Bismillahirrahmanirrahim
|
Market day 2023. |
Mari beli, mari beli!
Beli satu percuma satu!
Jualan rahmah, harga promosi!
Begitulah kemeriahan anak-anak dalam mempromosi barang dagangan mereka. Seronok ya anak-anak berniaga, bertambah seronok jika jualan habis dijual. Hihihi
Alhamdulillah program yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad lepas 26 November 2023. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan barangan jualan untuk anak-anak berniaga. Semoga rezeki ibu bapa berlipat kali ganda.
Program ini bertujuan untuk mengajar murid cara berjual beli dan meningkatkan lagi keyakinan murid dalam berkomunikasi. Selain itu, program ini juga mengajar murid cara menguruskan kewangan.
Jika sebelum ini, kami menyediakan kupon untuk anak-anak berbelanja, tetapi untuk tahun ini kami membuat penambahbaikan dengan menyediakan wang tiruan seringgit dan 50 sen yang bernilai 6 ringgit untuk setiap murid kami. Dengan penambaikan ini, dapatlah murid-murid mengenal nilai wang secara tidak langsung.
Guru-guru pun tidak kurang hebatnya, pelbagai kreativiti yang ditonjolkan untuk menjayakan program ini. Dengan hiasan-hiasan gerai yang cantik dan ada juga cawangan yang sempat membuat roda cabutan bertuah. Tahniah cikgu-cikgu hebat kami!
Di sini saya kongsikan gambar dan video sepanjang program berlangsung.
|
Beli sayur untuk ibu ke tu? (TH Genius) |
|
Sibuk penjual melayan pelanggan. (TH Genius)
|
|
Eh tengok apa tu? (TH Genius) |
|
Yeah dah dapat duit! (TH Pintar) |
|
Jom kita berbelanja. (TH Pintar) |
|
Pusing roda ini untuk dapatkan cabutan bertuah. (TH Pintar) |
|
Penat dah shopping, rehat dululah. (TH Inovasi)
|
|
Kreatif cikgu buat mesin cashier. (TH Inovasi) |
|
Hasil pembelian penuh woven beg. (TH Inovasi) |
|
Ramai penjual gerai alat tulis. (TH Jaya) |
|
Kami berniaga makanan dan minuman. (TH Jaya) |
|
Bila gerai nak buka ni? Kami tak sabar nak berbelanja. (TH Jaya) |
|
Sebelum anak-anak menjadi jurujual, cikgu-cikgulah jadi mentor dahulu. (TH Ilmu) |
|
Singgahlah ke gerai kami, bermacam jenis sayuran ada. (TH Ilmu) |
|
Makanan pun pelbagai jenis- pilih sahaja nak beli yang mana. (TH Ilmu) |
|
Rambang mata ya nak beli yang mana satu. Semua nampak sedap. Hihihi (TH Bijaksana) |
|
Mari beli dessert di gerai kami. (TH Bijaksana) |
|
Alaa comelnya gerai alat tulis ni. (TH Cemerlang) |
|
Beli satu percuma satu. (TH Cemerlang) |
|
Awak nak tak beli buku ni 50 sen je cikgu jual. (TH Cemerlang) |
|
Happy semua dah dapat duit. Tak sabar nak berbelanja. (TH Intelek) |
|
Wow, nama gerai tak nak kalah "Cinta Stall".(TH Intelek)
|
|
Staf pengurusan pun turun padang membantu. (TH Intelek)
Apalagi...Jom follow, like, comment and share. 😍😍
~Cikgu Azreen~ |
0 comments:
Post a Comment