Bismillahirrahmanirrahim
|
Worksheet digunakan untuk ulangkaji. (TH Genius) |
Selamat kembali ke sekolah anak-anak MyBistari Group.
Macam mana cuti sekolah, seronok?
Semoga semuanya semangat untuk hadir ke sekolah selepas bercuti 2 minggu.
Cuti-cuti juga, buat ulangkaji ke tak tu? Almaklumlah selepas 2 hari sesi persekolahan anak-anak akan menduduki peperiksaan akhir tahun pula. Cikgu-cikgu yang risau anak-anak cuti lama. Hihihi
Oleh itu, sepanjang anak-anak bercuti, para guru telah menyediakan bahan latih tubi untuk anak-anak membuat ulangkaji sebagai persediaan peperiksaan nanti. 2 hari masa yang diberikan untuk membuat pecutan akhir sebelum periksa. Kita hanya mampu usaha dan selebihnya tawakal kepada Allah. Bak kata pepatah "usaha tangga kejayaan". Jadi sisa waktu yang tinggal ini, kita usaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Semoga dengan usaha para guru sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak untuk peperiksaan nanti dan beroleh kejayaan kelak.
Jom lihat anak-anak membuat ulangkaji.
|
Fokusnya buat latihan yang cikgu sediakan. (TH Inovasi) |
|
Kedudukan ini dah macam periksa. Hihihi (TH Inovasi) |
|
Warna kuning semua cepat sikit siap. (TH Ilmu) |
|
Jawab ya semua soalan. Mana tahu soalan cikgu buat masuk periksa. (TH Ilmu) |
|
Comel gambar-gambar yang cikgu lukis. (TH Bijaksana) |
|
Pilih jawapan yang betul. (TH Bijaksana) |
|
Murid yang belakang tu okay ke tak? Jauh bermenung. (TH Cemerlang) |
|
Soalan jawi yang kebanyakan murid-murid cuai. Lagi-lagi bahagian titik huruf. (TH Cemerlang) |
|
Fokus betul menjawab soalan tu. (TH Pintar) |
|
Tenang semua menjawab soalan. Semoga periksa nanti pun tenang macam ni. (TH Pintar) |
|
Latih tubi sempoa juga jangan dilupakan. (TH Pintar) |
Apalagi..Jom follow, like, comment & share!!
Sekian, terima kasih🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment