Wednesday, December 13, 2023

TADIKA HEBAT ILMU UNGGUL KATEGORI RIBU

 Bismillahirrahmanirrahim.

Poster jemputan program.

Program yang dinanti-nantikan telah pun selesai dijalankan pada hari Sabtu, 9 Disember 2023 yang lepas. Alhamdulillah program pertandingan sempoa dan congak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah!! support team dan guru-guru Mybistari.

Disebalik kemeriahan program, ada terselit ujian yang Allah berikan. Di mana 2 hari sebelum program ada beberapa orang guru kami telah diuji dengan wabak covid19. Kami pihak pengurusan terpaksa rombak setiap tugasan guru-guru yang telah dirancang awal. Kalut kami dibuatnya, dengan kekurangan tenaga guru untuk program ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua guru dan staf program ini dapat dijalankan dengan baik.

Pertandingan ini telah disertai seramai 160 orang wakil murid dari 8 cawangan untuk semua kategori yang dipertandingkan kecuali cawangan versi Bahasa Arab hanya menghantar wakil untuk pertandingan congak sahaja. Manakala seramai 13 orang wakil ibu bapa yang sertai untuk kategori ibu bapa pada kali ini. 

Setiap saringan kategori, 6 markah tertinggi akan lalui peringkat separuh akhir dan 3 orang terpantas menjawab akan ke peringkat akhir untuk berentap merebut tempat pertama hingga ketiga. Berbeza pula bagi kategori ibu bapa, 3 markah tertinggi akan berentap dengan 3 peserta akhir kategori ribu 6 Bistari.

Tujuan kami adakan pertandingan ini adalah untuk membina keyakinan diri anak-anak untuk berada di pentas besar, menonjolkan kehebatan anak-anak dalam sempoa dan congak serta meningkatkan kemampuan daya ingatan, visual dan konsentrasi anak-anak.

Program ini dimeriahkan lagi dengan 4 persembahan anak-anak cilik 5 tahun dari Tadika Hebat Jaya, Tadika Hebat Cemerlang, Tadika Hebat Genius dan Tadika Hebat Inovasi.

Tahniah!! kami ucapkan kepada tenaga pengajar cawangan Tadika Hebat Ilmu kerana setiap kategori ada sahaja wakil murid ke peringkat akhir. Bagi kategori ribu pula ketiga-tiga peserta peringkat akhir juga dari Tadika Hebat Ilmu. Hebat sungguh cikgu-cikgu yang melatih anak-anak ini. Tuah tahun ini milik mereka. 

Tahniah juga kami ucapkan kepada cawangan Tadika Hebat Genius yang merupakan johan kategori ratus 5 Bistari dan kategori congak serta tidak lupa juga kepada Tadika Hebat Bijaksana yang menyandang johan kategori ratus 6 tahun. Kepada cawangan-cawangan lain jangan patah semangat kita fight lagi untuk tahun depan.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan sempoa dan congak 2023:-

Kategori ribu 6 Bistari
Johan- Adik Muhammad Aryan bin Muhammad Rizedduan (TH Ilmu)
Naib Johan- Adik Alya Syifa Zaara binti Hasri (TH Ilmu)
Ketiga- Adik Zahra Safiya Fairuz binti Mohd. Faris (TH Ilmu)

Kategori ratus 6 tahun
Johan- Adik Muhammad Raqib Dhuhaa bin Mohd Riduan (TH Bijaksana)
Naib Johan- Adik Nur Irdina Safiyyah binti Shaharuddin (TH Cemerlang)
Ketiga- Adik Nurnatrah Afiyah binti Azizi (TH Ilmu)

Kategori ratus 5 Bistari
Johan- Adik Aisya Azzahra binti Muhammad Amirul Izzat (TH Genius)
Naib Johan- Adik Muhammad Aariz bin Mohd Azham (TH Ilmu)
Ketiga- Adik Muhammad Harris Imran bin Muhammad Hafify (TH Pintar)

Kategori congak
Johan- Adik Umar Fatih bin Mohd Firdaus (TH Genius)
Naib Johan- Muhammad Hazim Fahmi bin Mohd Fariyadi (TH Jaya)
Ketiga- Ahmad Ahnaf Anaqi bin Ahmad Azhari (TH Ilmu)

Kategori ibu bapa vs anak
Johan- Adik Muhammad Aryan bin Muhammad Rizedduan (TH Ilmu)
Naib Johan- Pn. Hazirah binti Sulaiman (TH Ilmu)
Ketiga- Alya Syifa Zaara binti Hasri (TH Ilmu)

Kategori ibu bapa
Johan- Pn Hazirah binti Sulaiman  (TH Ilmu)
Naib Johan- Pn Nur Syazira binti Sallehuddin (TH Genius)
Ketiga- Pn Nurliyana binti Kamal (TH Genius)

Terima kasih kami ucapkan kepada wakil ibu-ibu yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadi juri dan penanda kertas saringan. Semoga dengan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. 

Jutaan terima kasih juga, diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi program ini. 

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang program ini berlangsung.

Sebelum program bermula jom bergambar dahulu.

Disebalik belon yang meriah, ada guru-guru yang bertungkus lumus untuk dekorasi.

Pentas tersergam indah, menjadi penentu juara.

Barisan pembaca soalan yang mantap.

Barisan juri dan penanda kertas.

Barisan unit hadiah dan stage manager.

Berdebar ya, pagi-pagi dah bersedia dengan sempoa.

Cikgu Akasyah pagi-pagi lagi dah sibuk siapkan anak-anak tarian.

Baju dah cantik, meh cikgu merahkan bibir.Hihihi

Unit audio orang penting dalam program.

Emcees of the year Pn. Juliana dan Cik Aqidah.

Ucapan perasmian oleh Pn. Zainun ringkas dan padat.

Persembahan pembukaan oleh anak-anak cilik TH Jaya dengan tarian Joget Berhibur.


Tenang Cikgu Nadira Aina membaca soalan ribu.

Fokus yang penting.

Sempat pandang kamera ya.

Eh ada apa kat tepi tu?


Terlopong mulut, dengar cikgu baca soalan laju ya.Hihihi

Sempat ya tengok sebelah. 

Tulis jawapan pun perlu fokus, risau tersalah nombor.

Penanda kertas terpaling sibuk menanda kertas.

Sedia tangan sebelum cikgu baca soalan.


Kira jangan tak kira.

Sudah bersedia ke ibu bapa?

Luaran tersenyum dalaman mesti berdebarkan? Hihihi

Wakil bapa tahun ni 2 orang sahaja.

Para ibu terpaling fokus.

Persembahan selingan dari anak-anak cilik TH Cemerlang dengan tarian Goyang-Goyang.

Peserta separuh akhir kategori congak.

Peserta separuh akhir kategori ratus 5 Bistari.

Peserta separuh akhir kategori ratus 6 tahun.

Peserta separuh akhir kategori ribu 6 Bistari

Cantik baju tarian anak-anak cilik TH Genius dengan persembahan Anak Itik Tok Wi.

Peserta akhir ribu 6 Bistari.

Peserta akhir ratus 6 tahun.

Peserta akhir ratus 5 Bistari.

Peserta akhir kategori congak.

Peserta kategori ibubapa vs anak.

Persembahan penutup dari anak-anak cilik TH Inovasi dengan lagu Fire & Water.

Alhamdulillah semua murid tidak pulang dengan tangan kosong.







Apalagi..Jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon