Tuesday, January 28, 2020

SENYUM JANGAN TAK SENYUM!


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya nak bergambar depan ni boleh tak cikgu? - TKM

Alhamdulillah, selesai juga tugasan mengambil gambar di semua cawangan MyBISTARI GROUP. Pelbagai kerenah yang dilalui sepanjang proses fotografi kali ini. Paling seronok setiap kali menjejakkan kaki ke tadika-tadika ini, soalan pertama yang akan keluar dari mulut murid-murid adalah,

“Cikgu baru eh tu? Ada cikgu barulah!”

Makanya, jadilah saya cikgu baru selama dua minggu yang lepas.

Ada juga murid yang berani bertanya ketika saya sedang menyiapkan kelengkapan untuk sesi fotografi.

“Nama cikgu apa eh? Lepas ambil gambar ni cikgu nak ajar apa eh?”

Sapaan dan gelagat mereka yang sebeginilah membuatkan rasa penat hilang. Belum lagi dengan pelbagai aksi yang mereka pamerkan ketika sesi fotografi. Kadangkala sampai guru-guru mereka pun naik segan melihat gelagat mereka yang tak tahu duduk diam untuk bergambar. Di tambah pula dengan adegan berlari berkejaran untuk memujuk anak-anak ini bergambar. Untuk mendapatkan sekeping gambar kelas yang hampir sempurna memerlukan lebih dari dua shot, hinggakan saya terpaksa ‘skip’ untuk menghitung sampai 3, kerana murid-murid ini lebih pantas dan bersedia dari butang rakaman di kamera, cepat sahaja aksi-aksi dilakukan apabila 3 disebut.

Mari ikut kami rasa keseronokan bergambar bersama mereka dalam himpunan gambar-gambar yang dikongsikan di sini.

Cepat, sedia semua! Saya nak ambil gambar ni!(TIB)

Badan kena senget sikit, kalau tak nanti tak muat. (TIB)

Wah, untunglah budak perempuan dapat duduk.. (TIB)

Cikgu kan dah sebut nama awak, mari beratur belakang kawan ni. (TIB)

Cikgu susun kat sana, kita bergambar kat sini. (TIB)

Ala, tadi mama suruh senyum nampak gigi ke tak eh? (TIMB)
Wah, boleh nampak kawan-kawan lari kat depan lah! (TIMB)

Apa agaknya topik yang seronok sangat dibincangkan tu? (TIMB)

Mari cikgu betulkan ikatan rambutnya. (TIMB)

Sosej ni terselit lak kat gigi.. nampak tak nanti masa saya senyum? (TIMB) 

Cikgu, dia lelaki, kenapa dia duduk? (TIPB)

Boleh tak tu susun atur murid? Nak saya bantu? (TIPB)

Senyumlah tengok kamera.. (TIPB)

Tadi kan dah sikat rambut, kenapa tak kemas semula ni.. (TIPB)

Ok semua, pandang Cikgu Najwa dulu.. (TIPB)

Peace yo!! (TKM)

Tangan letak atas peha, sayang.. (TKM)


Banyak pula rambut awak terkeluar ni. (TKM)

Eh, kenapa pergi situ? Kita nak bergambar kat sini. (TKM)

Senget pula reben awak ni. (TKM)
Aduh, baru teringat! Saya lupa bawa skaf rambut! (TM)

Ni namanya gaya bergambar tidur dalam iman cikgu. (TM)

Saya pemalu, ambil gambar tepi saya je lah. (TM)
Tadika saya terbaik! (TM)

Gaya spontan yang buat cikgu ikut tersenyum. (TM)
Mari sinilah, kan cikgu kata lepas pakai kasut berdiri kat sini. (TMPB)

Tu Cikgu Umaisah panggil awaklah, bukan saya. (TMPB)

Kami dah sedia ni cikgu, cepatlah ambil gambar. (TMPB)

Selalunya kasut saya tak ketat tau cikgu, entah kenapalah ketat harini. (TMPB) 

Aksi ceria murid-murid dan cikgu-cikgu. (TMPB)

Kita praktis senyum dulu sementara tunggu kawan-kawan yang lain. (TNPB)

Hmmm.. macam mana ya nak susun ni? (TNPB)

Comel-comelnya tangan semua. (TNPB)

Kasi ruang kawan awak nak masuk sini. (TNPB)

Sini cepat, kita nak ambil gambar individu pula ni. (TNPB)
Cikgu pun seronok nak bergambar. (TS1)

Cikgu tengah sibuk, jom main kejar-kejar!! (TS1)

Handsome tak saya senyum macam ni cikgu? (TS1)

Cikgu buatlah apa cikgu nak buat, saya akan tetap senyum je pandang kamera. (TS1)

Dia orang ni masih nak main kejar-kejar ke? Cikgu dah panggil pun tak nak datang. (TS1)

Cuba teka saya buat gaya apa ni? (TS2)

Terima kasih Cikgu Siti tolong susun anak murid saya, I really appreciate it. (TS2)

Kenapa pakai kasut terbalik ni.. (TS2)

Pakai songkok tegak macam ni baru segak. (TS2)

Cikgu, tak payah betulkan tudung tu, comel dah.. (TS2)

Peninglah cikgu fikir macam mana nak susun awak, nasib ada yang datang tolong. (TS2)

Sekali lagi, untuk makluman para ibubapa dan penjaga, sesi fotografi untuk semester 1 ini adalah untuk mengenalkan kelas-kelas yang ada di setiap cawangan kami dan juga gambar individu murid 5 tahun dan murid baru 6 tahun yang akan digunakan sebagai gambar profil mereka di Asis. Gambar-gambar kelas ada kami dikongsikan di laman web tadika. Bagi ibubapa yang ingin mengambil gambar kelas anak-anak, boleh sahaja muat turun dari laman web nanti.

Aktiviti seterusnya yang terdekat dengan kita adalah lawatan sambil belajar murid-murid 6 tahun. Kali ini kami akan bawa anak-anak murid 'back to nature' . Untuk pertama kalinya anak-anak murid akan ke Sinaran Agro Farm. Borang penyertaan sudahpun kami edarkan, bagi yang berminat, jangan lupa isi dan hantar ke tadika masing-masing ya!

Jom main kejar-kejar dengan angsa!

~Cikgu Norifah~

Thursday, January 9, 2020

JOM LATIH SENYUM DEPAN KAMERA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Contoh gambar kelas Semester 1 2019

Kita sudahpun berada di minggu kedua sesi persekolahan 2020 di semua tadika MyBISTARI GROUP. Setakat dua minggu ini juga bermacam cerita suka, duka, gembira dan lucu yang dikongsikan oleh para guru dan ibu bapa. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita sama ada di whatsapp group dan juga di media sosial. Diharap para ibu bapa yang baru memasuki alam persekolahan anak-anak telahpun mula mendapat rentak perjalanan persekolahan anak-anak. Minggu ini juga, silibus mula dijalankan. Ini bermakna, murid-murid akan mula diberi ‘homework’ dan juga akan direkodkan prestasi bacaannya. Jangan pening ya, ibu.. ayah.. kita nikmati perkembangan awal anak-anak ini bersama-sama.

Minggu hadapan akan diadakan aktiviti pertama murid-murid bersama kami, iaitu Sesi Fotografi Semester 1 2020. Kami akan bergerak ke setiap tadika mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk mengambil gambar kelas (5 dan 6 tahun) dan juga gambar individu bagi murid-murid 5 tahun. Kami amat berharap murid-murid dapat hadir ke tadika pada hari sesi fotografi. Untuk makluman, gambar kelas yang bakal diambil ini akan dipaparkan di laman web kami seperti tahun-tahun yang sudah. 

Di sini kami kongsikan gelagat anak-anak murid pada tahun lepas semasa sesi fotografi diadakan.

Mari sini, awak semua kena berdiri bahagian belakang.

Kepala kena tegak, pandang ke kamera.

Mari cikgu betulkan butang baju awak ni. Nak terbuka dah ni.

Ok semua, mari kemari beratur untuk ambil gambar!

Kita je ke? Yang perempuan mana? Tak siap lagi bersolek agaknya.

Alamak, macamana nak sebut nama murid ni eh Cikgu Shafiqah?

Beratur ambil gambar individu untuk dimuatnaik di Asis.

Ok, sedia.. satu.. dua.. tiga..!

Cikgu, saya rasa reben saya ni senget ah.

Mak saya kata side profile saya handsome, kita ambil macam ni boleh, cikgu?

Kami juga kongsikan video himpunan gambar-gambar kelas Semester 1 2019 yang lalu.



Pastikan anak-anak hadir ke tadika dalam keadaan kemas ya. Bagi lelaki jika boleh biar tersikat rapi rambutnya dan bagi yang perempuan pula jika  tidak bertudung, pastikan rambut diikat atau dipakaikan skaf rambut. Kerjasama dari pihak ibu bapa amat kami hargai. 

Jom latih anak-anak senyum depan kamera!

~Cikgu Norifah~


 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon