Bismillahirrahmanirrahim
|
Mantapkan lagi skill guru. |
"Yang berani mengajar, jangan pernah berhenti untuk belajar."
Inilah masanya untuk mantapkan kemahiran guru-guru hebat kami. Biarpun anak-anak sedang seronok bercuti, tetapi kami di sini korbankan masa untuk menambah ilmu demi anak-anak murid kesayangan kami. Tambahan pula, sekarang ini ramai kemasukan guru-guru baru, sememangnya wajar untuk kami mengadakan program pemantapan guru ini untuk mengajar dan memberi motivasi kepada guru-guru baru kami yang dibimbing oleh barisan staf profesional dan guru-guru senior kami.
Program pemantapan guru ini telah diadakan bermula 18hb sehingga 20hb Disember 2023. Semua guru Mybistari telah berkampung di Dewan Al Fatih Mybistari Legacy selama 3 hari. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan untuk memantapkan kemahiran guru kami.
Setiap pagi, program dimulakan dengan pengisian rohani, di mana para guru perlu membaca surah Al-Fatihah, Asma Ul Husna, Saiyidul Istighfar dan bacaan doa dhuha.
Hari pertama pemantapan, guru-guru telah didedahkan tentang perkongsian amalan baik berkenaan saringan murid-murid berkeperluan khas, penerangan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), penerangan kertas kerja Hari Anugerah Cemerlang dan juga slot motivasi mengurus tekanan guru.
Manakala hari kedua, guru-guru telah dipecahkan mengikut kumpulan untuk bengkel KSPK, di mana guru-guru perlu menyediakan bahan pembentangan mengikut subjek dan tema yang diberikan dan selepas rehat guru-guru perlu membentangkan hasilnya.
Selain itu, pada hari kedua juga kami telah mengundang tetamu jemputan untuk memberikan santapan rohani pada guru-guru MyBistari iaitu Puan Noraishah dengan tajuknya mencapai redha Allah. Semoga dengan perkongsian Puan Noraishah ini dapat memberi sentuhan kepada semua guru.
Program pemantapan hari terakhir sedikit berbeza, semua guru perlu berkumpul di Astaka Bukit Layang-Layang untuk aktiviti luar kami. Sekali lagi, guru-guru dipecahkan mengikut kumpulan untuk aktiviti team building. Ada beberapa permainan dan tugasan yang perlu mereka selesaikan. Aktiviti-aktiviti ini lebih kepada membina daya kekuatan mental dan kreativiti guru-guru serta membina kesabaran dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi.
Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang kami adakan ini dapat memberi manfaat pada guru-guru kami dan semoga guru-guru dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Jom kita lihat gambar aktiviti-aktiviti guru sepanjang program pemantapan ini dijalankan.
|
Pengisian rohani di pagi hari. |
|
Ceria guru-guru Mybistari. |
|
Semangat Pn Suhaila dengan perkongsiannya. |
|
Slot yang paling penting- penerangan KSPK oleh Pn Faridah. |
|
Giliran Cik Najwa pula sambung untuk penerangan tunjang dalam KSPK. |
|
Jom kita buat regangan dahulu. |
|
Semangat semuanya! |
|
Group discussion untuk bengkel LDK hari kedua. |
|
Guru besar merangkap fasilitator program juga turut membantu memberi idea. |
|
Penerangan kertas kerja hari anugerah cemerlang oleh Cik Norifah. |
|
Motivasi hari kedua jemputan khas Pn Noraishah. |
|
Bengkel LDK guru. |
|
Apa yang ditenungkan tu cikgu, cari idea ke? |
|
Kerjasama yang padu dari kumpulan ini. |
|
Wah, baru separuh siap dah nampak menarik. |
|
Garis tegak-tegak. |
|
Kumpulan kami dah siap! |
|
Kumpulan kami juga dah siap! |
|
Wah, besarnya sotong kurita! pandai cikgu-cikgu melukis. |
|
Cantik hasil tugasan kumpulan ini. Tahniah! |
|
Sedia untuk ice-breaking. |
|
Hati-hati jangan sampai jatuh bola tu. |
|
Game yang perlukan kesabaran dan kerjasama sesama ahli kumpulan. |
|
Jangan sampai terbalik cawan tu, nanti kena patah blik. |
|
Game ini nampak mudah tetapi sebenarnya susah untuk selesaikan. |
|
Dapat klu benda lain, sampai orang terakhir jadi benda lain. Hihihi |
|
Cup transfer. |
|
Barisan penjaga checkpoint. |
|
Candy crush. |
|
Gigih cikgu Akashah tiup belon. |
|
Pyramid cup. |
Alhamdulillah berakhir sudah program pemantapan guru untuk tahun ini. Semoga guru-guru dapat semangat baru untuk mengajar murid-murid pada tahun baru 2024 nanti yang berbaki 2 bulan sahaja lagi untuk tamatkan sesi persekolahan 2023/2024.
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment