.

Pemilik burung comel- Adik Darrish (THINT)

Cantik probs adik Akid. (THINT)

Wah, kreatif ada origami kucing. (THINT)

Comel hamster dalam gambar tu. (THINO)

Wow, terpaling kreatif probsnya.-Tahniah di atas kesungguhan. (THINO)

Dua-dua ada. Kura-kura hidup dan kura-kura mainan. (THINO)

Walaupun simple nampak cantik probs adik ini. (THIL)

Kucing mainan pun ada. (THIL)


Kemas dan meriah probs. Tahniah!! (THIL)


Berdebar ke tu? Hihihi (THB)

Dah bersedia ke belum nak bentang tu? (THB)


Wow besarnya hamster. (THJ)

Murid 6 tahun TH Pintar dengan probsnya.

My cat name is Oyen. (THJ)


"Practise make perfect"

Tahniah!! kepada semua anak-anak 6 tahun yang telah melakukan pembentangan. Insyaallah kejayaan milik anda semua suatu hari nanti. Tahniah juga untuk ibu ayah di atas usaha menyediakan bahan untuk pembentangan anak-anak.

Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~




 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon